Alhamdulillah.
Pada 29 November 2014 [ Sabtu ] yang lepas NS berpeluang juga menjejakkan kaki ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.
NS sekeluarga bertolak dari rumah di Batu Gajah, Perak lebih kurang jam 5.30 pagi, keluar dari tol Tanjung Malim pada pukul 7.00 pagi melalui Batang Kali, menurut tiket masuk NS ke Colmar Tropical ini menunjukkan jam 8.48 pagi. Jam 9.00 pagi kami mendapatkan parking, berehat sekejap selepas melalui laluan berbukit dan berliku.
-------
Tiket Dewasa : RM 12
Tiket Kanak-kanak : RM 8
-------
NS pasakkan beberapa gambar dekat sini sebagai kenangan di Colmar Tropical, Bukit Tinggi Pahang ini.
NS, Shuben & Zaryth.
Suka dengan senibina yang ada dekat sini.
Sejuk mata memandang.
Peta untuk shuttle bus..jika tidak mahu membawa kenderaan sendiri, bas disediakan.
Terdapat 2 pasang Swan berwarna putih dan hitam.
Siap boleh gosok-gosok kepala.
Habis pusing di Colmar Tropical, kami bergerak ke Taman Jepun dengan menaiki kenderaan sendiri.
Selepas parking kenderaan, kami mula mendaki anak tangga menuju ke Taman Jepun, agak penat kerana selepas tangga perlu mendaki jalan tar ke Taman Jepun. Semasa perjalanan kedengaran bunyi bunyian binatang seperti monyet sedang bergayut dari satu pokok ke satu pokok.
Zaryth yang tak nak duduk diam, risau takut masuk kolam jepun ni...huhuhu..
Punya teringin nak pakai kimono NS paksa shuben pakai juga
---
Sewa baju : RM 20 /sepasang.
---
Bila Melayu pakai kimono.
Rumah yang ada ni Taman Jepun.
Alhamdulillah, merasa juga NS naik ke sini.
Yang penting, udara segar.
Okesss..habis buli shuben ,masa untuk turun, cari tempat mandi dan segarkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke IKEA untuk beli belah barang rumah.
12 Comments
seronok kan :)
ReplyDeleteSeronok dpt naik bukit...huhuh
Deletebest2...ms kami p ritu rmai org.jenuh beratoq nk pkai kimono trus x jd pkai
ReplyDeleteye ke..kami kebetulan masa tu xramai org...ade pon duk bergmbar kt luar je...
Deletepergi zaman bercinta dlu... best gak. tp sejak ada anak blum pernah... tempat honeymoon ok la ni.. =D
ReplyDeleteSeronoknya sha...akak tak pernah sampai lagi...tempatnya menarik dan cantik sangat...
ReplyDeletetak payah ke jepun... kat fraser hill pun ada jepun ye.... comel kak NS ni... baru nampak muka dari depan... fotogenik betul :)
ReplyDeleteWaaa..best dpt try kimono..sukerr. bole jgk pegi nnt klo ade mse :)
ReplyDeleteJom Join Segmen Zaman Persekolahan
mcm menarik je.
ReplyDeletemcm berkenan nak pegi je :)
da byk tgk kat blog lain tentang kecantikan tempat ni.
just lom ada rezeki mau mendaki ke situ bwk anak2 :)
dah pergi tempat ni 2010 cantik sangat macam pergi ke alam fantasi...
ReplyDeleteCantik mcm kat obesi..kat umah saya ada baju jepun..sape nak try mai la hehe
ReplyDeletebestnyaaa. bilalah dpt pergi sana. hehe
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi