Pusat Pakaian Hari-Hari Menyediakan Kelengkapan Sekolah Anak-Anak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pada hari minggu lepas Sha dan suami meluangkan masa untuk mencari kelengkapan sekolah anak-anak sementara kami ada masa terluang. Bukan apa, kadang-kadang Sha suami isteri pun kerja pada hari minggu. Jadi kami ambil keputusan untuk beli barang anak-anak lebih awal.
Beli Kelengkapan Sekolah Anak-Anak Di Pusat Pakaian Hari-Hari
Sebagai ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi masih mengikut bajet yang mampu beli. Jadi selepas pemerhatian bab harga dan kualiti, kami memilih untuk membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Seri Iskandar. Ini adalah cawangan paling dekat dengan Sha, kami memilih untuk ke sini sahaja.
Semasa kami berkunjung ke sini, agak ramai juga keluarga yang ada sedang memilih pakaian sekolah anak-anak tapi masih terkawal.
Pusat Hari-Hari Merupakan One Stop Centre Untuk Kelengkapan Sekolah
Apa yang best bila beli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari bila kita mak ayah tak perlu pergi banyak tempat. Hanya pergi satu kedai sudah boleh dapatkan set lengkap pakaian sekolah anak. Bukan hanya jimat duit, tapi dapat jimat masa dan tenaga.
Korang tahu sahajalah bila melayan kerenah anak-anak untuk cuba baju pun kadang-kadang bergaduh dibuatnya. Sha pula tak suka kalau nak beli barang dalam keadaan marah-marah, jadi kita tak nak tempat sesak dan cari banyak kedai.
Apa Yang Ada Di Pusat Pakaian Hari-Hari
Korang jangan salah faham pula, bila sebut pakaian tidak semestinya ada pakaian sahaja di sini. Untuk mudahkan korang, Sha senaraikan apa kelengkapan sekolah yang ada di pusat pakaian Hari-Hari ini.
Baju sekolah
Wajiblah ada baju sekolah di sini. Set baju dan seluar untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di sediakan. Bukan baju sekolah harian sahaja ada, tetapi baju sekolah agama pun ada termasuklah kain sampin. Korang nak tahu Abang Zaryth sekarang kena pakai saiz S untuk dewasa, kiranya saiz besarlah.
Set Baju Sekolah Agama |
Di sini ada beberapa jenama dan jenis kain untuk korang pilih. Jadi korang kena tahulah jenis mana korang nak. Tapi jangan risau, ada staf kedai akan tolong cari saiz yang sesuai.
Untuk pelajar perempuan, baju kurung sekolah dan tudung sekolah pun berkualiti.
Beg Sekolah
Sebenarnya beg sekolah baru dah beli untuk Abang Zaryth dan Adik Nur tapi diaorang minta beg baru untuk sekolah agama. Jadi ibu layankan sahajalah, tambah pula memang beg sekolah agama dah agak lama, bolehlah ganti.
Seronok dapat beg baru |
Adik Nur memang minat pink |
Kasut Sekolah & Stokin
Pada Sha kasut-kasut di sini memang murah, design pun cantik-cantik. Berbaloi kalau korang nak cari kasut sekolah murah, maklumlah kadang ada ibu bapa yang jenis sedia lebih daripada sepasang kasut untuk anak-anak.
Kelengkapan Sekolah Lain
Kalau nak senarai memang banyak lagi, korang kena sedia dua tiga bakul juga..huhu
Antara barang lain yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari
1. Tali pinggang
2. Singlet
3. Botol Air
4. Alat Tulis
5. Songkok
6. Pakaian Sekolah Untuk Pengawas
7. Sapu tangan
8. Baju putih Pra- Sekolah
9. Seluar trek / sukan
10. Baju t-shirt sukan kosong
Tali Pinggang |
Botol Air Comel |
Sesi Memilih Saiz Songkok |
Kenapa Kena Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari?
Setiap orang pasti ada sebab yang membuatkan masing-masing selesa untuk berurus niaga bukan? Tambah sekarang mereka mengadakan promosi kembali ke sekolah lagi. Mestilah harga pun lebih berbaloi.
Jadi antara sebab yang Sha suka cari pakaian anak-anak di sini adalah :
Layanan mesra staf yang ada.
Siapa biasa pergi pusat pakaian ini mesti korang dah biasa dengar ucapan selamat datang. Semasa memilih barangan pun mereka sudah siap sedia ada untuk membantu korang memilih.
Lepas memilih dan mencuba, staf akan tolong dapatkan stok baru barangan yang korang mahukan.
Harga Berpatutan
Bagi Sha harga yang ditawarkan di sini agak berpatutan berbanding di tempat lain. Tambah pula memang semua barang ada satu tempat, memang menjimatkan dari banyak segi. Kualiti pun boleh tahan.
Mempunyai Fitting Room
Memandangkan anak-anak dah besar, mereka dah mula malu dan tak sesuai untuk mencuba baju di khalayak jadi fitting room amat penting.
Contohnya Pusat Pakaian Hari-Hari Seri Iskandar ini menyediakan 4 bilik fitting room. Waktu Sha pergi sana memang tak perlu menunggu lama.
Mempunyai Promosi Menarik
Musim ibu bapa membeli pakai sekolah anak ini, Pusat Pakaian Hari-Hari ada menawarkan beberapa promosi untuk sesetengah barangan.
Untuk pengetahuan korang, dengan pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit, korang akan mendapat FREEGIFT kalendar tahun 2023.
Jom Kunjungi Har-Hari Berdekatan Anda
Marilah Pergi Hari-Hari!
Korang jangan tak tahu, terdapat 95 pusat pakaian Hari-Hari seluruh Malaysia. Sekarang korang semak mana cawangan Hari-Hari paling dekat di www.hari.com.my/locator
Tapi jika korang ingin dapatkan secara dalam talian pun boleh. Layari sahaja stor dalam talian seperti dibawah :
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
#PusatPakaianHariHari
#MarilahPergiHariHari #hariharisekolah
#backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline
#ParentingBlogger
3 Comments
Cie pun suka shopping baju sekolah anak2 kat Hari2 ni. Staf dia memang sangat friendly. nampak kita masuk pun dah wish selamat datang. lepas tu memang sorang akan bantu kita cari size. kita balik nanti pun semua pakat cakap terima kasih datang lagi. memang rasa dialukan.
ReplyDeleteBanyak juga belanja untuk anak2 naik sekolah nanti
ReplyDeleteatul suka shopping hari². pakaian n beg sekolah memang shopping kat sini selalunya. Jimat tapi berkualiti.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi