MENU DIET HARI KETIGA - SHALIMAR YUSOF


Thursday, April 26, 2018

MENU DIET HARI KETIGA


MENU DIET HARI KETIGA | 22 APRIL 2018 | AHAD | Alhamdulillah masih meneruskan perjalanan dan misi menurunkan berat badan. Jika korang nak tengok apa Sha makan untuk hari kedua boleh tengok ( SINI ). Sebenarnya banyak sebab Sha mula nak turunkan berat badan selain sakit tumit, alasan lain adalah suami dan kawan-kawan sudah tegur Sha makin berisi, memang BMI sha sudah tahap overweight, mahu capai berat normal kembali dan baju kerja pun sudah banyak yang tidak selesa pendek kata mengetat..aahhaaha

sumber google
Lupa pula nak ambil gambar, kita pinjam gambar kat facebook sahaja okeh. Pagi itu lambat bangun, encik suami dah siap beli sarapan nasi lemak, jadi jangan risau..kita layan je nasi lemak.


Lepas makan nasi lemak Sha bawak Adik Nur ke Pasar Batu Gajah mencari buah-buah, lauk dan ulam. 

HARI 3 | 22 APRIL 2018 | TENGAHARI

1 cawan nasi putih
Timun batang + Petai
Budu


HARI 3 | 22 APRIL 2018 | MAKAN MALAM

Nasi goreng cina

Amboi Sha kata diet, tapi makan berat-berat je, celah mana hang kata diet Shalimar oiii.. Tak apalah kita cuba dan tengok apa jadi nanti, orang kata gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam seminggu kan.
____________________

Sekian Menu Hari Ke-3

4 comments:

  1. Alhamdulillah...moga terus bersemangat ya...insyaAllah boleh.

    ReplyDelete
  2. ya betoi.. kita dah gemuk puloh tahun.. takan sehari boleh kuruih.. ni cik azue lah ni.. jom fighting.. kita kasi BMI 20 ke 22 sahaja jom

    ReplyDelete
  3. org kata nk diet pun kene mkn nasi, nasi tak slh, jnji jgn berlebih2 kan...

    cuma klu bdn mcm akak ni, nk cpt turun brt kene elalk kn nasi hehehe... tp kadang termkn jgk lah nasi tuh

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan usaha diet tu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi