Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rupanya Ini Teknik Artis Cantikkan Gigi Iaitu Dengan Proses Veneer Gigi

Cantikkan Gigi Anda Dengan Proses Veneer Gigi | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Dulu Sha takut sangat nak buat rawatan gigi, tetapi walau macam mana pun tetap kena jaga kebersihan gigi bukan? Tapi Sha tidak ada pengetahuan banyak tentang rawatan gigi yang ada, ingatkan hanya ada perkhidmatan tampal dan cabut gigi sahaja selama ini. Rupanya msih ada beberapa perkhidmatan lain di klinik gigi.

Zaman sekarang tidak pelik bila melihat perubahan pada gigi seseorang. Contoh paling mudah dilihat adalah golongan artis yang semakin cantik apabila membuat rawatan gigi. Rupa-rupanya gigi bukan sahaja boleh diputihkan tetapi boleh dipulihkan strukturnya supaya lebih nampak kemas. Proses ini dinamakan proses Veneer gigi.


pengalaman pakai veneer


Proses Veneer Gigi

Korang pernah dengar tak tentang proses veneer gigi? Selepas membuat sedikit bacaan dan hasil perkongsian di beberapa laman sosial yang sah, Sha dapati rawatan ini sangat menarik. Jika korang nak cuba dapatkan rawatan ini korang boleh dapatkan di klinik swasta. Di sini Sha nak kongsikan satu klinik yang menyediakan rawatan veneer gigi iaitu di Klinik Gigi Stellar yang terletak di Kota Damansara dan Setia Alam.

Apakah maksud veneer gigi? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), veneer gigi ialah cengkerang ultra nipis atau lapisan nipis yang diperbuat daripada bahan berasaskan resin berwarna gigi yang dilekat pada permukaan hadapan gigi asal kita untuk memulihkan wajah, struktur dan fungsi gigi. Lapisan baru ini diperbuat daripada dua jenis bahan iaitu resin komposit dan porselin.


Siapa Sesuai Untuk Buat Veneer Gigi?

Mesti korang nak tahu sama ada korang sesuai atau tidak untuk membuat rawatan veneer atau tidak. Korang jangan risau Sha akan kongsi dengan korang jenis-jenis veneer yang ada dan di mana korang boleh buat veneer gigi.

Veneer boleh digunakan untuk membetulkan pelbagai masalah gigi kosmetik dan pemulihan bagi korang yang memerlukan perkhidmatan di bawah :

  • Menaik taraf warna gigi kepada lebih putih dan bentuk gigi lebih sempurna
  • Menutup kotoran gigi kekal yang tidak boleh ditanggalkan melalui pemutihan gigi profesional
  • Memulihkan bentuk dan estetika gigi jongang, patah, sumbing atau bengkok
  • Membetulkan kesesakan gigi ringan sebagai alternatif kepada braces gigi
  • Menutup gigi jarang


Contoh sebelum dan selepas rawatan veneer

Gigi yang jarang dan tidak sekata terus nampak lebih kemas dan tersusun selepas pemulihan menggunakan rawatan veneer. Tapi korang juga perlu tahu bahawa terdapat tiga jenis veneer gigi di klinik gigi.


Jenis-Jenis Veneer Gigi


Untuk pengetahuan korang, terdapat tiga jenis veneer gigi iaitu veneer komposit, componeer, veneer porselin dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Jom kita tengok satu persatu jenis veneer gigi yang ada sebelum ke klinik gigi veneer.


Rawatan composite veneer diperbuat daripada resin polimer berwarna gigi. Prosedur untuk veneer komposit adalah mudah dan biasanya boleh dijalankan dalam satu sesi. Veneer komposit juga dikenali sebagai pemulihan langsung kerana ia diletakkan terus pada gigi yang disediakan di bahagian kerusi pergigian.


Komponir adalah cangkerang enamel komposit nano-hibrid pasang siap berpolimer yang menggabungkan kelebihan pemulihan komposit langsung dengan kelebihan veneer pasang siap. Ia lebih kuat dan mempunyai kemasan yang lebih baik berbanding veneer komposit. Ini juga boleh dilakukan dalam sekali sesi rawatan.


Veneer porselin ialah sejenis lapisan seramik gred perubatan yang meliputi permukaan hadapan gigi asli. Veneer porselin dibuat khusus untuk setiap pesakit untuk memastikan kesesuaian yang sempurna. Bahan yang canggih membuatkan ia kelihatan sangat mirip dengan enamel gigi asli. Oleh kerana penampilannya yang seperti asli dan semula jadi, veneer porselin adalah antara prosedur pergigian kosmetik yang paling popular dan bereputasi.


Prosedur untuk dapatkan veneer gigi


Sebelum korang mengambil keputusan untuk menjalani rawatan composite veneer atau jenis lain korang perlu tahu prosedur yang korang akan lalui terlebih dahulu. Jom kita lihat apa prosedur yang perlu dilalui.


rawatan veneer composite


Pemeriksaan klinikal

Pada sesi pertama, doktor gigi korang akan melakukan pemeriksaan klinikal yang menyeluruh terhadap gigi anda dan menilai sama ada anda adalah calon yang sesuai untuk mendapatkan veneer.


Penyediaan gigi

Seterusnya, doktor gigi korang akan mengeluarkan lapisan nipis enamel luar gigi yang perlu dilapisi. Ini mewujudkan ruang untuk melekat veneer pada gigi yang telah disediakan. Proses ini dikenali sebagai penyediaan gigi. Jangan risau, penyediaan gigi tidak akan menjadikan gigi anda sensitif, kerana hanya lapisan enamel nipis dikeluarkan. Juga, dalam kebanyakan kes, doktor tidak perlu memberikan anestesia tempatan.


