Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DIDIK ANAK - IBU BERKERJAYA

 

Yeahhh...
Sesuai la kot untuk ambe gelaran diatas dengan bekerja di pejabat mula jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Ambe bangga mempunyai kerjaya walaupun tidak seberapa nii...
Tapi kekadang tengok status facebook seorg kawan tuu...sering menjentik hati ambe.... Mungkin itu rezeki dia tidak perlu keluar rumah....tidak perlu memandu hampir 1 jam perjalanan..tidak perlu fikir kerenah orang atasan..balik kerja tidak perlu fikir jalan sesak....fikir nak masak apa...mungkin juga ambe cemburu....tapi tidak perlulah dia mempamerkan sangat sesuatu yang boleh menyedihkan hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak dalam didikan orang lain... Jadi ambe carilah sedikit penawar untuk diri ambe...cara dan tips-tips untuk mendidik anak bagi ibu bekerjaya yang dikongsi seorang insan hasil perbincangan dalam program tv "Tanyalah Ustazah :


Hayati sedikit copy & paste ini....AHhahaa..opppsss


berkesempatan menonton rancangan "Tanyalah Ustazah" di TV9.
Topik berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak..disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah Musa.

Kata ustazah,ibu yang berkerjaya ni sangat mencabar. sedangkan surirumah sepenuh masa sudah merasakan penat menguruskan rumah tangga, apatah lagi ibu yang berkerjaya. Balik dari kerja setelah seharian bekerja, menuntut ibu ini menguruskan anak-anak,suami dan rumahnya pula.


Persoalannya, bagaimana ibu berkerjaya berperanan dalam mendidik anak-anak..
Ibu yang berkerjaya pasti penat..kadang-kadang tertekan dengan kerja..kemudian balik kerumah untuk melayan kerenah anak-anak yang macam-macam..lalu ustazah memberikan tips untuk ibu berkerjaya amalkan..
ada 4 Tip menarik untuk dikongsi..iaitu 4K

1. KOMITMEN
 

Ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan.walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. Banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabaran, kena banyak-banyak berzikir..

2. KONSISTEN / ISTIQAMAH

 
Apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten.hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah.ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak. Sekejap tapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF
Ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai.
Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah ( Ambe memang jenis tak leh tengok kain bersepah....kalau tak berlipat pun biar dalam bakul....dalam bakul tak leh lama2..nanti sakit mata)

4. KETAQWAAN
 

Bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. Apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan.

Ustazah juga berkata, anak pada ketika umurnya 0-7 tahun adalah TUAN. Kenapa? lihat dia boleh kata "mak, nak susu" walhal emaknya seorang profesor..sapa berani mintak profesor macam tu kan (tersengih saya bila ustazah bagi contoh ni..memang tepat). Sebagai tuan, kita kena ikut apa yang dia mahu. TETAPI perlu kita ajar anak kita cara yang betul untuk minta kita buat sesuatu.
 

Pada umur 8-14 tahun anak adalah suruhan. Suruhlah dan ajarlah dia menunaikan solat dan amalan-amalan wajib yang lain

Pada umur 14-21, anak adalah pembantu,mintalah bantuannya untuk melakukan sesuatu yang tidak membebankannya,dan mulakan dengan meminta bantuan sesuatu yang mudah.

Berlapang dadalah wahai ibu berkerjaya..walaupun berkerjaya, insyaAllah cabaran untuk mendidik anak masih boleh dipikul..disamping dapat membantu meringankan beban ekonomi suami..ingatlah..KUALITI masa bersama dengan anak-anak itu adalah yang terbaik..ingat pesan ustazah hafizah..KONSISTEN..insyaAllah, anak-anak terdidik dengan baik..


SURI RUMAH SEPENUH MASA KE SURI RUMAH PART TIME KE.....TETAP SURI DIHATI SUAMI DAN ANAK-ANAK....KEDUANYA SAMA TANGGUNGJAWAPNYA


TERUBAT SIKIT HATI AMBEEEE NEHHH...ALHAMDULILLAH.


Post a Comment

4 Comments

  1. Sha, suri rumah atau bekerjaya sama sahaja tanggungjawabnya dalam memikul amanah Allah swt.. perkongsian tips yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups..betul tuu kak...sama je tggungjwp....tuju tujuan yg sama ...

      Delete
  2. tjawab ibu yg berattttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat,...enjoykan diri dalam menjalankan tggjwp tu kan....bru bahagia...:)

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi