Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit, Jom Tengok Apa Produk Baik Untuk Usus Korang

Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit, Jom Tengok 5 Produk Baik Untuk Usus Korang | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Untuk pengetahuan korang Sha memang jenis keturunan yang mengalami masalah sembelit dan gastrik. Masalah sembelit dan gastrik ini berkaitan dengan kesihatan usus, jadi ia agak merisaukan Sha. Zaman sekolah adalah tempoh yang agak teruk untuk masalah gastrik bagi Sha, yang pernah rasa mesti faham macam mana perasaannya.

Memandangkan Sha memang faham perasaan orang yang ada masalah usus ini, jadi di sini Sha nak kongsi dengan korang produk baik untuk usus. Lima produk untuk meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan usus daripada GKB (GK BIO International Sdn Bhd).


Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit Dan Gastrik

Bila cerita tentang sembelit, macam-macam sakit lagi boleh muncul. Betullah orang kata banyak penyakit boleh timbul berpunca dari dalam perut. Dulu Sha selalu segan nak cerita pasal masalah ini dengan suami, tetapi oleh kerana kadang-kadang tak dapat tahan kena beritahu. Bukan apa, dari sembelit boleh menyebabkan penyakit lain seperti buasir. Boleh kacau emosi dibuatnya.

Kepentingan menjaga usus ini banyak kepentingan, bukan sahaja untuk korang yang mahu sihat tetapi mahu cantik. Usus cantik, InsyaAllah luaran pun akan cantik terutamanya kulit korang.


5 Produk GKB Sedia Produk Kesihatan Berkualiti Tinggi


Apa yang menarik perhatian Sha adalah bahan yang digunakan iaitu daripada lebih 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya. GKB bukanlah produk baru, tapi telah wujud sejak tahun 2018 yang sentiasa memastikan produknya 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia dan sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan.

Zaman kini kita hidup dengan gaya moden yang serba cepat, tekanan kerja yang tinggi, kerap makan di luar, makan makanan yang berminyak, kurang pengambilan sayur-sayur dan buah-buahan, makan makanan yang tidak sihat serta jarang bersenam boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Oleh itu penambahan probiotik yang sesuai boleh membantu korang mengekalkan kesihatan, meningkatkan fungsi penghadaman dan sistem imun. Tanpa buang masa, Sha nak kongsi lima produk penting yang boleh membantu korang menjaga kesihatan usus.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB adalah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya. Ini untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelansungan hidup yang tinggi.


1. Produk GKB Probio+ Baik Untuk Memperbaiki Usus

GKB Probio+ yang mengandungi 5 jenis bakteria probiotik berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit.

Setiap sachet mengandungi 20 billion jumlah bakteria probiotik hidup, sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga kita. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan disarankan untuk mengambilnya.

Untuk amalkan Probio+ korang hanya perlu ambil 1 sachet sehari selepas makan dan tidak perlu campur dengan air.


Testimoni  GKB Probio+

Sha sudah mengamalkan GKB Probio+ ini untuk mengatasi masalah sembelit dan Alhamdulillah setiap hari Sha dapat membuang tanpa sakit seperti sebelum ini. Jangan risau rasa GKB Probio+ ini juga sedap apabila dikemam dalam mulut.

Seterusnya kita tengok suplemen untuk masalah gastik pula.

2. Produk GKB Probizymes Baik Untuk Mengurangkan Gastritis


Diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.



Untuk Probizymes korang perlu ambil 2 sachet sehari atau atas saranan doktor. Yang ini korang boleh terus masukkan ke dalam mulut atau korang boleh campur dengan air kosong, jus atau dalam makanan. Tapi pastikan korang kacau sebati dahulu.


Testimoni GKB Probizymes

Untuk Probizymes Sha suka masukkan ke dalam air, lebih mudah rasanya. Sekarang bulan puasa, Sha ambil ketika sahur. Setakat ini Sha tidak mengalami masalah gastik atau perut berangin.


3. Produk GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus Baik Untuk Memperbaiki Kulit



Probiotik Lactobacillus Rhamnosus digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan meningkatkan kesihatan kulit.

Ia juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Sesuai dengan warnanya ia menjadi pilihan wanita diluar sana.



Disarankan hanya ambil 1 sachet sehari sama ada sebelum atau selepas makan.

Testimoni  Probiotik Lactobacillus Rhamnosus

Sejak kebelakangan ini cuaca agak panas terik dan Sha perlu melalui perjalanan yang jauh dari pejabat ke rumah pada waktu petang. Jadi suplemen ini sesuai untuk Sha menjaga kesihatan kulit supaya dapat mengekalkan kelembapan kulit Sha.


4. Produk GKB G-Pro Gold Baik Untuk Masalah Sembelit

Sebelum ini Sha ingatkan gaya hidup yang tidak teratur seperti tidak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tidak menjaga waktu tidur telah menyebakan sembelit, rupa-rupanya  tekanan di tempat kerja juga mudah menyebabkan sembelit. 

Produk ini direka khusus untuk membaiki usus dan sesuai untuk korang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. 

Disarankan hanya ambil 1 biji sehari sama ada sebelum atau selepas makan.


Testimoni GKB G-Pro Gold

Selain Probio+, Sha juga amalkan GKB G-Pro Gold untuk mengatasi masalah sembelit. Paling best bila pagi-pagi mesti masuk tandas. Bila usus tidak menyimpan sisa-sisa membuatkan Sha terasa aktif dan tidak lemau seperti biasa.


5. Produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 Untuk Mengawal Minyak Dan Mengurangkan Kalori


Terlupa pula Sha dengan masalah satu lagi. Masalah suka makan yang bergoreng dan suka makan daging. Semua yang suka semuanya tinggi kalori dan telah menyebabkan berat badan Sha susah nak turun. Sekarang Sha masih cuba GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu kelebihan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan kolestrol.

Jika korang mencari kesihatan usus yang lebih baik yang boleh membawa kepada penurunan berat badan, Lactobacillus Plantarum selalu menjadi pilihan probiotik. Selain itu, produk ini juga meningkatkan kandungan air kulit di muka dan tangan yang menggalakkan kelicinan kulit serta keanjalan kulit.

Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan lemak perut.


Seterusnya ia dapat meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman serta meningkatkan kelembapan kulit dan megurangkan kesan kerosakan kulit disebabkan oleh cahaya ultraviolet. Elok sangatlah sebab tiap-tiap hari panas sekarang.

Cara Pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah hanya 1 biji untuk 1 hari atau jika korang ambil makan berat 2 kali boleh ambil 1 biji setiap kali makan berat dan disarankan ambil sebelum makan.


Testimoni GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Ini adalah suplemen kegemaran Sha, tapi bukanlah kerana alasan boleh makan banyak selalu. Tapi setiap hari Sha akan makan nasi dan masak lauk. Sha akan amik sebelum makan untuk kawal minyak dalam masakan supaya tidak menjadi lemak tepu dalam badan.



Produk GKB Lulus HALAL ?


Sebelum ambil sebarang produk kesihatan semestinya kita perlu selidik dahulu latar belakang produk ya. Korang jangan risau untuk makluman korang setiap produk yang dikeluarkan oleh GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.

Semua ini bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap terbaik. Jadi bab ini memang lulus.


Bagaimana Nak Dapatkan Produk GKB

Bagi yang ada masalah sembelit, gastrik dan kulit kusam macam Sha, Sha sarankan korang untuk dapatkan produk GKB juga. Jadi jangan buang masa lagi, jangan biarkan usus kita tidak sihat. Korang boleh ke lokasi yang ada jual produk GKP ini.

Pusat Jualan Rasmi GKB :

Semua farmasi besar di Malaysia, termasuk


Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         

Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        

Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy


Untuk info terbaru korang boleh terus ke laman  https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 

Jika korang nak survey lagi tentang produk GKB, korang boleh ke platform media sosial GKB seperti di bawah :

www.mygkb.com | Facebook | Instagram | Tik Tok | Youtube

RED ID : 1318211221 (GKB 集康宝)

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

Post a Comment

0 Comments