HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Saturday, April 14, 2018

# RESEPI

RESEPI NASI GORENG CINA

RESEPI NASI GORENG CINA | Alhamdulillah hari ini bertugas di Program Karnival Pengimarahan Masjid dan Himpunan Belia-Belia Masjid Peringkat Perak Tengah,Seri Iskandar Perak di Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah, Seri Iskandar. Sebelum bergerak ke tempat program sempat juga menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak dengan menu Nasi Goreng Cina jadi sedaplah hati sikit untuk keluar bekerja tambah pula hari ini hari minggu sepatutnya beraktiviti bersama suami dan anak-anak.


Walaupun korang dah terer masak Nasi Goreng  Cina tapi Sha tetap kongsi resepi di sini, acilah kan..hihihi

Bahan-Bahan

Nasi
Mentega
Bawang Putih
Bawang Merah
Carrot potong dadu
Kacang panjang
Sosej
Telur
Garam

Cara-Cara

Nasi dileraikan dan digaul bersama mentega. Dalam kuali panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukan sosej yang dipotong dadu diikuti dengan lobak merah dan kacang panjang. Alih bahan tumis ketepi dan pecahkan telur dalam kuali kemudian gaul sebati dengan garam perasakan. Akhir sekali masukkan nasi yang telah diperap bersama mentega tadi. Goreng dan bolak balikkan sehingga semuanya mesra.

Alhamdulillah semasa bertugas suami mesej sudah makan nasi goreng cina sayang masak, bertambah pulak tu..hihihi..apa lagi senyum simpullah kita tengok telefon ditangan.

17 comments:

  1. terus terasa lapar, walau dah makan tengah ari jam 12.30 noon tadi

    ReplyDelete
  2. Wah, husniey dapat rasakan moist je nasi goreng tu sebab digaul dulu bersama mentega๐Ÿ˜

    Boleh cuba ni nanti
    Thank you cikmar for sharing this recipe ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  3. Gambar nampak sedap je nasi goreng cina ni. TQ Mar for the recipe. Favourite Siqah, nasi goreng lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling simple kan...xperlu byk pinggan kalau hidang..

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. ooo macam tu ke cara masaknya..baru kutahu..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. feveret anak-anak kak ana ni Sha :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi