Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Lama benar rasanya tak mencoret kenangan di sini. Jadi kali ini Sha luangkan masa untuk menyimpan kenangan majlis konvokesyen adik pertama Sha iaitu Tina.
Selepas tahu tarikh majlis terus Sha semak jadual kerja sendiri, jadual kerja suami dan juga jadual peperiksaan anak-anak.
Maklumlah sekarang dah hujung tahun, risau ada peperiksaan. Alhamdulillah jadual kerja Sha pun awal-awal lagi dah maklum ketua dan rakan sekerja supaya tidak ada masalah kemudian hari. Suami pula bergantung pada jadual anak, jika ok barulah dia cuba luangkan masa dia.
Dua minggu sebelum tarikh majlis, Sha sahkan anak-anak tak ada peperiksaan. Jadi Sha minta suami lapangkan jadual dari bertugas. Kalau tidak, Sha dan anak-anak akan balik naik bas sahaja.
Alhamdulillah, selesai bab cuti Sha, suami dan anak-anak. Akhirnya Sha dapat menghadiri majlis penting Tina bersama keluarga. Tina pun dah kembali seronok bila Sha balik sekeluarga.
Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
Alhamdulillah selepas 4 tahun akhirnya adik Sha menamatkan pengajian ijazahnya di Unisza. Sha sebagai kakak sulung pastinya amat berbangga dengan pencapaian adik sendiri.
Untuk majlis ini Sha dan suami telah mengambil satu penginapan untuk memudahkan pergerakan ke Unisza memandangkan jarak Unisza ke kampung mengambil masa 2 jam. Tambah pula hari ambil jubah konvo hanya sehari sebelum, jadi tak perlu ulang alik.
Nasib baik juga, selepas ambil jubah adik Sha dan kawan-kawan mengambil perkhidmatan jurugambar untuk kumpulan mereka dan lewat petang baru selesai.
Penginapan kali ini Sha ambil homestay di Icon Residence, Kuala Terengganu. Ini merupakan kali ketiga Sha menginap di residensi ini.
Kemalangan Di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu
Pada hari isnin, adik Sha ke Unisza untuk mengambil jubah dan sesi fotografi bersama kenderaan kawan dia. Manakala Sha dan keluarga bergerak selepas bersarapan di sebuah gerai dalam kampung.
Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu Sha sekeluarga sempat singgah ke homestay seorang rakan kerja suami yang juga ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di Unisza. Selepas ziarah, suami maklum homestay sudah sedia untuk dimasuki. Jadi kami ambil keputusan untuk ke homestay awal dengan harapan boleh rehat santai-santai sahaja.
Malang tidak berbau apabila kereta kami dilanggar oleh sebuah motosikal di bahagian belakang. Selepas selesai perbincangan bersama keluarga budak yang melanggar kami barulah kami gerak ke homestay.
Santai Di Kuala Terengganu
Sebenarnya tidak ada idea untuk ke mana-mana di kawasan Kuala Terengganu ini tambah dengan cuaca panas. Belah petang kami cuma keluar cari makan dan beberapa barang kemudian balik ke homestay.
Petang itu kami singgah makan di kedai makan di tepian Pantai Batu Buruk kemudian membeli oden kegemaran jika datang ke Kuala Terengganu.
Mencari barang pula di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).
Kemudian singgah beli makanan untuk adik Sha yang hanya berehat di homestay selepas pulang dari bergambar pra konvo.
Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Unisza Ke-16
12 November 2024 (Selasa) merupakan hari bersejarah untuk adik Sha mengambil ijazahnya.
Sha nak simpan sedikit cerita di sini. Tina dapat menyambung pelajaran ketika musim covid-19 jadi dia bermula dengan belajar secara atas talian.
Waktu itu kesihatan Mak kami semakin tidak stabil, keluar masuk wad. Kalau Mak masuk wad, Tina dan adik bongsulah akan bergilir menjaga Mak di wad. Sha hanya mampu balik sekali sekala membantu apa yang patut.
Pernah berputus asa dan ingin berhenti belajar dan menjaga Mak. Tapi adik bongsu yang ambil keputusan untuk berhenti masa itu.
11 November 2021 Mak kami tinggalkan kami tiga beradik ketika adik bongsu menjaga Mak di hospital.
Al-Fatihah untuk Mak dan Ayah kami di sana.
Selepas Mak meninggal, Tina meneruskan pengajian dan adik bongsu pula diterima masuk kembali ke Tingkatan 6 walaupun bersama junior. Alhamdulillah bongsu pun sudah menyambung pengajian di Uitm Dungun.
Rancang Masa Depan
Dah habis ijazah tidak ada rancangan untuk sambung terus ke master. Maklumlah belajar pun memerlukan kos, jadi semua itu memerlukan modal. Sha serahkan apa yang terbaik yang dirasakan patut adik-adik Sha buat untuk masa depan.
Moga Allah SWT sentiasa membuka jalan dan memudahkan segala urusan dan cita-cita.
6 Comments
Tahniah untuk adiknya dah berjaya tamatkan pengajian. Semoga terus success.
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapannya
DeleteAlhamdulillah...tahniah Tina berjaya menghabiskan pembelajaran walaupun banyak liku2..
ReplyDeleteal-fatihah untuk arwah ayah dan mak Sha...
semoga si bongsu pun dapat menghabiskan pelajaran dengan cemerlang..aamin...
salam kenal dari linda
Alhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah tahniah Tina. Al fatihah untuk kedua-dua bonda dan ayahanda. Seronoknya dapat tengok orang konvo. Mengimbau kenangan ^^
ReplyDeletekak long tumpang gembira
DeleteTerima Kasih Daun Keladi