Lokasi Bufet Ramadan Sekitar Ipoh, Perak tahun 2023 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sudah menjadi rutin Sha apabila tiba bulan mulia bulan Ramadan, suka untuk Sha berkongsi lokasi-lokasi yang menawarkan pakej bufet Ramadan di sekitar Ipoh, Perak.
Nampaknya kini semakin rancak pihak yang biasa menyediakan bufet Ramadan berkongsi tawaran mereka media sosial. Jadi Sha disini akan mengumpulkan lokasi dan harga bufet Ramadan bagi tahun 2023 untuk korang memilih.
Lokasi Bufet Ramadan Sekitar Ipoh, Perak tahun 2023
1. Bufet Ramadan Di US Pizza Simee
Sekali sekala buka puasa dengan pizza! Apa salahnya kan?
Ramadan kali ini US Pizza menyediakan bufet Ramadan dengan harga rendah!
“Eat All You Can” dengan 20 pilihan makanan, dari pembuka selera hingga pencuci mulut nampak menyelerakan..
Kalau nak jimat baik korang rebut harga promosi Early Bird (per pax)
● Dewasa : RM39++
● Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM19.50++
● Kanak-kanak (bawah 1 tahun): FOC
Background:
Tempah slot korang sekarang di aplikasi US Pizza.
Cara buat tempahan
1. Muat naik aplikasi US Pizza.
2. Pilih tempahan untuk event Bufet Ramadan Buffet.
3. Pilih outlet, tarikh & masa, dan berapa pax.
4. Pastikan korang menerima QR code pengesahan tempahan.
5. Bawa keluarga, rakan dan saudara mara untuk menikmati Bufet Ramadan di outlet terpilih.
6. Tunjuk QR code kepada staf outlet staff untuk pengesahan semasa tiba di outlet.
2. Bufet Ramadan Hotel Casuarina @ Meru Tahun 2023
Masa yang dinanti-nanti telah tiba! Pelbagai juadah berbuka puasa lebih 100 hidangan enak disediakan untuk pelanggan istimewa Casuarina. Antara sajian yang disediakan ialah menu wajib iatu kibas panggang, sate ayam dan daging, aneka lauk, pencuci mulut dan kuih-muih.
Tawaran awal dan istimewa untuk semua :
RM75.00 (Terhad kepada 1000 orang sahaja)
Harga Dewasa :
RM79.00 (Termasuk Warga Emas)
Harga Kanak-kanak :
RM55.00 (4 hingga 12 tahun)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi atau whatsapp www.wasap.my/60165212288/ihyabufetramadan .
Layari www.casuarinahotels.com.my untuk info dan maklumat terkini.
3. Bufet Ramadan Hotel Excelsior Ipoh Tahun 2023
Menjelang bulan Ramadhan yang mulia, Hotel Excelsior menyediakan buffet selera kampung khas untuk anda. Nikmati lebih 100 pilihan makanan yang kami sediakan sepanjang Ramadhan.
Promosi Tempahan Awal sudah pun dibuka!!Mulai sekarang hingga 24hb March 2023 dengan harga promosi hanya RM65 bersih.
Selera Ala-ala Kampung Excelsior bermula pada :
Tarikh - Ahad, 2hb April 2023 - Khamis, 20hb April 2023.
Tempat - Dulang Coffee House
Masa - 7.00 mlm - 10.30 mlm
Harga - Dewasa - RM80 bersih
Warga Emas - RM60 bersih
Kanak2 - RM48 bersih
Tempat solat untuk Muslimin & Muslimat disediakan.
Setiap Jumaat & Sabtu, Live Performances.
T& C Applied.
4. Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh 2023
IFTAR IMPIANA 2023 kini kembali lagi
Bulan Ramadan semakin hampir bertemu kita. Pastinya bulan yang barakah ini dinanti nantikan oleh semua umat Islam.
Impiana Hotel Ipoh pastinya sudah bersedia untuk menyajikan juadah berbuka puasa yang terbaik buat anda sekeluarga ! Lebih 100+ jenis juadah iftar yang bakal dihidangkan buat para pelanggan. Ikuti posting mereka dari semasa ke semasa untuk lebih banyak promosi di bulan Ramadan kelak.
Tarikh bufet iftar : 25 Mac - 21 Apr 2023
Tempat : The Coffee House, Lobby
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Harga Promosi sehingga 21 Mac 2023 ini.
HARGA BAUCER PROMOSI SEHINGGA 21 MAC 2023 :
RM95+ untuk 1 baucer [Dewasa atau W.Emas]
RM999nett untuk 10 baucer
HARGA PEMBELIAN ASAL :
Dewasa - RM118+
W.Emas - RM98+
Kanak-kanak - RM78+
Hubungi segera di +605 255 5555 bagi mendapatkan Baucer Promosi.
Tertakluk kepada terma & syarat.
-------------------------------------------------------------------------
BUBUR LAMBUK PERCUMA Tak susah, hanya Drive Thru
SETIAP JUMAAT yang bertarikh seperti berikut,
24 & 31 Mac 2023
07 & 14 Mac 2023
Tertakluk kepada terma & syarat.
-------------------------------------------------------------------------
BUBUR LAMBUK PERCUMA Tak susah, hanya Drive Thru
SETIAP JUMAAT yang bertarikh seperti berikut,
24 & 31 Mac 2023
07 & 14 Mac 2023
Kinta Riverfront Hotel & Suites
RAMADHAN IFTAR SINAR 2.0 BUFFET 2023 bermula dari 25 mac 2023 di Kinta Riverfront Hotel & Suites.
Moh dapatkan 𝗘𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗕𝗶𝗿𝗱 𝗪𝗢𝗪𝗰𝗵𝗲𝗿 hanya dengan harga bufet Ramadan RM68, RM78 and RM88 per pax sebelum habis.
RAMADHAN IFTAR SINAR 2.0 BUFFET 2023 bermula dari 25 mac 2023 di Kinta Riverfront Hotel & Suites.
Moh dapatkan 𝗘𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗕𝗶𝗿𝗱 𝗪𝗢𝗪𝗰𝗵𝗲𝗿 hanya dengan harga bufet Ramadan RM68, RM78 and RM88 per pax sebelum habis.
Hubungi 05-245 8888 atau WhatsApp to 012-519 5423 atau klik http://wa.me/60125195423 untuk maklumat lebih lanjut.
6. Bufet Ramadan MU Hotel Ipoh Tahun 2023
Bufet Sajian Diari Ramadan akan mula menyajikan kepada tetamu bermula 28 March hingga 20 April 2023 (6.30pm-10.00pm).
Para tetamu boleh menikmati hidangan bufet yang enak dengan makanan tempatan yang lazat seperti Roti John, Bubur Lambuk, Ayam Rendang Pedas, Sup Kambing Mamak Style, Watermelon Sup Ayam, Kambing Bakar, BBQ dan banyak lagi! Tidak lupa juga pelbagai pencuci mulut.
Senarai harga bufet Ramadan Hotel MU Hotel adalah :
RM 85 seorang untuk dewasa,
dan RM 48 untuk kanak-kanak. (6-12 tahun)
Jadikan kenangan abadi bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan lazat di bufet buka puasa di MÙ Hotel.
Bilik Solat (Surau) Disediakan
Tempat letak kereta PERCUMA untuk Semua
Untuk pertanyaan - sila hubungi,
Calvin (016-550 0573)
Winnie (011-3987 3127)
Priya (011-1148 7305)
Lanny (016-526 6676)
7. Bufet Ramadan Symphony Suites Hotel Ipoh Tahun 2023
Hotel Symphony Suites Ipoh juga tidak ketinggalan menawarkan bufet Ramadan 2023. Untuk tempahan awal boleh dibuat sebelum 20 mac 2023 dengan harga RM 65.00.
Harga untuk dewasa : RM 80.00
Harga untuk warga emas : RM 60.00
Harga untuk Kanak-kanak : RM 40.00
Jika korang tempah untuk 10 orang, korang akan dapat percuma 1.
Hubungi nombor yang tertera pada flyers untuk tempahan sekarang.
