Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sambutan Hari Raya Meriah Walaupun Mengejut

Sambutan Hari Raya Meriah Walaupun Mengejut | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum ini Sha dah ceritakan macam mana Sha boleh balik raya di Terengganu sedangkan tahun ini giliran Perak dan ini merupakan kali pertama Sha balik raya dengan bas.

Memang agak pelik bila kita balik kampung berhari raya tanpa suami. Tapi Alhamdulillah tidak ada orang yang bagi soalan yang pelik-pelik pada Sha..ehehe.. maklumlah jawapannya adalah kerana suami bekerja dan suami bermurah hati bagi peluang balik kampung sendiri.

Bukan apa, tahun ini merupakan tahun pertama Sha sekeluarga berhari raya tanpa Mak. Dulu ayah pergi hilang seri, sekarang bila arwah Mak menyusul pergi hilang arah kami adik-beradik. Itu adalah salah satu sebab suami Sha bagi Sha dan anak-anak balik beraya dengan 2 adik Sha di rumah.

Terima kasih sekali lagi suami kerana memahami, tanpa dipinta terus disua.

 



Sambutan Hari Raya Meriah Walaupun Mengejut

Walaupun Sha sampai dikampung pada pagi raya, tetapi demi keberkatan hari raya pertama Sha dan anak-anak gagahkan jua menikmati hari raya bersama keluarga yang ada.

Masih bersyukur walaupun Mak dan Ayah sudah pergi meninggalkan kami, tetapi kami masih ada adik beradik sebelah ayah yang tinggal berdekatan untuk kami santuni. Pada merekalah kami menumpang kasih sayang keluarga kini.

Sha pula berjiran dengan kebanyakannya adalah saudara mara sendiri, jadi memang agak meriah. Jalan-jalan pun memang jalan kaki dari satu rumah ke satu rumah. Ini memang pengalaman baru untuk anak-anak Sha, jadi memang mereka sangat seronok jalan-jalan dengan rombongan.

 

Hari Raya Pertama

Dari turun bas hinggalah sampai rumah memang tak rehat dan tidak tidur. Selepas bersiap-siap, Sha bersama adik-adik dan anak-anak Sha terus ke rumah Pak Muda (adik arwah ayah Sha) untuk berhari-raya. Memang dari kecil rumah pertama yang akan Sha kunjungi adalah rumah Pak Muda. Pak Muda mempunyai 9 orang anak jadi memang rumah Pak Muda meriah.



Tambah pula tahun ini Pak Teh (Abang arwah ayah Sha) juga pulang ke kampung dari Felda Selancar. Keluarga Pak Teh juga berkumpul di rumah Pak Muda. Usai berhari raya dan bergambar kami mula berjalan kaki berkunjung ke rumah sekitar kawasan rumah kami yang berdekatan. 


Oleh kerana sedikit penat Sha balik rumah untuk berehat terlebih dahulu bersama anak-anak. Sha ingatkan Sha sorang je tidur, rupanya Sha tiga beranak semua pengsan. Lepas bangun balik kami bersiap untuk sambung raya. Petang raya pertama Sha sempat ke rumah kawan baik sejak tingkatan 6 iaitu Faziral.

Terima kasih Dalim masak Laksa Sarawak yang sedap. Abang Zaryth siap menambah-nambah makan. Memandangkan hari sudah petang Sha ambil keputusan untuk sambung jalan keesokan harinya pula.


Hari Raya Kedua

Bila balik kampung naik bas, agak patah kakilah nak jalan-jalan sebabnya kena tengok jadual adik-adik. Faham-faham sahajalah bila remaja berhari raya, mestilah nak jalan ke rumah kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Samalah macam Sha masa umur-umur macam mereka.

Hari raya kedua kami pulak yang sedia makan dan ajak Pak Muda sekeluarga dan kawan-kawan adik makan-makan. Kami awal pagi dah bangun masak. Adik bongsu masak rendang dan Sha masak nasi arab. Sempat juga adik bongsu buat Kek Marbel yang sedap.

Selepas adik Sha balik, Sha pulak bawa anak-anak dan adik bongsu ke rumah sahabat dari tingkata 1 iaitu Siti. Alhamdulillah lama tak jumpa selepas masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Rezeki dapat makan mee kari yang sedap kat rumah Siti.


Bila tiba malam barulah keluarga Pak Muda dan Pak Teh datang makan malam kat rumah kampung Sha. Maka memang penuhlah rumah pusaka ayah dengan sepupu-sepupu dan keluarga masing-masing. Alhamdulillah walaupun risau nasi arab tak cukup, maklumlah tak biasa masak untuk ramai tapi semuanya dapat makan.
 

Raya Hari Keempat

 
Raya keempat suami Sha sampai ke kampung lebih kurang tengah hari, jadi agak penatlah sebab memandu sorang-sorang. Oleh sebab itu Sha bagi suami tidur dan berehat secukupnya terlebih dahulu. Petang itu Sha berhari raya di rumah seorang lagi sahabat dari tingkatan enam iaitu Nadia. Nadia ni memang terer masak daripada sekolah, rezeki dapat makan lontong.

Habis Cuti Raya Di Kampung


Selepas 6 hari beraya di kampung, akhirnya Sha sekeluarga pulang ke Perak kembali. Disebabkan ini kali pertama Sha berhari raya bersama suami dan suami pun dah tahu apa perasaan berhari raya tanpa isteri dan anak-anak, suami Sha cakap lepas ini tak ada nak raya asing-asing dah. Bosan katanya raya tanpa isteri dan anak-anak. Tapi memang suami Sha tak ada gambar hari raya pun sepanjang dia beraya tanpa kami.

Apa pun moga raya tahun lebih bermakna buat kami sekeluarga, Aminnnn

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah dapat beraya bersama2 saudara mara di kampung

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. syukur dpt suami yg memahami.. dpt rs kemeriahan beraya di kg sendiri..
    meriah walaupon raya mengejut..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi