Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mesej Daripada Kumpulan BTS Melalui Kepingan Coklat TinyTAN Message Chocolate Ver.2

Mesej Daripada Kumpulan BTS Melalui Kepingan Coklat TinyTAN Message Chocolate Ver.2 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini Sha ada beritahu pada rakan sekerja Sha bahawa nanti ada coklat BTS, mata dia terbeliak. Sebab apa mata dia terbeliak? Dia risau takut anak dia tahu..ahahaha. Anak kawan Sha memang peminat BTS dan suka kumpul barangan yang ada gambar kumpulan BTS.

Tanpa buang masa Sha pun ceritalah lebih lagi macam mana nak beli coklat yang mempunyai mesej manis daripada ahli kumpulan BTS yang sangat popular ini. Buat korang yang juga peminat atau army kumpulan BTS ini, korang boleh dapatkan coklat istimewa ini di platform e-dagang Topzmall.


TinyTAN Message Chocolate Ver.2 Dengan Watak Kumpulan BTS


Untuk pengetahuan korang, TinyTAN Message Chocolate Ver.2 ini sudah mula berada di pasaran Malaysia tau. Jadi buat peminat BTS korang patut dapatkan Coklat Mesej daripada TinyTAN ini. Bukan apa, coklat ini dicipta berdasarkan watak tujuh ahli kumpulan BTS.


“TinyTAN Message Chocolate Ver.2” ini sebenarnya mempunyai empat pilihan warna kotak yang mana mempunyai mesej yang berlainan mengikut kriteria yang dicetak. Nampaknya kena dapatkan keempat-empat kotaklah barulah syok.




Sha tak nak buang masa, jadi Sha nak tunjuk kat korang empat kotak coklat yang korang boleh dapatkan nanti. Mesti korang tak sabar kan?


Pilihan TinyTAN Message Chocolate Ver.2


1) Dynamite (putih) - Menyampaikan pesan harapan dan kenyamanan




2) Purple Holiday (ungu) - Menyampaikan pesan penyembuhan





3) Wappen (hitam) - Menyampaikan pesan empati




4) Sweet Time (merah) - Menyampaikan pesan keberanian




Macam korang nampak, dalam setiap kotak “TinyTAN Message Chocolate Ver.2” terdapat 8 keping coklat. Setiap kotak itu pula ada 7 keping coklat yang dicetak dengan watak comel ahli kumpulan dan mesej ikhlas mereka. Memandangkan ada 8 coklat, satu lagi coklat dicetak dengan logo TinyTAN.


Bagi setiap kotak masing-masing mengandungi mesej positif daripada ahli kumpulan yang secara aktif disampaikan kepada seluruh dunia. Bukan itu sahaja, di dalam setiap kotak turut disertakan dengan pelekat 7 aksara, yang boleh korang kumpul.


Cara Nak Dapatkan TinyTAN Message Chocolate Ver.2


Nak dapatkan barangan istimewa sebegini mestilah tak semua tempat ada jual kan? Buat peminat BTS korang apa lagi boleh tempah sekarang coklat istimewa bercetakkan watak comel anggota kumpulan BTS ini sekarang di platform Topzmall.


Selain coklat korang akan dapat Cooler Bag secara percuma tau! Tapi dengan syarat korang kena beli semua keempat-empat set TinyTAN Message Chocolate Ver.2 ini. Kalau beli satu kotak korang tak akan dapat free gift ini dan ianya tidak dijual.




Platform E-Dagang Topzmall


Korang tak pernah dengar tentang Topzmall? Meh Sha nak cerita sedikit,Topzmall ini sebenarnya ditubuhkan pada Jun 2020 dengan konsep jenama: Hidup Sihat Bermula dengan Gaya Hidup Berkualiti. Korang boleh membeli belah dalam talian 24/7 dengan harga terendah.


Topzmall menjalankan kempen jualan dua digit secara bulanan, jalankan acara jerayawara dan kedai flash pop-up, pesta pelancongan dan pakej pelancongan dan pelepasan gudang dalam talian dan jualan akhir tahun.


Platform Topzmall juga ada membuat sistem program kesetiaan langgan tahunan untuk pembeli di Topzmall tau yang dipanggil Topz+. Bila sudah langgan mestilah ada diskaun dan tawaran istimewa yang mana pembeli biasa tidak dapat. Selain itu terdapat pakej eksklusif bulanan untuk ahli Topz+



Kerjasama TopzMall x TogaGo


Apakah itu TogaGo? TogaGo ialah platform tempahan pelancongan dalam talian sehenti di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 1.4 juta penginapan di seluruh dunia, tempahan tiket kereta api China, pakej pelancongan dan tawaran eksklusif.


Togago juga merupakan ahli Matta Fair, Tourism Malaysia, dan Malaysia Truly Asia. Korang yang suka melancong mesti dah biasa dengar frasa-frasa ini kan? Yang mana ianya menyediakan tawaran pelancongan termasuk hotel dan pakej pelancongan.


Sebenarnya Sha pun baru tahu tentang perkara ini, jadi bagi Sha ia sangat menarik kerana ia menawarkan tawaran eksklusif pelancongan bulanan melalui kempen yang dilancarkan oleh TopzMall. Menarik ke menarik sangat korang rasa?


TopzMall x Pemilik Jenama


Satu berita baik untuk korang yang baru tahu tentang TopzMall, Topzmall juga menyediakan kemudahan kepada peniaga dengan bayaran subsidi RM10,000 untuk siri iklan pemasaran. Buat peniaga juga Topzmall membantu membuat publisiti percuma melalui platform media sosial dan mempromosikan jenama korang kepada orang ramai.


Buat pelanggan di TopzMALL juga boleh dapatkan diskaun dan juga tawaran pakej eksklusif jika korang menyertai Topz+ mereka.



Sebarang pertanyaan dan kerjasama, korang boleh hubungi pegawai BD Team mereka iaitu Encik Nicholas Gan. Boleh hubungi terus atau WhatsApp: +60147352600 atau melalui e-mel nicholas.gan@topzmall.com 


Untuk maklumat lanjut, sila lawati akaun media sosial TopzMALL di:


Laman Web Rasmi: https://topzmall.com/ 

Facebook akaun: https://www.facebook.com/topzmallofficial 

Instagram akaun: https://www.instagram.com/topzmall/ 

Yippi Program Mini: @Topzmall 

TikTok akaun:@TopzMallOfficial

Post a Comment

0 Comments