Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tolong Beli Platform Untuk Beli Belah Barang Dari Indonesia Ke Malaysia Yang DiPercayai

Tolong Beli Platform Untuk Beli Belah Barang Dari Indonesia Ke Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada zaman kini perdagangan dalam talian sudah menjadi kemudahan kepada peniaga dan juga pengguna. Di Malaysia terdapat beberapa platform e-commerce yang dibina dan telah membantu peniaga memasarkan perkhidmatan mereka dan pengguna juga dapat membeli hanya dalam talian.

Pernahkah korang teringin membeli barangan daripada negara Indonesia? Tapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk membeli barang dari Indonesia ke Malaysia.
 
Untuk pengetahuan korang, platform Tolong Beli merupakan satu-satunya di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan beli barang Indonesia dan pos semula ke Malaysia. Tolong Beli telah beroperasi selama 3 tahun dan platform yang dipercayai dan terjamin.
 

 

Tolong Beli Platform Untuk Beli Barang Dari Indonesia Ke Malaysia


Tolong Beli boleh digelar Tokopedia Malaysia yang mana mereka boleh bantu korang membuat pembelian item dari Indonesia Marketplace. Rakyat Malaysia akan berbelanja  untuk mendapatkan barangan yang tiada di Malaysia tetapi ada di Indonesia seperti barangan makanan, kosmetik dan alat ganti kenderaan.

Kenapa Perlu Pilih Tolong Beli Untuk Hantar Barang?


Sebelum membuat sesuatu transaksi pembelian tak kira di mana kita berada pastinya kita perlu tahu latar belakang syarikat terbabit. Tolong Beli yang didaftarkan dibawah nama TOLONGBELI DIYMAN RESOURCE dengan nombor pendaftaran 202003229276 ini telah membantu ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan mereka dari Indonesia.

Bersama ini Sha senaraikan beberapa sebab kenapa orang Malaysia memilih Tolong Beli untuk menghantar barang dari Indonesia ke Malaysia.

1#Transaksi Dalam Ringgit Malaysia (RM)


Proses transaksi adalah amat mudah dilakukan jika mata wang yang digunakan mengikut mata wang kita sendiri iaitu RM. Jadi Tolong Beli amatlah memudahkan pengguna kerana menggunakan RM sebagai mata wang urusan pembayaran.

2#Kalkulator Penghantaran


Sebelum membuat sesuatu pembelian kita biasanya akan ada peruntukan tertentu. Bersesuaian dengan matlamat untuk memudahkan urusan jual beli antara dua negara, Tolong Beli telah menyediakan kalkulator untuk korang 



Seperti yang korang nampak, hasil pengiraan akan terhasil untuk 3 jenis penghantaran iaitu penghantaran udara, penghantaran laut besar dan juga untuk penghantaran laut kecil.

3#Kemudahan Tracking


Apabila kita membuat pembelian dalam talian, sudah pasti kita mahukan platform e-commerce yang menyediakan kemudahan tracking barang. Jadi dengan Tolong Beli ia juga berfungsi seperti Shopee Indonesia yang menyenangkan hati pengguna sehingga barangan dari Indonesia itu diterima oleh pengguna di Malaysia.

4#Memudahkan Urusan Jual Beli Dua Negara


Jika di Malaysia, kita terkenal dengan e-commerce Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia, di Indonesia pula dengan Shopee Indonesia, Tokopedia dan Bukalapak.

Walaubagaimanapun setiap platform pastinya berbeza barangan tambah pula dari dua negara berbeza. Oleh sebab itu wujudlah website Tolong Beli yang membantu korang mendapatkan barang secara dua hala dari dua negara.

5#Tolong Beli Urus Bagi Pihak Anda


Jika kita lihat dari cara order barang dari Indonesia ke Malaysia ini menggunakan Tolong Beli ini mudah sahaja. Bermula dengan whatapps kepada pihak Tolong Beli tentang butiran barangan seperti pautan barang di platform jualan barangan dari Indonesia yang korang mahu, saiz barang dan lain-lain.

Langkah seterusnya iaitu pembelian dan penghantaran akan diuruskan oleh pihak Tolong Beli. Korang hanya perlu nantikan kemaskini tracking dan menerima tempahan korang sahaja. Jika tak ada masalah daripada pihak lain, barang korang akan sampai dalam waktu yang dijanjikan.


Testimoni Tolong Beli Barang Dari Indonesia Ke Malaysia


Tidak lengkap rasanya jika Sha tidak kongsikan beberapa maklum balas mereka yang telah menggunakan khidmat penghantaran barang dari Indonesia ke Malaysia melalui Tolong Beli.



Nampak gaya mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan tolong beli barang yang tiada di Malaysia tetapi ada di Indonesia ini.

Kesimpulan


Pada siapa yang berhajat untuk membeli barang dari Indonesia bolehlah menggunakan perkhidmatan Tolong Beli. Tapi korang kena fahamlah dan perlu bersabar sementara barang korang sampai.
 
Bagi yang pernah pergi Indonesia tapi masa itu duit tak cukup, ruang beg tak muat korang jangan risau lagi. Korang boleh tengok-tengok barang di sana, nanti balik korang tengok di platform e-commerce Indonesia nanti Tolong Beli ada untuk uruskan barang korang.

Jadi apa lagi, jom shopping. Untuk korang lebih faham bagaimana Tolong Beli berfungsi, korang boleh terus ke laman web mereka :

Website : https://tolongbeli.com.my/

Happy Shopping!!







Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi