Hot Posts

6/recent/ticker-posts

7 Perkara Wajib Wanita Lakukan Untuk Persiapan Hari Raya

7 Perkara Wajib Wanita Lakukan Untuk Persiapan Hari Raya | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang pasti dinanti-nanti oleh umat Islam. Apa tidaknya selepas satu bulan menjalani ibadah puasa, pasti banyak perancangan aktiviti di hari lebaran supaya ia sentiasa memberi seribu kenangan yang bermakna buat keluarga tersayang. Tidak kiralah walau dimana kita berada, sama ada di kampung atau bandar.

Cara sambutan mungkin berlainan bagi setiap keluarga dari segi keutamaan. Tapi pastinya sebelum hari raya, masing-masing sibuk dengan pesediaan menyambut Syawal. Ada yang suka buat persiapan awal supaya sepanjang Ramadan dapatlah tumpu kepada ibadah terutamanya pada sebelah malam iaitu mengerjakan solat terawih.



Walaubagaimanapun, jom tengok apa yang Sha lakukan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidifitri setiap tahun.


Persiapan Sebelum Menyambut Hari Raya


1. Membersihkan Dan Menghias Rumah

Bagi Sha ini paling utama sebelum berhari raya.Walau Sha jarang berada di rumah bila hari raya, tetapi sebelum meninggalkan rumah Sha akan pastikan rumah ditinggalkan kemas rapi. Ini penting supaya bila kami kembali ke rumah, Sha tidak perlu fikir banyak.

Bukan apa, walaupun jarang menerima kunjungan tetamu tetapi kita perlulah sentiasa bersedia jika ada tetamu seperti kawan-kawan anak datang untuk beraya.


2. Menyediakan Pakaian Raya Keluarga

Sebagai isteri dan ibu pastilah tugas menyediakan dan memastikan baju raya, kasut raya, tudung raya, seluar raya mencukupi untuk diri sendiri, suami dan anak-anak. Memandangkan Sha sekeluarga jenis jarang beli pakaian, jadi kami banyak membeli ketika hari raya menjelang sahaja.

Oleh itu, baju raya kami ringkas sahaja supaya boleh dipakai sepanjang tahun. Macam Sha sendiri baju kurung pun tidak terlalu meriah supaya Sha dapat pakai untuk keluar bekerja. Apa yang penting hari raya mestilah baju baharu. Kebiasaannya untuk hari raya pertama suami Sha yang akan pilih warna tema.

Untuk orang perempuan wajiblah memastikan baju raya sepadan dengan tudung dan kasut.

3. Juadah Di Hari Raya

Pemilihan juadah juga perlulah dibuat awal supaya memudahkan kerja-kerja penyediaan bahan. Korang faham-faham sahajalah, tak kan pagi raya baru sibuk nak cari barang masak. Kebiasaan selepas terawih akhir orang dah mula memasak terutamanya juadah popular seperti rendang dan lemang yang perlu dimasak lama.

Untuk penentuan menu di hari raya biasanya terletak di tangan Sha selain masak rendang kerana rendang wajib dimasak oleh suami Sha. Menu lain InsyaAllah Sha tentukan dan senaraikan bahan-bahan yang diperlukan.


4. Masukkan Kuih Raya Dalam Balang

Walaupun Sha tidak beraya di rumah sendiri, tetapi raya ketiga biasanya wajib dah ada di rumah. Jadi, Sha tetap sediakan beberapa jenis kuih raya tidak kiralah buat sendiri atau beli. Paling tidak mesti ada kerepek atau kacang.

Sha rasa ini penting supaya wujud rasa dan suasana hari raya. Biasanya anak-anaklah paling seronok nak membantu, walaupun mesti ada yang terlepas masuk dalam mulut mereka. Kalau Fathia selalu ajak Sha buat kuih raya sendiri, seronok kacau tepung dengan telur.


5. Masukkan Duit Raya Dalam Sampul

Aktiviti memasukkan duit raya ke dalam sampul duit adalah antara aktiviti wajib dua atau tiga hari sebelum raya. Aktiviti inilah paling disukai anak-anak tapi semuanya kena pantaulah supaya duit dimasukkan dengan jumlah yang betul.

Duit raya pula biasanya sudah mengikut bajet dan mengikut keutamaan seperti untuk anak-anak saudara, pak cik mak cik di kampung dan anak-anak kawan-kawan juga kawan-kawan anak atau anak jiran yang biasa bertegur sapa.

Oh ya, duit raya kenalah tukar awal sebelum kaunter tukar duit ditutup. Jadi bajet untuk duit raya memang kena sedia awal supaya duit yang diperlukan cukup. Biasanya Sha minta tolong kawan-kawan yang biasa tukar duit di bank sahaja.


6. Sediakan Skincare Sebagai Perlindungan Kulit Sepanjang Hari Raya

Sekarang musim panas bukan? Risau juga cuaca panas sekarang berpanjangan sehingga raya menjelang. Jadi Sha pastikan Sha ada skincare untuk membantu mengurangkan skin barrier rosak akibat sinar matahari.

Yang wanita mestilah nak nampak glowing, sihat dan cantik bila berjumpa sanak saudara dan rakan taulan.

Untuk lebaran nanti Sha akan pastikan stok Sunscreen Sha mencukupi bagi memastikan kulit nampak sihat dan lembap sepanjang hari. Alang-alang cerita pasal sunscreen, Sha nak kongsi dengan korang sunscreen terbaik yang korang perlu ada.

Sekarang Sha masih menggunakan Sunscreen Aloe Vera keluaran Hansaegee Nature. Kenapa? Ia merupakan sunscreen SPF 50 yang sesuai untuk kulit berminyak. Paling penting ia sunscreen yang tiada white cast.

Untuk pengetahuan korang Sunscreen Aloe Vera ini sejenis hybrid sunscreen.  Apa itu hybrid sunscreen? Krim muka Hybrid sunscreen adalah inovasi baru yang menggabungkan physical sunscreen dan chemical sunscreen. Lebih tepat lagi ianya mempunyai kebaikan dari 2 dua jenis sunscreen ini dan mampu memberi perlindungan yang lebih efektif berbanding sunscreen atau sunblock biasa.

Di Hari Raya mestilah nak yang terbaikkan? jadi Sha cadangkan pada korang untuk mencuba skincare terbaik ini yang mana ia juga skincare yang baik untuk kulit kusam.

Hari raya pastinya hari yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dan semuanya nak kena cepatkan. Jadi bila nak solat pun naklah sunscreen yang boleh basuh dengan air sahaja. Korang jangan risau, Suncreen Aloe Vera adalah sunscreen mesra wuduk, mudah dibersihkan.



7. Pastikan Alat Solek Ada

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri biasanya Sha akan sediakan alat solek asas untuk Sha dan anak perempuan bersiap di pagi Hari Raya atau jika nak berkunjung atau menghadiri rumah terbuka.

Selain sunscreen, Sha akan pakai sekurang-kurang bedak dan lip balm atau gincu yang warna perlahan. Maklumlah orang tak biasa bersolek, bila nak bersolek nak yang acah-acah sahaja. Kecualilah anak perempuan Sha, dia suka ada warna sikit pada wajah.


Apa yang penting sebelum bersolek Sha suka pakai sunscreen terlebih dahulu tau. Korang jangan tak tahu, sunscreen pun boleh jadi solekan asas kerana ia boleh membuatkan make up lebih nampak kemas dan tahan lama.

Pada yang mementingkan keselesaan semasa berhari raya, korang juga kena dapatkan sunscreen yang tidak melekit dan bila pakai kita rasa segar je. Bila duduk bawah matahari pun tetap nampak elok dan tidak berkecapuk. Semua ini penting tau. kalau tak boleh buat hidup serba tidak kena.

Apapun, perempuan wajiblah nak cantik sepanjang hari kan? Barulah hidup ceria dan yakin bila jumpa orang ramai.


Kesimpulan

Macam mana korang, sama tak persediaan Sha dengan korang? Yang pasti mungkin banyak lagi persediaan kecil dan persediaan saat akhir kan? Apa yang penting, kita perlu rancang setiap apa yang kita buat supaya kita tidak lupa, tidak membazir dan kita dapat meraikan hari lebaran dengan penuh makna bersama dengan yang tersayang.

Post a Comment

0 Comments