Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sabun Parrot Botanicals Sabun Mandi Legend

Sabun Parrot Botanicals Sabun Mandi Legend | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Siapa biasa dengar atau biasa guna sabun Parrot Botanicals? Mungkin ada yang tak biasa dengar, tapi korang biasa dengar sabun popinjay kan? Haaa... sabun yang sama la tuu... Orang kampung macam Sha rasanya memang tak asing lagi dengan sabun ini, kerana setiap kedai runcit kampung mesti jual.

Baru-baru ini Sha dapatlah sabun Parrot Botanicals ini dan terletak di atas tudung Sha, masa pakai terasa pelik kerana bau harum pada tudung. Hampir terlupa masa nak ambil tudung, Sha angkat kotak sabun tersebut. Serius memang harum sampai sekarang sabunnya.


sabun popinjay


Sabun Mandi Legend Parrot Botanicals

Sabun mandi jenama Parrot Botanicals ini yang memang legend kerana ia telah berada dipasaran sejak 70 tahun dahulu. Jenama ini juga menjadi kebanggaan Negara Thai sehingga dianugerahkan sebagai penerima " Premium Product Of Thailand Award in Beauty Anda Personal Care Category" dari Kementerian Industri mereka.


Haruman Botani Thai Yang Unik Dengan Minyak Herba Tradisional

Menjadi fokus kepada Parrot dalam mengeluarkan sabun mandian yang harum menggunakan haruman botani Thailand yang unik digabungkan dengan minyak herba tradisional. Sebab itulah baunya memang tidak akan diperoleh dari produk lain, bila bau orang akan tahu ini sabun Parrot!

Kesegaran No 1 Botani Asli Thai

Dengan haruman botani asli Thai pastinya akan memberi kesegaran dan keselesaan sepanjang hari. Bau yang wangi mampu memberi mood yang baik bukan? Tambah pula haruman sabun Parrot Botanicals tahan lama baunya iaitu sehingga 8 jam.


Sabun Buku Parrot Botanicals

Sabun Parrot Botanicals terus dikeluarkan secara jujur dan ikhlas. Ia juga mempunyai sudut pandangan dengan tekstur yang kuat, tidak lembik, berbaloi dengan nilai harga juga mengeluarkan buih yang lembut. Sabun jenis buku adalah paling lama dihasilkan.

Sha percaya bagi korang yang biasa tengok sabun Parrot Botanicals ini, warna hijau adalah yang paling popular bagi Sha. Tapi tahukah korang sabun Parrot Botanicals ini sebenarnya mempunyai 9 jenis kesemuanya untuk kegunaan seisi keluarga.

6 jenis sabun buku Parrot Botanicals dikategorikan sebagai classic dihasilkan untuk golongan berumur 35 tahun ke atas. Keenam-enam ini terdiri daripada Best Seller iaitu Thai Botanicals & Herbs, Sweet Pink Rose, Thai White Jasmine, Floral, Scented Wood dan Frangipani. Manakala 3 jenis lagi dalam kategori pastel dicipta untuk golongan berumur 20 hingga 35 tahun. Bauan untuk kategori adalah White Sakura, Lily Peach dan Thanaka.


Walaubagaimanapun hanya 5 jenis sabun Parrot Botanicals boleh didapati pasaran Malaysia. Lima sabun tersebut adalah Thai Botanicals & Herbs, Thai White Jasmine, White Sakura, Thanaka dan Sweet Pink Roses.

#1 Thai Botanicals & Herbs

Sabun Parrot Botanicals paling top di pasaran semestinya Thai Botanicals & Herbs yang mana bungkusannya berwarna hijau. Ianya merupakan wangian botani Thai yang unik dengan minyak cengkih dan juga minyak Citronella.

#2 Thai White Jasmine

Sabun Parrot jenis Thai White Jasmine berbungkus warna kuning ini pula berbau wangian yang manis asli dari bunga Thai Jasmine. Yang ini sesuai untuk korang yang ingin memanjakan kulit dengan ekstrak Tamarind.

#3 White Sakura

White sakura berfungsi memberi kesegaran yang halus. Dengan penggunaan yang berterusan dikatakan mampu memutihkan kulit dan menjadi merah jambu secara semulajadi.

#4 White Thanaka


White Thanaka pula menyegarkan kita. Penggunaan White Thanaka sesuai untuk yang mahukan wangian yang tahan lama dan menjadikan kulit lebih cerah.

#5 Sweet Pink Roses


Sabun bungkusan warna pink ini mewakili wangian romantik dan manis dari Bunga Rose. Keistimewaan sabun ini adalah untuk mencantikkan kulit dengan haruman Rose dan Aloe Vera.


Krim Mandian Parrot Botanicals

Tak suka guna sabun buku? Korang jangan risau, Parrot Botanicals juga boleh didapati dalam bentuk krim mandian. Krim mandian Parrot Botanicals dikeluarkan sebanyak 7 jenis namun hanya 3 jenis yang boleh didapati di Malaysia.

Tiga jenis yang Sha maksudkan adalah Unique Botanicals & Herbs, White Sakura dan White Thanaka.


#1 Krim Mandian Unique Botanicals



Bau signature Parrot ini yang digabungkan dengan bahan botani Thailand yang jarang ditemui. Membantu menyegarkan kulit dan berbau wangi dengan jangka masa panjang, lebih kurang 8 jam lamanya.

#2 Krim Mandian Thai White Sakura


Seperti sabun buku, mandian White Sakura ini memiliki haruman yang menyegarkan dan terselit khasiat untuk membuat kulit lebih cerah dan menjadi merah jambu semula jadi di samping wangi yang bertahan lama.

#3 Krim Mandian White Thanaka


Mandian White Thanaka seperti biasa mampu memberi kesegaran dan menyerlahkan kulit supaya nampak licin bercahaya.  Bau jangan cakaplah memang wangi dan tahan lama.


Review Selepas Penggunaan Sabun Parrot Botanicals



Sabun Parrot Botanicals ini bertahan di pasaran selama 70 tahun, pastinya ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dari segi bau memang terbaik dan tahan lama. Oleh kerana ianya hanya mengeluarkan buih-buih yang halus, jadi ia tidak mengeringkan kulit kita.

Mak Sha dulu pun pernah beli sabun Parrot Botanicals tapi dulu kami panggil sabun burung nuri. Apa yang penting selepas menggunakan sabun Parrot Botanicals ini membuatkan kita rasa puas dari segi kebersihan, kesegaran dan baunya yang memang harum.


Nak Beli Sabun Parrot Botanicals

Pada sesiapa yang mahu dapatkan sabun popinjay atau sabun nuri ini korang boleh dapatkan di hypermarket, supermarket, kedai runcit, kedai serbaneka dan mini market seluruh Malaysia berdekatan dengan korang.

Pada korang yang suka beli barang secara online, korang juga boleh buat pembelian secara atas talian di Shopee melalui pautan di bawah:

Sabun buku Parrot Botanicals: https://shope.ee/89vrK1tUjK
Krim mandian Parrot Botanicals : https://shope.ee/99oOVw9j7Y

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk boleh rujuk melalui pautan di bawah:

Post a Comment

0 Comments