Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aktiviti Play Tourist Di Sekitar Pekan Ipoh

Aktiviti Play Tourist Di Sekitar Pekan Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebagai ibu bapa setiap kali cuti hujung minggu pasti otak aktif memikirkan aktiviti yang mahu dilakukan bersama keluarga terutama anak-anak.

Tapi bukan semua orang mampu berbelanja ke mana sahaja mereka mahu pergi kan. Kadang-kadang Sha sendiri pun tidak selalu ada bajet untuk keluar berjalan-jalan. Maklumlah selangkah kita keluar dari rumah, kos belanja pun bermula.

Walaubagaimanapun semuanya terpulang pada diri kita bagaimana untuk mengawal perbelanjaan ketika bersiar-siar bersama keluarga. Pernah Sha dengar kawan sendiri cakap sebab apa dia tak suka keluar rumah, sebab setiap kali keluar pasti akan habis Rm 100 walaupun dia hanya berdua suami isteri. Jadi Sha pun tanyalah apa yang mereka belanjakan hingga habis banyak walaupun hanya menonton wayang berdua. Rupa-rupanya mereka banyak belanja di kaunter makanan panggung wayang.

Disini kita boleh ambil contoh bagaimana dan dimana yang kita boleh jimatkan duit supaya tidak membazir. Pernah Sha baca satu perkongsian cara berjimat dengan cara makan di rumah sebelum keluar rumah. Sha pasti ramai yang bersetuju, kos makan adalah kos paling banyak dikeluarkan ketika di luar rumah.

Aktiviti Play Tourist Di Pekan Ipoh


Baru-baru ini Sha dan suami kebuntuan idea untuk membawa anak-anak bercuti. Niat di hati memang tak nak pergi jauh disebabkan masa yang pendek. Memang membosankan dan sedikit tertekan bila perlu fikir ke mana nak pergi bila di tempat sendiri. Sha pulak memang bukan jenis suka masuk mall.

Tapi duduk rumah bila semua urusan rumah selesai bosanlah pulak !

Akhirnya timbullah idea untuk Play Tourist di Pekan Ipoh. Maklumlah bila suami sendiri lahir dan membesar di Ipoh, bagi dia tak ada yang menarik untuk dia kunjungi. Tapi Alhamdulillah setakat ini suami memang setuju dengan isteri dia yang satu ini. Bila idea dah lulus apa lagi, geraklah kami ke Pekan Ipoh.

Keluar hujung minggu kali ini memang Sha bajet makan malam di luar sahaja. Jadi kami keluar waktu petang selepas makan tengah hari di rumah. Jadi kita jimatlah kos makan tengah hari di luar. Manakala kos jalan-jalan sekitar Pekan Ipoh ini adalah percuma kecuali isi minyak keretalah.

Jalan-jalan di Concubine Lane Ipoh

Korang percaya tak? Walaupun rumah tak jauh sangat dari sini tetapi Sha jarang sekali datang ke sini. Selalu sahaja tengok instafemes, pempengaruh datang ke sini namun tidak ada keinginan terlalu tinggi untuk bersesak di lorong ini. 

Tapi hari itu demi merealisasikan Play Tourist kami sekeluarga Sha gagahkan juga ke sini. Walaubagaimanapun bukanlah rasa terpaksa sebabnya nanti kita nak seronok-seronok jadi stress pula kan? Jadi kami dah tetapkan minda untuk play tourist maka kenalah enjoy dengan masa yang ada.

Di Concubine Lane ini korang akan jumpa pelbagai gerai yang unik terutamanya makan. Ada beberapa gerai makanan yang ada di sini memang viral seperti Raindrop Cake atau kuih Titisan Hujan. Selain itu terdapat gerai cendol, Rainbow Jelly Ball, gerai air Ban Cho dan pelbagai lagi makanan berwarna-warni di sini.

Kuih Titisan Hujan



Selain makanan di Concubine Lane juga meriah dengan gerai cenderamata. Jadi bagi pelancong luar yang singgah ke Ipoh atau Concubine Lane yang menyimpan niat nak membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan bolehlah dapatkannya di sini sahaja. Antara cenderamata yang ada di sini macam biasalah yang wajib ada adalah key chain dan fridge magnet.

Jalan-Jalan Sekitar Pekan


Kami tak luang banyak masa sangat di Concubine Lane memandangkan lorong itu terdapat ramai orang, disebabkan tak nak bersesak jadi kami jalan terus dan keluar bergambar di sekitar luar lorong itu pula. Di kawasan ini sangat sesuai untuk korang yang suka ber OOTD. Hal ini kerana banyak tempat yang korang boleh lepak bergambar termasuklah dinding bangunan lama yang ada.


Gambar ini merupakan gambar bangunan sekitar pekan semasa Sha sedang berjalan menunju ke Cimb Bank Jalan Sambathan. Korang bayangkanlah kami empat beranak duduk melepak tepi jalan kaki lima bank sambil tengok kereta lalu lalang. Selepas puas duduk kami bangun dan melintas jalan menuju ke Padang Ipoh.



Untuk korang yang merancang datang ke sini, korang boleh parkir kereta di mana-mana yang sesuai dan mulakan perjalanan dengan berjalan kaki. Jadi korang rajin-rajinlah masuk setiap lorong kerana setiap lorong pasti ada yang menarik. Bagi yang memang suka fotografi memang sesuai sangatlah, korang mesti banyak idea nak ootd.


 
 

Planning Sebelum Jalan

 
Sha sebenarnya tak ada dalam kepala pun nak mula dari mana dahulu, tapi nasib baik suami orang Ipoh je jadi harapkan dialah. Tambah pula petang itu suami tak cakap pun dia setuju nak play tourist, tetiba sahaja dia masuk parkir depan Masjid Negeri Perak. Selepas parkir dia ajak turun.

"Jomlah, tadi kata nak play tourist!"

Alahai suami dengan tak sedia dengan kameranya, hanya berbekalkan telefon bimbit sahajalah. Yang paling tak tahan sampai sini baru suami Sha sedar dia tak bawa dompet pun. Lagi tambah kalut telefon bimbit dia nak habis bateri.
 

 
 

Belakang OCBC Bank Ipoh

 
 
Antara tempat yang korang boleh singgah rehat dan lepak di sini adalah Padang Ipoh. Kalau korang nak tahu Sha sekeluarga kerap luangkan masa di sini, maklumlah tempatnya selesa nak bawa anak berlari-lari. Deretan kedai di tepi Padang Ipoh ini juga terdapat kedai kegemaran Sha iaitu Nin's Cabin Cafe.

 
Agak mudah parkir di depan Masjid Negeri ini kerana boleh dikatakan jalan dalam bulatan. Masjid Negeri ini berhadapan dengan Menara Jam Birch Memorial. Selepas penat berjalan sebelum pulang boleh repeat bergambar di kawasan menara jam ini. Agak ramai juga pengunjung di sini jadi bila selesai ambil gambar kena bagi peluang pada orang lain pula.




Aktiviti Bersama Keluarga Di Ipoh


Bagi korang yang ketandusan idea untuk bawa anak-anak berjalan-jalan bolehlah play tourist di mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Tambah pula tempat yang percuma untuk dikunjungi di Ipoh ini, dapatlah berjimat tapi enjoy!

Nanti Sha kongsi dengan korang tempat lepak di Ipoh pada waktu malam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tak pernah jumpa kuih titisan hujan. Teringin nak rasa. Mudah-mudahan satu hari nanti dapat jugalah berkenalan dengan kuih tu.

    ReplyDelete
  2. Kite pun tak sampai lagi concubine lane tu sha heheh.. nanti la next time bila free

    ReplyDelete
  3. play tourist paling best kalau boleh pergi tempat2 menarik dia dgn berjalan kaki sja. ipoh memang sesuai utk jalan kaki, lepas tu mkn mkn mkn

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi