Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Telur Budu Viral Memang Lauk Jahat

Resepi Telur Budu Viral Memang Lauk Jahat | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Beberapa minggu lepas ada ternampak beberapa orang rakan di media sosial lain kongsi pasal lauk telur budu. Kalau dah sebut budu biasanya sedaplah bagi Sha. Sebenarnya kalau di kampung Sha biasa makan Telur Ikan Budu tapi bukan Telur Budu.

Telur Ikan Budu popular ketika musim tengkujuh di Pantai Timur. Mungkin waktu itu itulah lauk paling mudah untuk dibuat stok dirumah terutamanya rumah di kawasan banjir. Maklumlah musim banjir susah kalau nak keluar beli barang basah lain.

Berbalik pada Telur Budu, sebenarnya lama dah tahu tapi macam biasalah ia akan teringat bila malas melanda. Kebetulan suami kerja malam, jadi otak fikirkan lauk pauk yang mudah sahaja untuk isi perut Sha dan anak-anak.


Resepi Telur Budu Viral Memang Lauk Jahat



Kenapa Sha cakap lauk jahat? Bukanlah sebab lauk ini tidak ok, tapi jadi jahat sebab macam rugi tak tambah nasi.

Walaupun makan nasi panas dengan Telur Budu sahaja, tapi boleh buat kita makan cepat. Bukan apa, makan dengan nasi panas tambah pula Sha penyet cili padi dalam nasi lagilah menjadi-jadi sedap dia tu.

Ok, tanpa buang masa lagi Sha kongsikan resepi terpaling mudah iaitu Telur Budu.



    Resepi Telur Budu

    • 3 biji telur ayam
    • 1 biji bawang besar (holland) di mayam
    • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
    • 5 biji cili padi
    • 4 sudu besar budu ( Bergantung pada tekak masing-masing)


    Cara masak Telur Budu

    1. Panaskan minyak, bagi lebih sikit.
    2. Tumis bawang-bawang dengan cili padi hingga naik bau wangi
    3. Kemudian masukkan 3 biji telur ayam.
    4. Biarkan telur sedikit masak, barulah kacau sedikit.
    5. Akhir sekali masukkan budu dan kacau sebati semua baahan.



    Lauk Pembangkit Selera

    Alhamdulillah, anak-anak makan dengan selera bila pekena lauk telur budu ini. Pada mulanya risau juga, takut tekak sendiri tak dapat terima. Korang jangan risau bab masin, disebabkan budu ini dah di masak dengan telur jadi masin dia tidak terlalu kuat.

    Disebabkan rasa budu itu sendiri sudah cukup, jadi kita tidak perlu tambah sebarang perisa lagi. Takut nanti terlebih rasa pula.

    Post a Comment

    0 Comments