8. Bufet Ramadan The Haven Ipoh Tahun 2023
Tercari-cari juadah berbuka puasa yang lazat sepanjang Ramadan? Jangan lihat lebih jauh daripada 𝐒𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬a di The Haven
✓ Stesen langsung kambing panggang arang keseluruhan, menambah keseronokan dan penantian hidangan
✓ Sup Gearbox dan Itik Salai Masak Lemak Cili Padi terkenal yang pasti memikat selera anda.
✓ Dua menu bufet berbeza pada hari yang berbeza, memberikan anda pelbagai hidangan untuk dipilih
Manfaatkan E𝐚𝐫𝐥𝐲 𝐁𝐢𝐫𝐝 𝐎𝐟𝐟𝐞𝐫 kami dan nikmati diskaun hebat untuk tempahan anda!
Harga Bufet Ramadan The Haven Tahun 2023
𝐒𝐚𝐯𝐞 𝟐𝟓% sebelum 1 Mac 2023
Dewasa: RM 118 bersih | Junior/Senior: RM 104 bersih
𝐒𝐚𝐯𝐞 𝟏𝟓% sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh tempahan
Dewasa: RM 134 bersih | Junior/Senior: RM 117 bersih
𝐒𝐚𝐯𝐞 𝟏𝟎% sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh tempahan
Dewasa: RM 142 bersih | Junior/Senior: RM 124 bersih
Bercadang untuk membawa orang yang anda sayangi atau sekumpulan rakan ke bufet lazat The Haven? Berita baik! Nikmati 𝟏𝟎% 𝐝𝐢𝐬𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭 pada tempahan korang apabkorang membawa 5 orang atau lebih.
Sertai Sajian Iftar Warisan Desa Buffet untuk hidangan yang pasti memuaskan keinginan semua orang.
Tarikh: 24 Mac - 20 April 2023
Masa: 7 PM - 10 PM
Dewasa: RM 158 bersih | Junior/Senior: RM 138 bersih
---
📍 Locate us: The Haven All Suite Resort, Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak.
📧 E-mel : reservations@thehavenipoh.com
📱 Hantar WhatsApp: https://wa.link/7ho3cl
9. Bufet Ramadan The Travelodge Ipoh Tahun 2023
Bulan Ramadan yang mulia bakal menjelang tiba. Nikmati hari indah berbuka puasa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan di The Lodge, Travelodge Ipoh sepanjang bulan ramadan tahun ini.
Travelodge Ipoh menyediakan bufet berbuka puasa bermula pada 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023.
Terdapat pelbagai jenis hidangan yang disediakan merangkumi makanan tradisional masakan ala kampung dan juga masakan barat yang sentiasa akan menepati citarasa anda sepanjang bulan puasa.
Untuk tempahan awal “Early Bird” dari 1 Mac hingga 27 Mac, harga dewasa hanya RM68, kanak-kanak dan warga emas hanya RM48.
Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 05-2428888 / https://wa.link/001zhs
10. Bufet Ramadan Hotel WEIL Ipoh Tahun 2023
Bulan suci Ramadhan semakin hampir. Berbuka puasa anda bersama kami di Hotel WEIL.
Tahun ini kita akan kembali ke asal-usul kita dengan Tradisi Sajian Bonda, ia menampilkan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang sentiasa digemari, mengingatkan masakan ibu. Menu berputar menawarkan hidangan enak dan berperisa yang membangkitkan kenangan pulang ke jamuan yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan meningkatkan pengalaman 'Buka Puasa' korang dengan pelbagai rempah ratus dan perisa asli yang diilhamkan oleh warisan masakan Malaysia.
Bufet Ramadan Hotel WEIL bermula 25 Mac - 21 April • 7:00 malam - 10:00 malam
Harga Bufet Ramadan Hotel WEIL
Dewasa: RM128+
• Warga Emas: RM118+
• Kanak-kanak: RM78+
🌙 Restoran Tiffin
PROMOSI EARLY BIRD : 10 Orang Dewasa Membayar, 2 Tawaran Percuma Makan
Tamat Pada 7 April 2023
*Terpakai untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun / warga emas berumur 65 tahun ke atas*
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi +6052082021/ +6012-502 9228 atau hantarkan e-mel di fnb@weilhotel.com.
11. Bufet Ramadan Di Casa Impian De' La Rosa Ipoh Tahun 2023
Casa Impian De' La Rosa menawarkan 40 menu untuk bufet Ramadan tahun 2023. Untuk lebih jimat korang boleh terus tempah.
Kemudahan surau disediakan.
Harga Bufet Ramadan Casa Impian De La Rosa
Early Bird :
Dewasa - RM45.90
Kanak-kanak - RM 25.90
Harga biasa
Dewasa - RM 49.90
Kanak-kanak - RM 29.90
Hubungi 018-4039225 / 018-2777867 untuk membuat tempahan korang sekarang.
12. Bufet Ramadan Gopeng Glamping Park
Info tentang Glamping Buffet Ramadhan 2023
Tarikh 24 March – 19 April 2023
Masa : 7.00-9.30pm
Tempat: Gopeng Glamping Park
Harga Promosi Awal:
RM40.00 /seorang (13 tahun keatas)
RM 25.00/ seorang (6-12 tahun. 5 tahun kebawah PERCUMA)
.
.
13. Bufet Ramadan Azno Catering Tahun 2023
Sempena meraikan Ramadhan yang kunjung tiba Azno Katering menjemput korang semua untuk berbuka puasa dgn berkonsepkan BUFFET yang disediakan oleh mereka. Seperti tahun lepas korang di NASIHATKAN membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana tempat sudah FULL BOOKING
PASTIKAN ANDA BOOKING AWAL
Harga tempahan awal( 1 mac 23 - 22 mac 23)
Dewasa : RM31.90
Kanak2 : RM21.90
(bwh 6 thn FOC)
Dewasa : RM31.90
Kanak2 : RM21.90
(bwh 6 thn FOC)
Harga asal( 24 mac 23 - 21 apr 23)
Dewasa : RM35.00
Kanak2 : RM25.00
(bwh 6 thn FOC)
Wargaemas : RM30.00
Dewasa : RM35.00
Kanak2 : RM25.00
(bwh 6 thn FOC)
Wargaemas : RM30.00
Sebarang tempahan sila hubungi
Kedatangan anda amatlah dialu-alukan dan mengalukan sumbangan untuk anak yatim dan asnaf
14. Bufet Ramadan Cafe Warisan Bonda Artworks Hotel Ipoh
CAFE WARISAN BONDA ARTWORKS HOTEL IPOH
Ramadhan bakal menjelang lagi, jika korang nginkan suasana santai sambil iftar bersama keluarga Jom berbuka dengan harga mampu milik bersama Cafe Warisan Bonda Artworks Hotel Ipoh.
Tempahan pakej early birds dibuka sekarang hingga 22 Mac 2023.
Beli open date voucher sekarang untuk harga promosi yang ditawarkan. Selepas ini harga akan kembali seperti biasa. wasap pihak cafe untuk info dan menu-menu menarik.
15. Bufet Ramadan Di Marcass Cafe Ipoh Tahun 2023
Bufet D Marcass Cafe Tahun 2023 akan bermula pada 23 mac 2023 hingga 20 April 2023.
16. Bufet Ramadan Di Hotel Seri Malaysia Ipoh Tahun 2023
Iftar Ramadhan Hotel Seri Malaysia Ipoh bermula pada 24 Mac, IFTAR RAMADHAN di SERI MALAYSIA IPOH akan menyediakan bufet kepada peminat-peminat Kambing Panggang & disamping lain-lain aneka juadah Iftar sedia ada.
Hidangan GULAI KAWAH adalah tambahan menu kepada pakej IFTAR RAMADHAN di SERI MALAYSIA IPOH
Harga Bufet Ramadan di Hotel Seri Malaysia Ipoh
RM45 (Kanak-kanak).
Sila buat tempahan awal untuk dapatkan Voucher Early Bird dengan Harga RM 55.
Tel: 05-2412936
Tel: 05-2412936
17. Bufet Ramadan Di Royal Perak Golf Club Ipoh Tahun 2023
Semarakkan semangat Ramadan bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja anda dan raikan kegembiraan bulan mulia yang bakal menjelma!
Datang beramai-ramai untuk merasai Buffet Ramadan di Royal Perak Golf Club.
18. Bufet Ramadan Di Restoran The Limestone Ipoh Tahun 2023
The Limestone's Restaurant menawarkan tiga pilihan menu. Jadi korang boleh rujuk flyers diatas untuk lebih lanjut.
19. Bufet Ramadan Di Humaira Mughal Kitchen Ipoh Tahun 2023
Ok, ini bufet baru Sha jumpa jadi Sha kongsi dengan korang di sini. Jom berbuka di Humaira Mughal Kitchen 2023! Kali ini mereka bawakkan kepada anda lebih 60 hidangan lazat citarasa - North India.
Nikmati menu istimewa kami, Nasi Briyani, Tandoori, Naan dan Ayam Zaffrani SETIAP HARI!
Bundle Package (1 Meja / 10pax): RM580 + FREE ONE PAX (adult)
Tempat adalah terhad, jadi korang dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelak daripada tidak ada tempat.
Location : 54, Jalan Seenivasagam, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
www.wasap.my/601115098379
Nikmati menu istimewa kami, Nasi Briyani, Tandoori, Naan dan Ayam Zaffrani SETIAP HARI!
Bundle Package (1 Meja / 10pax): RM580 + FREE ONE PAX (adult)
Tempat adalah terhad, jadi korang dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelak daripada tidak ada tempat.
Location : 54, Jalan Seenivasagam, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
www.wasap.my/601115098379
20. Bufet Ramadan Di MH Hotel Tower Ipoh Tahun 2023
Bagi memeriahkan lagi suasana bulan Ramada ini, MH Hotel Grand Ballroom @ MH Hotel Ipoh menawarkan bufet berbuka puasa bertemakan "Selera Warisan Bonda".
Harga bufet Ramadan MH Hotel Ipoh,
Rm 78 nett (Dewasa)
Rm 68 nett (Warga Emas)
Rm 60 nett (Kanak-kanak)
𝐁𝐄𝐋𝐈 𝟗 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝟏!!!
𝑇𝑒𝑚𝑝𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑘𝑒ℎ𝑎𝑑𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛
𝑀𝑒𝑛𝑢 𝑏𝑢𝑓𝑒𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡 ℎ𝑎𝑟𝑖
𝑈𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎ℎ𝑎𝑛, 𝑠𝑖𝑙𝑎 ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝐴𝑝𝑝 05-545 1000/ 013-523 2288/ 019-550 9088/ 013-512 2988/ 019-452 6688 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑒𝑚𝑒𝑙 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑎𝑙𝑒𝑠@𝑚ℎℎ𝑜𝑡𝑒𝑙𝑠.𝑐𝑜𝑚.𝑚𝑦
𝑇𝑒𝑟𝑚𝑎 & 𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡
21. Bufet Ramadan Tok Mat Western Ipoh Tahun 2023
Inginkan kelainan dalam berbuka puasa pada tahun ini jom berbuka
Apa yang Istimewa - tahun ini
Dah tentu - Set Talam Percik Platter & Set Seashell Platter . Ada lagi yang Istimewa - Lamb Shank
Jangan risau , surau ada disediakan
Tempahan pakej early birds dibuka sekarang hingga
22 Mac 2023
harga akan kembali seperti biasa selepas itu.
Whatup mereka untuk info dan menu-menu menarik
Tempahan Awal Senarai Bufet Ramadan Yang Menarik Di Ipoh
Antara korang mesti sudah terbiasa akan memilih dan mengambil tempahan awal bufet Ramadan bukan? Jadi inilah antara pilihan bufet Ramadan yang ada di sekitar Ipoh. InsyaAllah Sha akan kemaskini senarai dari masa ke masa.
Kesimpulan
Walau apa pun kita jangan lari daripada tuntutan agama iaitu jangan membazir makanan. Nikmatilah makanan berpada-pada semoga ibadah kita diberkati selalu. Semoga senarai bufet Ramadan sekitar Ipoh ini dapat membantu korang mencari tempat menjalin ukhwah yang baik.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi