Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Petronas UTP Tronoh, Perak Sebagai Pusat Sehenti Di Seri Iskandar

Petronas UTP Tronoh, Perak Sebagai Pusat Sehenti Di Seri Iskandar | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah 10 tahun Sha bermastautin di negeri Perak dan tahun ini merupakan tahun ke 7 Sha berulang alik kerja di kawasan daerah Perak Tengah. Jadi bila dah bekerja di kawasan ini lebih-lebih lagi secara khususnya di kawasan Seri Iskandar, maka Sha banyak perkongsian menjurus kepada kawasan sekitar Sha berada. Kali ini Sha nak kongsi satu tempat yang memang wajib Sha lalu setiap hari untuk balik kerja.

Petronas UTP Seri Iskandar Sebagai Pusat Sehenti Di Seri Iskandar

Setiap petang lebih-lebih lagi di musim covid-19 ini, Sha melihat kedudukan tempat ini agak strategik. Hal ini disebabkan tempat ini terletak di laluan pergi dan balik kerja Sha. Pendek kata nak balik kerja, wajib lalulah sebelum merentas sekatan jalan raya antara daerah Perak Tengah dan daerah Kinta. Tempat yang Sha maksudkan adalah PS UTP atau lebih tepat Stesen Minyak Petronas UTP yang terletak di Lebuhraya Ipoh-Lumut (Arah Ipoh). Lokasi stesen minyak ini adalah di jalan utama daripada Lumut ke Ipoh. Jadi bila korang dalam perjalanan dari arah lumut ke Ipoh, ini adalah stesen minyak yang korang akan lalu. Kalau korang nak tahu, Sha sempat sertai majlis perasmian stesen ini pada tahun 23 Februari 2019.


Perkhidmatan Yang Ada Di Stesen Minyak Petronas UTP Seri Iskandar

FASILITI

1# Kemudahan asas tandas, surau dan ruang parkir yang luas.


Keluasan tapak yang lapang sangat memberi kelebihan kepada Stesen Minyak Petronas UTP. Setiap kali singgah di sini untuk ke mengisi minyak kereta dan ke tandas, memang tak ada masalah ruang parkir kereta. Jalan ke tandas juga lapang dengan tandas yang bersih dan selesa. Di sini juga disediakan kemudahan tempat solat yang mana surau akan dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Walaubagaimanapun untuk penggunaan surau memaklumkan kepada staf PS UTP terlebih dahulu. Memandangkan sekarang masih dalam musim pendemik, surau ini kerap disanitasi. Suka diingatkan supaya membawa kelengkapan sembahyang sendiri.


2# Kedai Runcit

Sekarang kalau tak jumpa kedai runcit biasa, tapi ada stesen minyak kita dah tak perlu risau sebab mereka dah sediakan kedai runcit. PS UTP contohnya menyediakan pelbagai jualan runcit. Selain daripada makanan ringan di sini juga terdapat minyak masak bersubsidi dan bihun.


PERKHIDMATAN MAKANAN


3# Perkhidmatan makanan Di Petronas UTP

Di Stesen Minyak Petronas UTP menyediakan pelbagai makanan. Selain daripada makanan ringan seperti biskut, kerepek, coklat dan air minuman disini juga terdapat beberapa makanan lain. Antara makanan yang ada di PS UTP ini adalah seperti :

- Set Oden World yang sedap


- Waffle

-Durian Crepe yang diperbuat daripada isi durian Asli D24

- Produk beku daripada syarikat LengQuas yang terdiri daripada lauk pauk segera atau set nasi segera.


- Produk pastri petronas UTP seperti karipap, croissant, butterscotch muffin, sausage puff dan lain-lain.

- Pau Rm 2.00 terdiri daripada beberapa inti iaitu inti kelapa, kari ayam, rendang daging, kaya, kacang merah dan juga coklat.

- Sweet corn segera yang hanya perlu dipanaskan sahaja. Jangan risau pemanas disediakan


PERKHIDMATAN LAIN

4# Perkhidmatan Fotostat Di Petronas UTP

Macam tak percaya dekat stesen minyak ada mesin fotosat kan? Ya, yang mencari perkhidmatan mesin fotostat di Seri Iskandar, Tronoh atau mana-mana yang singgah di stesen minyak PS UTP ini bolehlah fotostat dokumen di sini. Maklumlah kadang-kadang dalam perjalanan balik rumah lupa nak singgah kedai fotostat, pekan pun dah terlepas, jadi boleh singgah di PS UTP untuk fotostat. Harga fotostat di PS UTP pun agak berpatutan iaitu sekeping A4 biasa hanya Rm0.20/sekeping, berwarna Rm1.00, A3 Rm0.50 dan A3 berwarna Rm3.00 sahaja.


5# Pos Laju Ezibox

Selama singgah di Stesen Minyak Petronas UTP ini Sha ada perasan satu sudut Pos Laju Ezibox, tapi tak pernah tahu fungsinya. Kebetulan pada hari Sha singgah ada seorang kakak nak pos barang, jadi dapatlah lihat cara dia hantar barang. Memang sangat memudahkan kerana tak perlu pun ada akaun di situ, nak walk in pun boleh. Cuma kena siap bungkus barang dan borang dah diiisi sahaja. Jika nak guna untuk menerima barang pun boleh, kita hanya letak alamat ke EziBox@Petronas UTP Tronoh dan barang kita akan dihantar ke sini.

Kalau korang memerlukan Prepaid Envelops pun di PS UTP ada menyediakan sampulnya. nanti boleh tanya di kaunter ya. Sampul ada dijual dengan saiz 0.5kg, 1.0 kg, 2.0kg untuk pos laju EziBox.


6# CIMB ATM

Antara tarikan untuk pelanggan datang ke Stesen Minyak Petronas UTP ini adalah dengan adanya mesin ATM. Di sini terdapat mesin ATM iaitu CIMB ATM. Jadi tak perlu risau nak dapat tunai kat mana boleh sahaja cucuk duit di sini. Jika korang cari Mesin ATM CIMB di Seri Iskandar atau Tronoh, kat sinilah salah satunya.


7# Penghantaran Makanan

Jika korang malas nak ke sana ke mari. Teringin nak makan oden sedap yang mana mempunyai 3 set yang berbeza, waffles panas, pastri seperti tuna puff dan chocolate roll, pau, kuih muih, makanan sejuk beku lain dan juga air botol atau tin. Korang boleh sahaja buka foodpanda dan pilih Cafe@Petronas UTP manakala yang menggunakan Grab food pilihlah Himawari Cafe UTP.


8# Perkhidmatan Foodbank Di Seri Iskandar

Keadaan pandemik covid-19 ini telah memberi kesan kepada ramai orang. Jadi pihak PS UTP telah menyediakan Foodbank. PS UTP bukan sahaja menerima sumbangan dalam bentuk barangan tetapi kita juga boleh menyumbang wang ringgit.


9# Ejen Bank BSN Seri Iskandar

Untuk pengetahuan korang juga, PS UTP merupakan Ejen Bank BSN. Antara fungsi EB BSN ini adalah merangkumi perkhidmatan berikut.

- Pembukaan akaun

-Pengeluaran wang

- Penyimpanan wang

- Pembayaran bil

- Tambah nilai pra-bayar

- Pembelian SSPN

- Pembayaran tanpa tunai.


10# Epay

Fungsi Epay adalah seperti biasa iaitu kita boleh tambah nilai pra-bayar dan membuat pembayaran bil.


One-stop Centre Di Stesen Petronas UTP

Dengan adanya perkhidmatan seperti diatas, Stesen Minyak Petronas boleh dianggap one-stop centre. PS UTP juga menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui aplikasi setel. Bagi peminat Tealive, salah satu Tealive di Seri Iskandar dan Tronoh adalah di Stesen Minyak UTP Tronoh. Musim sekarang ini kalau salah waktu, alamatnya makan masa juga nak lepas lampu isyarat dan sekatan jalan raya di hadapan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Apa kata sebelum berlaku kesesakan lalu lintas, nak buang air nak beli air atau kudap-kudap boleh singgah dulu di Petronas UTP.

Sebenarnya Sha tak sabar nak tunggu covid-19 ini berlalu pergi daripada bumi ini kerana bolehlah mula beriadah balik seperti dulu. Kalau korang nak tahu, Sha dan kawan-kawan selalu beriadah di Tasik UTP sama ada waktu pagi atau petang selepas balik kerja. Jadi sebelum mengeluarkan peluh, kami selalulah singgah PS UTP untuk beli air atau apa-apa keperluan sebelum ke Tasik UTP.

Apa-apa pun lindung diri lindung semua. Amalkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berada ditempat awam seperti stesen minyak.

Post a Comment

4 Comments

  1. fuhhh banyak betul dia punya kemudahan dekat satu tempat! sangat memudahkan ni!

    ReplyDelete
  2. cantik stesen dia..macam-macam kemudahan ada.. mmg one stop centre...servis f/stat, 1st time tau ada kat stesen petronas...

    ReplyDelete
  3. banyak betul kemudahana dia... bagus owner dia menyediakan kemudahan dan memudahkan orang ramai...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi