Produk Kecantikan Wajah Daripada Bahan Semulajadi UniSeri | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rasa teruja kejap bila tahu ada rangkaian produk kecantikan berasaskan bunga telang. Bukan apa, biasa bunga telang kita gunakan untuk pewarna masakan semula jadi seperti nasi kerabu dan nasi ulam. Tapi kali ini lain pula fungsinya.
Walaubagaimanapun umum pasti tahu akan bunga telang mempunyai kebaikan tersendiri. Oleh sebab itulah terhasilnya produk hasil daripada penyelidikan UniKL Malaysian Institute Of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET)
Produk Kecantikan Wajah Daripada Bahan Semulajadi UniSeri
Bunga Telang atau nama santifiknya Clitoria Ternatea L mempunyai beberapa kegunaan dalam masyarakat Malaysia, antaranya sebagai bahan pewarna asli yang digunakan di dalam beberapa menu masakan tradisional.
Disamping itu bunga telang juga boleh digunakan bagi tujuan melebat, menghitam rambut dan menyuburkan kulit kepala. Air rendaman bunga telang dengan air panas juga boleh diminum seperti air teh untuk bantu pulihkan ulser.
Produk Uniseri dihasilkan untuk membantu merawat masalah kulit wajah dan mengembalikan keyakinan diri korang dengan kulit yang lebih cantik.
Adakah Produk UniSeri ini lulus KKM dan halal atau tidak? Jawapannya mestilah lulus KKM dan halal kerana menggunakan bahan semula jadi dan sesuai untuk lelaki ataupun perempuan.
Rangkaian Produk UniSeri
Untuk pengetahuan koranroduk UniSeri mempunyai 4 rangkaian produk yang dikatakan set lengkap yang patut korang ada untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Yang pertama wajiblah kena ada pembersih, kemudian barulah toner, serum dan diakhiri dengan CC Cream. Selepas itu barulah korang pakai make up bertambah berseri-seri.
Blu Telang Daily Cleanser
Pencuci wajah ini diformulasikan untuk mencuci wajah dengan bersih tanpa mengeringkan kulit dan ianya tanpa buih yang banyak dan tanpa pewangi. mampu membersihkan solekan ringan. Kulit wajah akan lebih bersih, cerah dan lembut.
Fungsi Daily Cleanser :
1. Membantu menanggalkan kesan solekan kalis air dengan lebih berkesan
2. Menjadikan kulit bersih, tidak berminyak dan tidak melekit
3. Menyingkirkan minyak, kotoran dan solekan dengan lebih lembut.
4. Memberikan kelembapan khusus buat mereka yang kulit normal, kulit kering dan kulit kombinasi.
Cara Pakai Cleanser
Titiskan pembersih wajah ini ke atas tapak tangan. Kemudian buihkan dengan air dan urut buih lembut ke wajah dan leher. Jangan lupa bilas wajah dengan air kembali. Gunakan 2 kali sehari.
--------------------------------------------------------------
Blu Telang Hydarting Toner
Selepas membersihkan wajah, kita pakai pula toner. Penyegar wajah ini berfungsi mengekalkan kelembapan wajah dan membuang kotoran, lebihan minyak serta sel kulit mati. Ia juga menerima dan menyerap dan bahan aktif lebih baik.
Selain itu Hydrating Toner juga :
1. Meningkatkan keanjalan pada kulit
2. Membersih dan melindungi kulit daripada dalam
3. Membantu menyeimbangkan pH pada kulit
Cara Pakai Toner
Toner juga boleh dipakai 2 kali sehari selepas membersihkan wajah korang.
Hanya perlu titis sedikit ke tapa tangan kemudian rata ke seluruh wajah. Siap.
--------------------------------------------------------------
Blu Telang Rejuvenate Serum
Selesai sahaja korang pakai toner, jangan lupa terus pakai serum. Serum ini diformulasikan khas untuk mengatasi kulit kering, mengimbangi kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit kerana teksturnya yang ringan dan tidak melekit.
Serum ini bagus untuk mengecilkan pori-pori dan membantu kulit kita nampak lebih glowing.
Jom kita tengok apa fungsi dan kebaikan Blu Telang Rejuvenate Serum ini :
1. Membantu melembapkan kulit sepanjang hari
2. Menghilangkan jerawat dan jeragat
3. Memudarkan parut-parut di wajah termasuk parut jerawat
4. Mengecilkan liang pori
5. Membantu mencerahkan kulit wajah
6. Melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda
7. Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan anjal
Cara Pakai Serum
Blu Telang Pore Refining CC Cream
CC Cream ini dicipta khas untuk pencinta solekan dan penjagaan kulit. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai primer sebelum solekan tetapi mampu merawat kulit dan bertindak sabagai pelembap.
Bagi korang yang suka make up simple sahaja, korang patut pakai CC Cream ini kerana bila kita ratakan pada kulit wajah ia akan bertukar warna mengikut tona kulit kita. Paling best Blue Telang Pore Refining CC Cream ini dapat membuat kulit wajah nampak glowing dan berseri.
Antara fungsi utama Blu Telang Pore Refining CC Cream ialah :
1. Bertindak sebagai ejen anti-penuaan
2. Membantu melembabkan kulit dan menghalang jerawat
3. Merangsang pertumbuhan kolagen dan menjadikan kulit awet muda
4. Mengecilkan pori-pori di wajah
5. Membantu memudarkan parut jerawat serta menjadikan kulit cerah dan tona kulit sekata
Cara Pakai CC Cream
Komen Tentang Produk Uniseri
Testimoni Pengguna Uniseri
Sebelum mendapatkan sesuatu produk pastinya kita akan selidik dan melihat beberapa contoh atau testimoni yang telah menggunakan produk uniseri sebagai rutin harian penjagaan kulit wajah.
Set Jimat Produk Uniseri
Untuk mendapatkan produk Uniseri korang bukan sahaja boleh beli satu produk tetapi ia juga lebih jimat jika membelinya dengan pelbagai combo yang disediakan. Bukan itu sahaja, korang boleh beli set lengkap dengan harga lebih berbaloi.
Untuk tampil lebih segar dan awet muda korang boleh dapatkan produk Uniseri sekarang. Tapi untuk korang lebih yakin korang bolehlah layari laman sosial mereka untuk info lebih lanjut :
Website : UniSeri
Facebook : UniSeri Malaysia | Facebook
Instagram : UNISERI OFFICIAL PAGE (@uniseri.my)
2 Comments
wow..menarik ni..:)
ReplyDeleteset lengkap mcm nie la senang nk guna..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi