Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Bersama Tasneem Marketplace Hasil Gabungan 5 Jenama Popular Di Malaysia

Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Bersama Tasneem Marketplace Hasil Gabungan 5 Jenama Popular Di Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Teringat saat kali pertama bergelar seorang ibu dahulu. Pada masa itu memang rajin sangat google dan mencari maklumat sebagai persediaan mental dan fizikal untuk menggalas amanah besar ini. Siapa tak nak jadi ibu yang baik bukan?

Tapi dulu tak banyak sangat pilihan barangan untuk ibu dan anak di pasaran sama ada di kedai fizikal ataupun dalam talian. Sejak pandemik covid-19 kedai dalam talian mula berkembang pesat, segalanya hanya di hujung jari. Mencari keperluan ibu dan anak menjadi semakin mudah.

Dengan perkembangan ini, kuasa membeli orang ramai semakin meningkat. Jadi ramai orang mula menjana pendapatan hanya daripada rumah kerana ramai suka beli barang melalui dalam talian. Seiring dengan itu banyak jenama barangan ibu dan anak juga wujud di pasaran.



Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Bersama Tasneem Marketplace Hasil Gabungan 5 Jenama Popular Di Malaysia


Sha sebenarnya nak kongsi satu berita gembira dengan korang yang sedang mencari peluang jana pendapatan sampingan ataupun bisnes sepenuh masa hanya daripada rumah . Pada 19 Ogos 2022 yang lepas, Tasneem Bisnes Legacy iaitu satu jenama yang sangat dikenali telah membuat suatu pengumuman satu kolabrasi yang bagus untuk korang sertai.

Tasneem Bisnes Legacy terkenal dengan rangkaian jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan-bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan jenama besar Malaysia iaitu Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo.


cara jana pendapatan


Semua jenama ini bergabung dalam satu platform baru yang dinamakan Tasneem Marketplace. Usahasama ini dibuat dalam usaha membantu golongan berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang menjana pendapatan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.


Jom Daftar Jadi Reseller Secara Percuma Di Tasneem Marketplace (TMP)


jadi reseller barangan bayi

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan korang yang berminat untuk memajukan diri bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma sahaja.

Pihak TMP menyasarkan untuk melahirkan 10,000 orang usahawan yang berjaya mejana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022. Adakah korang antara yang usahawan itu? Semuanya bergantung kepada tindakan korang sekarang.


Platform Jana Pendapatan Yang Terjamin Keaslian Produk


jana income dari rumah


Apabila bercakap tentang produk yang dijual dalam talian, kita selalu mendengar tentang keaslian sesuatu produk. Sebagai seorang bakal reseller yang berjaya korang pastinya mahukan produk yang dijual adalah daripada sumber yang betul dan bukannya cetak rompak bukan? Jadi di TMP korang tak perlu risau tentang semua itu.

Buat usahawan yang suka jana pendapatan dengan produk untuk ibu dan anak platform ini adalah platform terbaik untuk korang sertai. Jenama yang ada juga mempunyai kekuatan masing-masing dan sudah dikenali ramai.



Rebut Peluang Menjadi Reseller Terawal

Nak berjaya mestilah kena jadi seorang yang pandai merebut peluang bukan? Platform baru ini pastinya akan menjadi rebutan buat orang yang suka mencari peluang untuk menjana pendapatan.

Tapi sebelum join TMP korang bolehlah sertai sesi preview terlebih dahulu. Korang boleh join telegram Tasneem Marketplace untuk mengetahui pengumuman terkini.

Menarik bukan? Untuk lebih lanjut korang boleh tengok di link http://www.tasneemmarketplace.com atau boleh terus join telegram mereka di link https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1 . Mungkin inilah cara jana income dari rumah korang cari-cari selama ini.


Platform Mudah Untuk Tambah Pendapatan

Platform ini sangat sesuai untuk suri rumah jana income hanya dari rumah dan tidak perlukan modal. Selain itu ianya juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mencari pendapatan sampingan. Maklumlah zaman kini agak memerlukan usaha lebih untuk meneruskan hidup.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi