Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Setting Scheduled Transactions Di CIMB Clicks

Cara Setting Scheduled Transfer Di CIMB Clicks | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tak perasan dan terlupa bila masuk tahun 2023 membuatkan Sha pelik, kenapa tak ada notis pembayaran ke akaun yang Sha biasa pindah duit. Rupa-rupanya Sha belum setting scheduled transfer bila masuk tahun baru pada bulan januari yang lepas.

Tapi kenapa Sha tak setting januari lepas? Bulan februari baru setting? Jawapannya Sha tak jumpa bahagian mana nak setting scheduled transfer untuk cimbclicks. Jenuh cari, tapi kali ini sebab dah jumpa penyelesaiannya jadi Sha nak catat di sini takut diri sendiri terlupa lagi.


Cara Setting Scheduled Transactions Di CIMB Clicks



Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana membuat pembayaran secara konsisten dengan cara membuat tetapan di bank online korang. Kali ini Sha nak kongsi dengan korang cara di CIMB CLICKS.


Langkah Demi Langkah Untuk Setting Scheduled Tranfer CIMB Clicks


Langkah 1


Langkah pertama korang perlu log in ke akaun CIMB Clicks korang terlebih dahulu. Paparan CIMB Clicks akan terpapar seperti gambar di bawah.




Langkah 2


Di paparan utama, korang lihat di bahagian kiri paparan korang perlu klik pada Pay & Transfer di mana akan keluar beberapa menu pilihan.


Langkah 3



Lihat di bahagian bawah, ada SCHEDULED TRANSACTIONS yang kita mahukan jadi terus klik di situ. Okay kita teruskan lagi.

Langkah 4


Di paparan Schedule Transactions terdapat 4 pilihan iaitu schedule a transfer, schedule a bill payment, schedule a jomPAY dan schedule a loan/cards payment.

Macam Sha memang selalu pilih schedule a transfer atau loan. Transfer biasa ke akaun seseorang dan transfer untuk pinjaman apa-apa yang ada nombor akaun seperti pinjaman ASB Sha gunakan schedule a loan payment.



Langkah 5



Masalah Sha bila tak tahu nak tetapkan tarikh pembayaran setiap adalah di bahagian ini. Oleh sebab tak jumpa cara Sha terus transfer sahaja tanpa setting untuk tarikh seterusnya.





Sebenarnya bila korang dekat sini dan bahagian amount and when adalah bahagian untuk korang tetapkan tarikh bila korang nak buat bayaran secara tetap setiap bulan tanpa culas.

Apa yang menjadi masalah Sha sebelum ini sebenarnya tetapan tarikh yang memerlukan tarikh selepas tarikh semasa korang log in.

Contoh :

Hari ini 26 Februari 2023, korang kena letak 27 Februari untuk tarikh repeat keluar. Jika tidak tak ada ruang untuk korang masukkan tarikh untuk bulan seterusnya.


Tempoh Tetapan Mengikut Keperluan Masing-Masing


Akhir sekali korang pilihlah korang nak buat potong secara mingguan, 2minggu sekali, bulanan atau tahunan mengikut keperluan masing-masing. Macam Sha memang bayaran secara ansuran bulanan jadi pilih monthly.

Contoh bulanan, tarikh setiap bulan sama. Korang juga boleh tetapkan tarikh akhir potongan nilai transfer hingga tarikh bila. Biasanya Sha akan buat dari Januari hingga tarikh akhir pada bulan Disember.


Kebaikan Scheduled Transaction


Di sini Sha kongsikan beberapa kebaikan utama sepanjang Sha menggunakan scheduled transactions ini secara peribadi :

  • Sesuai untuk orang yang tidak begitu disiplin untuk transfer secara manual seperti Sha.

  • Mengelakkan terlepas pembayaran dan memastikan pembayaran berlaku secara konsisten.

  • Memudahkan urusan pembayaran. Jimatkan masa.


Kesimpulan


Scheduled Transactions bagi Sha adalah salah satu inisiatif untuk kita disiplinkan diri membuat pembayaran secara konsisten. Tambah pula bolehlah membantu kita mengawal perbelanjaan bulanan. Pada sesiapa yang mempunyai tarikh pembayaran gaji dan ada hutang, korang boleh juga menggunakan kaedah ini.

Jika korang yakin dengan sistem cimbclicks ini korang bolehlah setting. Pengalaman Sha setakat ini Alhamdulillah tiada masalah.

Post a Comment

0 Comments