HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, December 11, 2014

# MAKAN

RESEPI NASI AYAM PENYET

Assalamualaikum.
Pada hujung minggu yang lepas, NS mencuba resepi Nasi Ayam Penyet.
Terliur pulak blogger Nek Yunie asyik duk post dekat dinding facebook makan Nasi Ayam Penyet.
Terutama sekali jom kita tengok :

BAHAN-BAHAN [ AYAM PENYET ] :-

Ayam (Whole Leg)
1 sb serbuk kunyit
1 sb besar biji ketumbar*
1 sb besar jintan manis*
1 sb besar jintan putih*
1 biji bawang merah
1 ulas bawang merah
3 sudu santan pekat (NS guna santan Kara juga macam Nek Yunie..)
Garam secukup rasa

Bahan bertanda * sila sangai kering dan kisar.

Cara-caranya :-

Kisar bawang merah dan bawang putih dalam pengisar kering, masukkan dalam air. Rebus ayam dan letak serbuk kunyit, santan dan satu sudu besar rempah yang dikisar kering. Perasakan dengan garam. Lebihan rempah simpan tepi untuk perapan ayam. Setelah ayam masak, angkat ayam, ketepikan & sejukkan. Selepas sejuk NS ketuk-ketuk ayam tu dengan ulu lesung...hihi..



-----------------------------------------------

BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:-
Rempah yang dikisar kering, 1 sudu serbuk cili @ cili boh, 1 sudu serbuk kari ayam, 1 biji telur, 2 senduk air rebusan ayam, perasa & tepung beras secukupnya.

Cara-caranya :-
Campurkan semua bahan dan rendam ayam ke dalamnya. Boleh digoreng terus, hanya sehingga tepung garing. Jangan goreng terlalu lama, nanti ayam liat.


* Untuk perapan ini NS masukkan sekali sekeping Tempe yang dah dipotong menjadi saiz kecil.
-----------------------------------------------

BAHAN-BAHAN SAMBAL :-
5-6 biji cili merah
Segenggam @ lebih, cili api
2 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
2 biji tomato
2 sudu ikan bilis
2 inci belacan
3 sb gula merah/gula perang
2 biji limau kasturi @ lebih

Cara-caranya :-
Goreng semua bahan kecuali gula merah, angkat dan kisar. Kemudian goreng kembali dan perasakan dengan gula merah, garam & limau. Rasa ikut selera sendiri.



Aksesori Tambahan yang NS letak :
Tomato
Timun Batang
Kubis.


Ok, jom tengok hasil yang NS dapat.
Sila bagi komen, sebab ini kali pertama NS masak Nasi Ayam Penyet selepas mencuba Nasi Ayam Penyet - AP di Seri Iskandar, Perak.

 Yang penting, suami cakap sambal tu sedaappp...ehehehe.

Terima Kasih Nek Yunie....

16 comments:

  1. wahh sedapnyee... lapar sudah..hihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cuba laa....NS ikut sebijik Nek Yunie punya resepi

      Delete
  3. Huwooooo..sedapnyeee..jap jap nak save resepi..;)

    ReplyDelete
  4. thanks share resepi ni... nanti nak buat jugak lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sedap kita kena kongsi ngn kwn2...huhu

      Delete
  5. rajinnya mama Zaryth ni, kak ana teringat mula2 buat ayam penyet ni,penyetkan ayam guna anak lesung batu je hehe,,janji penyet..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa k.ana...penyet2 ngn ank lesung tu..kih4

      Delete
  6. Sedapnya sha...anak2 akak suka nasi ayam penyet ni...ntah bila le akak nak buatnya...
    Apa2 pun terima kasih share resepi ni ye..:)

    ReplyDelete
  7. saya peminat ayam penyet alahai mcm senang nak buat..tapi entah sedap ke tidak kalau saya buat..thnk you for sharing..akan di coba

    ReplyDelete
  8. sedapnya ayam penyet.. bleh try ni.. hehe!

    done follow #519

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi