Thursday, June 16, 2016

CUTI RAYA PUNYA PASAL

CUTI RAYA PUNYA PASAL | Ini bukan cerita hal suami isteri berebut nak beraya kat mana yea. Kenapa?Sha tak berebut ke? Tak berebut sebab Sha follow jadual balik kampung kakak-kakak ipar yang dah kahwin terlebih dulu, jadi tak perlu nak gaduh-gaduh bab tu di hari mulia ni. Tapi encik suami dan orang sekeliling suka mengusik Sha,dimomok dengan kesedihan, itu Sha akui pada raya pertama sebagai seorang isteri memang sedih sebab terkena giliran raya di kampung suami dulu. Sebenarnya kesedihan itu masih ada walaupun InsyaAllah akan melalui hari mulia bersama untuk ke-5 kali tak lama lagi anak pun dah ada 2 orang,tapi tak ada la sampai melarat membawa hati yang lara seperti awal dulu,sedih-sedih pun kena sabar ikut giliran jugakkan.

Semalam dapat berita seakan-akan cuti raya Sha tidak diluluskan. Menangis ooiii kalau betul,maka tidak dapat tidur lenalah Sha semalaman memikirkan nasib anak perantauan macam Sha ni. Orang tua mengharapkan kepulangan setiap anak yang jauh mencari rezeki dan membina keluarga jauh dari mereka.
Terdapat segelintir yang suka mengata malah yang mengata itulah yang tak pernah merasa bagaimana perasaan seorang anak rantau. Kadang mahu saja menutup mulut orang,tapi apakan daya.
Alhamdulillah, tak perlu bertegang leher dengan sesiapa akhirnya Sha mendapat jawapan bahawasanya cuti rehat raya Sha DILULUSKAN. Kenapa risau tak lulus ni? raya kan hari rabu dan khamis maka ramailah yang bercuti pada hari jumaat tu..Fuhhh...lega ya amat...dah 4 bulan tak jejak kampung wehh...lantak laa orang nak cakap apa...aku ada kampung aku nak balik kampung laaa...
Oleh kerana itu, Sha sangat bersyukurlah segalanya dipermudahkan.

17 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah...dpt jg blik kmpg..ihii

      Delete
  2. Wah bestnya dpt blk teganu..kan? Nak raya umh sha la mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...balik teganu...jom2..silakan...xsabar nk jenguk kmpg sebenarnya..walaupun bukn ada pape..

      Delete
  3. wah..baru seronok nak shopping raya kan...raya kat kampung lama2 syok

    ReplyDelete
  4. Mahu menangis tak berlagu dipagi raya Sya kalau tak dpt cuti haha..
    Kakak biasa cuti ikut anak sekolah. Mereka cuti aje kakak pun cuti juga Sya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..semalam pun dah nangis kakak..kih3..

      Delete
  5. yeay...dapat cuti panjang, Alhamdulillah..senyum lebaq laa tuu mimpi indah balik Ganu haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..mcm lepas hutang sejuta dlm pale otak nii..

      Delete
  6. sama ekin sejak kahwin ikut suami duk kedah teringin nak balik kelantan bila raya... tapi keadaan tidak mengizinkan nak balik raya sokmo...

    saya datang Blogwaking blog awak bertuah dalam list blogwaking saya untuk hari ini jemput singgah blog saya jugak ya.. http://cikash.blogspot.com/2016/06/jom-blogwalking-12.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..yg penting gilir2 ..biar adil..time kasih sudi bw sini

      Delete
  7. Syukur Alhamdullilah., Mummy pun tak dpt bayangkan kalo tak dapat balik kg.. nangis oiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...huhuhu..klu xlulus..nangis xberlagu ler

      Delete
  8. wow bestnyer cuti dah lulus...boleh blik kg ngan tenang nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenang hati kan..klu x pikir mcm nk ponteng je..kih3

      Delete
  9. sama lah.... tiap tahun takde isu psl giliran raya sbb dh ikut perjanjian gilir2....

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...