Thursday, June 09, 2016

RESEPI SAMBAL KELAPA


RESEPI SAMBAL KELAPA | Semalam Sha mencuba resepi yang blogger ANA JINGGA kongsikan memandangkan lama dah tak makan sambal macam tu. Tambah pula bahan-bahan yang Kak Ana senaraikan memang sudah tersedia ada dalam peti sejuk Sha.


Lagi pula tak perlu nak berebut dapur masak dengan Encik suami, kita pakai lesung dengan sudu mangkuk sahaja. 

BAHAN-BAHAN :

Bawang merah
Kelapa Parut
Cili merah
Cili api
Belacan sikit kalau nak
Garam
Jus limau-Sha pakai limau kasturi
Sha tambah gula sikit...

CARA-CARA :

Tumbuk bawang merah, tambah cili, tambah kelapa parut,tambah belacan,tambah garam,tambah gula,perah jus limau..kacau sebati.


Ada la derhaka sikit dengan resepi Kak Ana...sebab Sha tumbuk semua...hihihi..Fuh...putih-putih kelapa parut dah menjadi merah-merah sikit. Makan dengan ayam masak kari kering masakan suami sangat membangkitkan selera. Terbaik sambal kelapa @ sambal nyor yang simple ni.

Kredit : TERIMA KASIH KAK ANA JINGGA

Sha tak ada banyak resepi, tapi nak jenguk-jenguk boleh laaa...peace!!!

PAGE RESEPI SHA

16 comments:

  1. Nampak sedap..x pernah mkn Sambal kelapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun 1st time buat ni K.SA....kak ana punya penangan..hihihi

      Delete
  2. Haishh time puasa ni, tengok sambal ni pun dah berbunyi perut.. huuaaarrrgghhh

    ReplyDelete
  3. macam menarik je..
    sbb x pernah buat...
    nak cuba la nanti..

    ReplyDelete
  4. Hurm...boleh cuba nih!
    Simple dan senang bahan-bahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tol tuu..barg yg biasa ada kt dapur je ni...

      Delete
  5. Assalam dek,
    Dah lama akak tak buat sambal kelapa ni ...sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak...1st try..sedap..bleh buat lg lepas nii

      Delete
  6. Kakak tak pernah buat ni
    Bolehlah cuba lain kali:)

    ReplyDelete
  7. yeay, pandai adik kak ana ni olah ikut selera masing2, nak sedap sha makan dengan ulam-ulaman , good job sayang , kongsikan semula kan, semoga pahala berpanjangan buat kita semua, amiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..ulam xdak masa tuu kak ana..len kali buat lg..nnti nk buat kt kmpg plak...

      Delete
  8. kita terpantang follow suami pantang makan pedas.. alahai teringin pulak nak makan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...