Tampalan veneer

Selepas penyediaan gigi, doktor gigi korang akan menyapu resin komposit pada gigi yang disediakan dalam kenaikan yang kecil. Setiap kenaikan akan dibentuk dengan sewajarnya dan dikeraskan menggunakan cahaya khas sehingga keseluruhan struktur dan estetika gigi telah dipulihkan. Warna veneer dipadankan tepat dengan gigi asli bersebelahan supaya gigi berveneer serasi dengan sempurna dan hampir tidak dapat dibezakan.


Kemasan dan penggilapan

Selepas veneer dibentuk dengan betul, doktor gigi korang akan menggunakan instrumen khas untuk menggilap veneer tersebut. Tujuannya adalah untuk meningkatkan estetika dan mencegah pembentukan plak dan mendapan karang gigi yang boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Untuk lebih jelas korang boleh tengok video dibawah :


Kelebihan Dan Kekurangan Veneer

Setiap rawatan yang kita dapatkan di klinik atas pelbagai penyakit pasti ada kelebihan dan keburukan yang kita perlu pertimbangan. Jadi korang layak untuk tahu, seperti setiap pemulihan atau prostesis gigi lain, veneer juga mempunyai kebaikan dan keburukan mereka sendiri:


Kelebihan veneer gigi

✅Ketahanan

Veneer dibuat dalam keadaan terkawal. Oleh itu, ia lebih tahan lama daripada tampal gigi terikat langsung.

✅Estetika unggul berbanding dengan tampalan komposit langsung, veneer mempunyai estetik yang unggul. Itulah sebabnya ramai artis lebih suka veneer untuk menaik taraf senyuman mereka.

✅Veneer lebih tahan noda daripada pemulihan komposit konvensional.

✅Boleh dibaiki – kecacatan struktur kecil pada veneer, seperti serpihan atau retak boleh dipulihkan.

✅Hasil cepat

✅Tak perlu jumpa doktor banyak kali.

✅Boleh pilih warna yang kita mahukan. 

✅Nak lebih putih dari gigi asal kita pun boleh.

✅Tiada maintenance diperlukan.


Kekurangan veneer gigi

✅Tidak boleh diputihkan

Jika veneer korang terkesan, ia tidak boleh diputihkan melalui pemutihan gigi profesional. Ini kerana permukaan veneer komposit berbeza dengan gigi asli. Akibatnya, agen peluntur yang digunakan dalam pemutihan gigi tidak berkesan pada mereka. Oleh itu, satu-satunya pilihan untuk memulihkan estetika veneer berwarna ialah membaiki atau menggantikannya dengan yang baru.

✅Kos lebih tinggi

Rawatan ini cenderung lebih mahal daripada tampalan gigi. Walau bagaimanapun, veneer komposit dan componeer tidaklah semahal veneer porselin.


Pengalaman pakai veneer gigi


Tidak sah jika sebelum membeli barang atau membayar sesuatu perkhidmatan mestilah kita akan meneliti pengalaman orang yang pernah mendapatkan barang dan perkhidmatan terbabit. Begitu juga dengan perkhidmatan rawatan veneer gigi ini. Maklumlah kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri kita sendiri kan.

Suka disini Sha nak kongsi dengan korang satu perkongsian seorang yang takut untuk buat rawatan tetapi sekarang beliau boleh tersenyum yakin.



Wah, berbeza betul gigi beliau sebelum dan selepas bukan? Beliau memang berpuas hati dengan layanan doktor yang ada di Klinik Gigi Stellar dan juga hasil daripada rawatan veneer yang beliau dapat. Pada asalnya nak pakai braces tapi dengan konsultan yang betul, beliau bertukar kepada veneer.


Sha faham perasaan bila nak jumpa doktor gigi, kadang-kadang malu nak tunjuk gigi pada doktor jika gigi kita tak cantik sangat. Tapi bila kita jumpa doktor yang mesra dengan pesakit, terus rasa takut itu hilang dan serahkan sahaja gigi korang pada doktor.


Kos rawatan veneer gigi


Mesti ramai yang berminat nak buat rawatan veneer ini kan? Biasanya kita dengar pakai braces gigi sahaja kalau nak cantikkan gigi, tapi kali ini kita ada alternatif yang lebih selesa kerana tiada maintanance diperlukan. Jika korang ingin dapatkan rawatan veneer di Stellar Dental Kota Damansara dan Setia Alam, inilah harga veneer gigi mereka.

Veneer komposit: RM350 satu batang gigi

Komponir: RM650 satu batang gigi

Veneer porselin: RM1600 satu batang gigi

Jadi korang sudah boleh membuat bajet untuk memulihkan kembali gigi dan senyuman korang. Pasti lebih yakin dan manis!


Kesimpulan

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan termasuklah masalah gigi korang. Jangan biarkan gigi korang membuatkan korang berasa kurang yakin! Veneer gigi adalah penyelesaian terbaik untuk membaiki gigi yang rosak, bernoda, patah atau sumbing. Berminat untuk dapatkan veneer? Bolehlah tetapkan temujanji korang dengan pihak Klinik Gigi Stellar.

Semoga maklumat ini dapat membantu korang yang sedang mencari klinik gigi di sekitar Kota Damansara dan Setia Alam.


Untuk Tempahan Temujanji, korang boleh ke laman rasmi Klinik Gigi Stellar :

LAMAN WEB KLINIK GIGI STELLAR

FACEBOOK RASMI KLINIK GIGI STELLAR

INSTAGRAM RASMI STELLAR

NO.TELEFON KLINIK GIGI STELLAR

011 3996 4469


LOKASI KLINIK GIGI STELLAR

KLINIK GIGI STELLAR DI SETIA ALAM



KLINIK GIGI STELLAR DI KOTA DAMANSARA


Post a Comment

0 Comments