Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Juadah Berbuka Puasa Hari Pertama

Juadah Berbuka Puasa Hari Pertama | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Tak tahulah kenapa tahun ini Sha tak ada semangat nak buat senarai tempat berbuka dan menu berbuka seperti tahun-tahun lepas. Biasanya sebulan sebelum berpuasa Sha sudah mula mengumpul segala maklumat berkaitan.

Nampaknya tahun ini tak adalah info untuk korang macam biasa. Maaf ya semua. Macam dinanti pula kan?

Ok, memandang Sha tidak ada senarai yang nak dikongsikan dengan korang Sha hanya nak letak menu-menu yang Sha masak sepanjang bulan Ramadan kali ini. Semoga Sha rajinlah untuk simpan di sini.


Juadah Berbuka Puasa Hari Pertama


Untuk hari pertama, juadah pilihan Sha adalah Nasi Ayam. Semasa memilih menu Sha dah sematkan dalam hati nak makan sayur lebih. Bila utarakan pada suami, suami terus setuju jadi Sha teruskan menu pilihan Sha ini. Tambah pula ini juadah kesukaan Sha sekeluarga.


Resepi Nasi Ayam


Resepi Nasi Ayam Simple


Sepanjang bulan Ramadan ini Sha memilih untuk rehat selama setengah sahaja, jadi Sha boleh balik kerja pada pukul 4.00 petang memandangkan Sha selalunya masuk kerja pukul 7.30 pagi. Balik kerja terus Sha singgah di kedai untuk membeli ayam potong 8. Bukan apa, malas nak tunggu ayam dalam peti lembut.

Bila sampai rumah terus Sha bersihkan ayam dan rebus ayam.

Resepi Ayam


Rebus ayam bersama ;
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam
1 inci halia

Siap rebus ;
Angkat ayam dan perap dengan kicap pekat
Setengah jam nak berbuka Sha goreng supaya tidak terlalu panas bila nak berbuka.

Resepi Sambal Nasi Ayam


Air rebusan ayam
4 biji Cili merah
3 biji cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar semua sekali. Siap.

Resepi Kicap


Air rebusan ayam
Kicap
Baki kicap perap ayam

Resepi Nasi Ayam


3 cawan beras dibersihkan dan ditos
Dalam periuk, panaskan marjerin dalam 3 sudu.
Tumis bawang putih dengan halia, serai dan bunga lawang
Masukkan beras yang ditoskan, gaul sebati
Masukkan air rebusan ayam 6 cawan
Letak sedikit serbuk kunyit, manja-manja je
Tambah sedikit garam
Gaul sebati dan biar hingga masak


Sup Nasi Ayam


Baki air rebusan ayam tadi Sha guna lagi untuk sup.
Tapi sebab sikit sangat, Sha tambah air kemudian letak 1 kiub ikan bilis.
Siap, Sha tabur bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup.



Macam mana? Simple je kan? Yang penting kita kena susun gerak kerja, jadi boleh siap masak tepat pada masanya. Asasnya kena rebus ayam terlebih dahulu memandang semuanya menggunakan air rebusan ayam sebagai bahan utama.

Untuk air, macam biasa memang suami Sha yang buatkan. Hari pertama memandangkan Sha ada beli buah tembikai, jadi dia buatkan jus tembikai yang sedap sangat.

Alhamdulillah bersyukur kita dengan rezeki yang ada. Semoga Ramadan tahun ini diberkati oleh Allah SWT.

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi