Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan, bulan puasa yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran. Sudah pasti pelbagai perancangan dan persediaan bermain di minda terutamanya bagi kaum ibu.
Perkara wajib adalah persediaan juadah berbuka nanti supaya tidak mati kutu. Jika bercakap tentang juadah berbuka puasa, seronok rasanya bila ramai yang berkongsi 30 menu berbuka puasa lengkap untuk sebulan di bulan Ramadan.
Dalam sebulan berpuasa Sha bukanlah memasak setiap hari, kadang-kadang Sha akan ubah angin sama ada bungkus dan berkelah di mana-mana atau dapatkan pakej berbuka puasa yang harganya berbaloi. Jadi Sha pun selalu jugalah tengok-tengok pakej terbaru bufet Ramadan sekitar Ipoh atau kawasan berdekatan.
Tahun 2024 Sha agak tertarik dengan tawaran Bufet Ramadan yang ditawarkan oleh pihak Hotel Impiana Ipoh. Jadi Sha nak kongsilah dengan korang apa yang menarik dan menu apa yang sedap di hotel ini yang patut korang pertimbangkan dalam senarai terjah korang nanti.
Pakej Bufet Berbuka Puasa Di Hotel Impiana Ipoh Tahun 2024
Bila sebut tema "Piyor Kampung" korang pun dah boleh agak dah apa menu yang ada. Korang akan terpegun dengan pelbagai sambal dan kerabu. Maklumlah orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan menu-menu sebegitu disamping lauk-pauk kampung seperti masak lemak, rendang, kari, ikan kering dan sup.
Menu Malaysia |
Pemanis mulut tradisional dan moden |
Lauk-pauk "Piyor Kampung" |
Selain lauk-pauk kampung, Chef Hotel Impiana Ipoh juga menyediakan menu menarik seperti Kambing Golek, Kari Kepala Ikan Mamak, Gulai Kawah Tulang Kambing, Martabak dan macam-macam lagi. Korang jangan terkejut pula bila nampak masak lemak ketam dan siput sedut ada di Bufet Ramadan. Di sini ada menyediakannya.
Harga Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh
Bufet Ramadan Hotel Impiana akan berlangsung bermula pada 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024. Korang boleh hadir untuk menikmati juadah berbuka pada pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Pengalaman Sha berbuka di sini tidaklah pernah mengecewakan, pasti ada menu yang membuatkan Sha teringat-ingat.
Berita Baik !
Untuk tempahan awal Bufet Ramadan "Piyor Kampung" dengan pembelian antara 13 Mac 2024 hingga 15 mac 2024 akan menikmati tawaran beli 1 percuma 1 dengan harga dewasa. Tawaran tambah nilai luar biasa ini diadakan pada tahun ini.
Tempahan Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh
Untuk tempahan, korang boleh hubungi nombor +605-255 5555 atau +6010-356 5515. Bagi mendapatkan lebih banyak tawaran menarik dan tempahan lain korang boleh melayari ipohhotel.impiana.com.my.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi