Bila bercakap tentang masalah tidur, ianya sesuatu yang cukup mengganggu kehidupan normal sebagai manusia. Masalah tidur adalah merujuk kepada gangguan corak tidur kita seharian.
Masalah ini boleh terjadi atas pelbagai faktor termasuk faktor persekitaran, gaya hidup yang tidak teratur dan gangguan mental seperti kemurungan dan kebimbangan.
Berdasarkan pengalaman sendiri, masalah tidur Sha bermula Ketika Sha mengalami sedikit kemalangan yang menyebabkan jari kaki patah. Akibat kemalangan terbabit Sha terpaksa dipakaikan simen pada bahagian kaki sebelah kanan. Sejak daripada itu Sha mula susah hendak tidur dan mudah terkejut. Kadang-kadang terasa diserang anxiety atau kebimbangan melampau waktu malam.
Sebenarnya anxiety ini disebabkan oleh rasa stress. Bukan apa, bagi yang pernah sakit dan tidak mampu berbuat apa-apa pasti akan berfikir bukan-bukan. Bila banyak berfikir pasti kita akan stress dan menghadapi masalah tidur.
Kesan Tidur Yang Tidak Cukup
Tidur yang tidak cukup bukan hanya boleh menyebabkan badan menjadi lesu tetapi boleh juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Antara kesan pada kesihatan seperti mudah demam, selesema dan ia turut melemahkan sistem pertahanan badan. Risiko untuk menghidap masalah obesiti, sakit jantung dan kencing manis juga meningkat.
Selain itu kekurangan tempoh tidur boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan. Kurang tidur boleh menyebabkan hormon stres meningkat dan menimbulkan masalah lain seperti emosi tidak terkawal dan menjadi panas baran.
Untuk pengetahuan korang, tempoh tidur yang disarankan adalah 7-8 jam untuk dewasa atau tidak kurang dari 6 jam.
7 Tips Mendapatkan Tidur Yang Cukup
Berdasarkan kesan yang Sha sebutkan di atas ianya memang sangat menakutkan. Walaupun kini kaki sudah sembuh, tetapi rutin kerja seharian yang memenatkan juga boleh menyebabkan stress sehingga tidur juga terganggu.
Di sini Sha nak kongsi tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dengan korang semua.
1. Tidur pada waktu yang sama
Cuba tetapkan waktu tidur yang sama setiap hari termasuk pada hari minggu.
2. Bersenam
Bersenam merupakan salah satu aktiviti yang harus dilakukan sebagai amalan hidup sihat. Senaman yang dimaksudkan tidaklah semestinya senaman berat seperti masuk gimnasium tetapi cukup sekadar berjalan kaki laju atau jogging.
3. Elak Makan Makanan Berat
Kita perlu elakkan mengambil makanan yang berat iaitu makanan yang berlemak, tinggi karbohidrat dan juga tinggi gula. Seboleh-bolehnya jika korang mahu makan malam, pastikan 3 jam sebelum tidur.
4. Elak Minuman BerKafein
Kafein boleh didapati daripada kopi dan coklat. Jangan ambil ketika waktu tidur semakin dekat. Ini adalah kerana kafein boleh memberi kesan buruk pada tidur seseorang.
5. Tidur Dalam Gelap
Seelok-eloknya tidur dalam keadaan gelap kerana hormon yang membantu anda tidur akan dihasilkan.
6. Baca Buku
Biasanya dengan membaca buku dapat membantu kita rasa mengantuk. Yang paling penting jangan pegang telefon bimbit sebelum tidur kerana ia boleh mengganggu tidur korang.
7. Nutrisi Tambahan
Pengambilan nutrisi tambahan atau suplemen sampingan untuk mengawal stres dan untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting.
Nutrisi yang bagus adalah yang mengandungi Ashwagandha KSM-66 dan Bacopa Monnieri yang dapat membantu menurunkan hormon stress kortisol.
Macam mana nak dapatkan nutrisi yang mengandungi bahan-bahan ini? Korang boleh dapatkan Eskayvie Mindtropic. Ia merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasi daripada produk kesihatan terlaris di Malaysia iaitu Eskayvie Diffenz.
Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Bersama Eskavie Mindtropic
Menyedari masalah anxiety yang boleh menyebabkan masalah tidur ini tidak boleh dibiarkan berterusan, Sha banyakkan membaca cara menyelesaikan masalah anxiety sekaligus membaiki masalah corak tidur Sha yang tidak bagus. Antara cara yang boleh membantu adalah dengan pengambilan superfood untuk mengembalikan kehidupan yang lebih ceria dan bertenaga.
Untuk ceria dan bertenaga semestinya tidur kenalah mencukupi. Tidur yang cukup boleh dikatakan kunci kepada kesihatan. Jadi kita perlu jaga kualiti tidur supaya kita bangun dengan bertenaga dan tidak lesu. Seperti yang Sha katakan sebelum ini salah satu cara adalah mengambil superfood seperti Eskayvie Mindtropic.
Bahan Utama Dalam Eskayvie Mindtropic
5 bahan utama Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk.
PHOSPHATIDYLSERINE
Phosphatidylserine merupakan komponen utama yang penting untuk bina otak dan menggalakkan sel otak berhubung. Tapi, faktor pemakanan, penuaan dan stress yang berterusan boleh menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda kita.
Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh reverse keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia sebenar.
Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
ASHWAGANDHA KSM-66
Ashwagandha KSM-66 merupakan Indian ginseng yang telah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan membaiki tumpuan.
Khasiatnya terletak di bahagian akar dan memberi kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
Bahan ini boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
Selain itu, ia turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
BACOPA MONNIERI
Bacopa Monnieri digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat selain membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
Ia menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
Ia turut menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
MAGNESIUM
Magnesium merupakan master mineral terpenting untuk badan kita. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Ia mengalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental seperti migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dan lain-lain.
SELENIUM
Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan sebagainya. Ia menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Manfaat Eskayvie Mindtropic
Jom kita ketahui pula apakah manfaat Eskayvie Mintropic ini jika kita ambil dan amalkannya secara konsisten setiap hari.
● Mengawal anxiety dan stress
● Membantu tidur lebih lena dan berkualiti
● Membantu memberi tenaga
● Membantu mengelakkan kelesuan.
● Meningkatkan produktiviti harian kerana tidur yang cukup.
Banyak manfaat yang boleh kita dapati daripada produk Eskayvie Mindtropic ini di dalam membantu memastikan hidup kita lebih tenang.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
● Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi
● Tanpa gula tambahan
● Rasa tropika yang enak
● Tanpa perasa dan pewarna tiruan
● Mendapat pengiktirafan kilang daripada European Quality Award
Maklum balas penggunaan Eskayvie Mindtropic
Suka untuk Sha kongsikan satu maklum balas yang menarik perhatian Sha kerana ia hampir dengan keadaan Sha sendiri yang mengalami stress kemudian membawa kepada tidak cukup tidur. Tidak habis di situ, ia turut memberi kesan kepada sikap panas baran juga penurunan prestasi dalam kerjaya.
Susah Tidur Berikan Kesan Buruk Dalam Kerjaya - Puan Wan Noor Saliha
Pengguna ni dulu sentiasa panik bila buat presentation depan pegawai. Tapi selepas mencuba Mindtropic beliau dah rileks dan tak gelabah. Malam pun dah boleh tidur dengan lebih tenang.
Pengguna Nadia Bakhtiar rasa lebih tenang lebih cergas dan ceria selepas dapat deep sleep. Semua ni selepas beliau amalkan Eskayvie Mindtropic.
Pengguna Aina, sejak amalkan Eskayvie Mindtropic, beliau sentiasa rasa fresh bila bangun dari tidur sebab dapat tidur dengan lena.
Cara Pengambilan Eskayvie Mindtropic
Cadangan pengambilan pun mudah. Kita hanya perlu kunyah. Satu tablet diambil dua kali sehari selepas makan.
Untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan keatas disyorkan untuk mengambil 1 tablet, dua kali sehari selepas makan.
Manakala bagi kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
Kepentingan Pengambilan Eskayvie Mindtropic
Bagi Sha, tidur yang cukup adalah amat penting dalam kehidupan Sha setiap hari. Tidur yang cukup boleh meningkatkan produktiviti seharian dan kelancaran urusan sepanjang hari. Bukan apa, bila cukup tidur mood untuk bekerja juga baik.
Selain itu tenaga juga penting bagi seorang ibu yang berkerjaya atau tidak. Tidak dinafikan kaum ibu banyak menguruskan urusan rumah tangga dan juga kerja. Bagi yang bekerja dan perlu berhadapan dengan orang luar, penampilan yang segar dan ceria adalah amat diperlukan.
Jadi amatlah penting kita mengamalkan tips-tips untuk mudah tidur terutamanya menjaga pemakanan dan pengambilan nutrien tambahan.
Untuk ketahui lebih lanjut atau nak dapatkan lebih banyak perkongsian tentang Eskayvie Mindtropic ini, korang boleh layari laman sosial rasmi Eskayvie di bawah.
Website: www.eskayvie.com
FB PAGE: Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi