Hot Posts

6/recent/ticker-posts

The Haven All Suite Resort Salah Satu Penginapan Menarik Di Ipoh

All Suite The Haven Salah Satu Penginapan Menarik Di Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini adik bongsu Sha datang ke rumah Sha untuk beberapa hari sebelum dia menyambung pelajaran. Bila adik beradik datang mestilah Kak Long dia sibuk fikir nak bawa jalan-jalan ke mana kan? Jadi Sha memilih untuk bercuti bersama keluarga di Ipoh sahaja iaitu di Lost World Of Tambun.

Agak membosankan jika pergi mandi-manda ke Lost World Of Tambun (LWOT) dan terus balik ke rumah walaupun rumah tidak berapa jauh..huhuhu.. Jadi Sha tempah satu suite di Ipoh untuk kami bermalam selepas penat bermain air dan pelbagai permainan.


Bermalam Di All Suite The Haven Ipoh

Malam itu Sha sekeluarga bermalam di The Haven dengan bilik suite 2+1. Untuk pengetahuan korang di sini semua bilik adalah jenis suite sebab itulah ianya di panggil All Suite The Haven. Jika jenis suite korang dah boleh bayangkan bilik yang selesa dan sesuai untuk menginap bersama keluarga.

Kali pertama Sha menjejakkan kaki di The Haven adalah untuk berbuka puasa dan sejak itu Sha menyimpan impian untuk merasai penginapan di sini. Akhirnya tahun ini memang rezeki Sha dapat juga berehat di sini untuk satu malam. Disebabkan penat bermain air pada waktu petang, agak awal Sha tidur selepas menikmati malam dari tingkat 17 Blok B The Haven.


Penginapan Menarik Di Ipoh

Boleh dikatakan The Haven merupakan penginapan yang menarik di Ipoh. Bagi korang yang mencari homestay atau hotel yang sesuai untuk keluarga di Ipoh, bolehlah cuba datang ke sini. Macam Sha punya perancanganlah, memang pergi The Haven untuk berehat dan tenangkan fikiran. Selepas selesai di LWOT kami cari makan terlebih dahulu kemudian terus masuk bilik.


Pemandangan dari tingkat 17 Blok B

Best juga sekali sekala duduk rumah tinggi kan? Suite yang Sha dapat terletak di tingkat 17 mengadap tasik dan bukit batu kapur yang menjadi kebanggaan The Haven. Memang jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Malam-malam layan view cantik sambil hirup kopi panas atau mee segera di beranda suite memang terbaik.

Apa Yang Menarik Di The Haven

Setiap orang pasti akan memilih sesuatu tempat yang memenuhi keperluan dan citarasa untuk bercuti begitu juga dengan Sha. Di sini Sha nak kongsikan beberapa sebab yang menarik Sha untuk berehat di The Haven. Pastinya ia mempunyai keunikan yang tidak ada di tempat lain di Ipoh.

Natural Welcome Drink

Lepas check in kami dapat kupon Welcome Drink yang boleh ditebus di The Cuisines. The Haven bukan sahaja menawarkan pemandangan semulajadi tetapi minuman yang disediakan juga amat unik kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan segar.

Natural Welcome Drink 

Ramuan untuk Welcome Drink ini terdiri daripada serai,halia,kulit kayu manis, limau nipis, bunga kekwa liar, kunyit dan madu. Korang wajib cuba minuman ini, memang rasa lain daripada yang lain. Air ini memang diproses khas di The Haven selama 2 jam.

Kolam Mandi

Seperti yang Sha katakan sebelum ini, Sha memang inginkan suasana tenang dan cuba keluar dari kebiasaan harian Sha sekeluarga. Anak-anak pula memang dah biasa kalau ibu dan ayah nak bawa bercuti mesti nak hotel yang ada kolam. Korang fahamlahkan budak-budak memang suka main dalam air. Jadi jika korang cari hotel yang ada kolam mandi di Ipoh bolehlah datang ke sini.

Sekitar Kolam Mandi

Untuk mandi di sini pastikan korang memakai pakaian yang sesuai untuk mandi kolam. Di sekeliling kolam terdapat kerusi, jadi bagi yang ibu bapa yang tidak mandio boleh pantau anak-anak dari tepi kolam sahaja.


Pets Corner

Buat keluarga yang ada anak kecil ataupun kanak-kanak jangan lupa bawa mereka ke ruangan Pets Corner. Namapun nak bawa anak-anak relaxkan minda, main dengan haiwan comel pun salah satu terapi. Bukan hanya anak, ibu bapa pun akan tenang bila dapat sentuh si comel yang ada. Di sini terdapat arnab dan guinea pigs.

Memang comel sangat mereka ni, tengok gelagat pun comel. Untuk bagi mereka makan korang boleh beli di restoran. Tapi ada masa juga untuk bagi mereka makan iaitu sama ada bermula pukul 10 pagi hingga 12.00 tengah hari atau pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang sahaja.

Selain arnab dan guinea pigs, di sini juga ada seekor ponny. Sha pernah jumpa ponny ini semasa hadir untuk bufet Ramadan. Ponny ini agak jinak jadi kita boleh pegang.

Jogging sekitar tasik

Bagi yang tidak mandi kolam dan korang jenis memang pagi-pagi akan jogging, korang jangan risau kerana di sini ada trek untuk jogging. Jogging di kawasan ini memang sejuk mata memandang. Pemandangan yang cantik dan bersih menghijau. Bagi yang sukakan alam semulajadi, inilah tempat yang korang patut datang.

Suasana yang tenang dan bersih menyejukkan mata


Sarapan Sedap & Staf Mesra Pelanggan

Pergi mana-mana mestilah makanan juga menjadi keutamaan kan. Dari mula hantar kupon makan hingga habis makan layanan staf memang terbaik. Serius kebanyakkan menu sarapan yang ada sangat puas hati dan sesuai untuk seisi keluarga. Antara menu yang Sha sempat makan adalah :

  • Nasi lemak (habiskan Adik Nur punya).
  • Mac & Cheese, Kacang Panggang, Mini Pizza, kepingan daging.
  • Kuew Teow Sup Ipoh.
  • Buah-buah segar
  • Salad Sayur
Nasi Lemak The Haven

Lain-lain menu :

  • Roti bakar
  • Telur
  • Ayam goreng
  • Kentang goreng
  • Kuew Teow Goreng
  • Mini Cupcake

Pemandangan Semulajadi

The Haven amat sesuai buat pencinta alam sekitar yang menghijau dan segar. Pemandangan di sini seperti berada di dunia lain yang mana memang dekat dengan alam dan tersembunyi.

Korang tak akan dapat melihat pemandangan ini daripada luar The Haven kerana ia terletak di seberang tasik The Haven iaitu laluan jogging. Sebenarnya kita tak perlu jogging pun, Sha sendiri hanya bawa anak-anak menikmati alam selepas bersarapan.

Tahap Keselamatan Tinggi

Keselamatan juga dititikberatkan kerana untuk masuk ke sini perlu melalui pengawal keselamatan. Nak masuk pun memang ada rekod nombor kenderaan yang akan masuk demi untuk keselamatan penghuninya.

Korang juga lepak sini pada waktu malam di Ipoh ----> 5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam

Cara Nak Booking The Haven All Suite Resort Ipoh

Untuk menginap di sini korang boleh sahaja buat panggilan ke nombor 05-540 0000 atau korang boleh tengok di laman web booking.com. Jika korang ada perancangan ke Ipoh, jangan lupa masukkan The Haven dalam senarai ya. The Haven All Suite Resort ini memang sesuai dan selesa untuk keluarga datang menginap.

Sebelum ini Sha pernah tengok saudara Sha datang sini untuk tenangkan fikiran dan berkumpul dengan rakan niaga. Elok jugakan cari tempat yang privacy sebegini untuk aktiviti bersama rakan-rakan. Untuk mengetahui promosi terkini kenalah rajin tengok kemaskini terbaru mereka di laman sosial mereka.

FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE

Post a Comment

1 Comments

  1. cantiklah hotel dia, environment pun sejuk mata memandang..makanan pulak nampak sedap tu..berbaloi menginap kat sini..boleh masuk hotel ni dlm list untuk cuti-cuti...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi