Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Beli Sandal Kulit Dari Lucca Vudor

Pertama Kali Beli Sandal Kulit Dari Lucca Vudor | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum Sha cerita pasal kasut, Sha nak cerita satu kenangan yang Sha bersama arwah ayah Sha. Tapi Sha lupa pula pada tahun bila, seingat Sha ketika itu masih bersekolah. Arwah ayah ke Jelebu, Negeri Sembilan bersama pak cik Sha untuk satu urusan. Selepas pulang dari sana arwah ayah hadiahkan Sha sepasang kasut kulit, tapi sayangnya Sha tidak selalu memakai kasut tersebut. Maklumlah kasut kulit bukannya sesuai dipakai di banyak tempat. Tapi kasut itu memang cantik, nampak mahal dan bertumit.

Itu merupakan kasut kulit pertama Sha dan selepas itu Sha tak pernah mempunyai kasut kulit lagi. Tapi kali ini Sha teringin untuk mencuba sandal yang diperbuat daripada kulit. Sandal kulit? Ya, maklumlah biasa orang pakai kasut kulit kan tapi Sha pilih sandal.





Pertama Kali Beli Sandal Kulit

Pertama kali dapat terus jatuh cinta pandang pertama. Kenapa jatuh cinta? Sebabnya pilihan Sha tidak mengecewakan dan Sha kerap pakai ke mana sahaja termasuk ke tempat kerja. Nasib baik juga saiz pun memang saiz Sha.


Untuk pengetahuan korang, kasut kulit Lucca Vudor bukan sahaja boleh dibeli dalam talian tapi mereka juga mempunyai beberapa butik terutamanya di Singapura . Tapi memandangkan semua cawangan jauh Sha order dalam talian sahaja. Tapi jangan risau penghantaran mereka sangat pantas, bagi Sha standard penghantaran Malaysia.

 

Kenapa Perlu Beli Kasut Kulit Di Website Lucca Vudor

Setiap kali membeli kasut pastinya kita akan memilih kasut yang cantik. Tapi korang jangan risau di Lucca Vudor rekaan kasut dan sandal mereka adalah terkini dan moden. Maksudnya disini Lucca Vudor menyediakan pilihan kasut kulit yang cantik, moden dan selesa.


Lucca Vudor berusaha untuk memberikan pengalaman memakai kasut yang paling mewah, daripada memilih produk hingga proses pembelian hingga selesai.

1. Penghantaran percuma pada hari yang sama 

2. Pengambilan mudah untuk pemulangan atau pertukaran 

3. Bayaran balik tunai penuh untuk pulangan tempatan 

4. Perkhidmatan Saiz Khas Kami (di mana mereka akan menghantar beberapa saiz untuk percubaan) 

Ini tidak pernah ditawarkan sebelum ini dalam industri, tetapi Lucca Vudor melakukannya kerana mereka benar-benar percaya korang layak mendapat yang terbaik.

 

Kasut Kulit Mewah Buatan Itali

Apabila bercakap tentang kasut wanita, orang Itali memang benar-benar tahu yang terbaik. Kasut mereka direka khas untuk keselesaan tanpa mengorbankan satu inci gaya. Bercakap tentang kasut baru korang pasti mempunyai pengalaman ngeri dengan memakai kasut baru hingga melecet bahagian belakang kaki. Jom baca lagi Sha nak cerita pengalaman pakai sandal Lucca Vudor.

 


 

Kasut Lucca Vudor ini diperbuat daripada kulit anak lembu Itali yang berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan lembut dan bernafas. Rekaan ruang tambahan untuk jari kaki yang halus untuk mengelakkan tiada luka atau gosokan yang menyakitkan! 


 

Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan. Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan dan parut kaki melalui lepuh dan luka, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang.

Sandal Kulit Pilihan Sha Di Website Lucca Vudor

 kasut kulit wanita

Sebenarnya Sha memilih kasut jenis sukan tapi malangnya saiz tak ada. Jadi terpaksalah Sha tukar kepada kasut kulit jenis sandal. Nasib baik bila sampai Sha terus jatuh suka dan kerap pakai ketika keluar.

Yang paling penting warna yang pilih boleh masuk dengan pelbagai warna baju sebab itulah Sha kerap memakainya. Terbukti memang tak perlu amal petua elak sakit pakai kasut baru, korang terus boleh pakai ke mana sahaja tanpa melecet.

Untuk sandal Sha iaitu kod Shanelle A068-135 ia diperbuat daripada lambskin dan tapaknya adalah jenis getah. Korang juga perlu tahu setiap pasang kasut disiapkan menggunakan tangan yang pastinya memerlukan masa dan masa yang lebih. Patutlah kasut kulit ini memang boleh tahan harganya.

Jadi apa lagi... jom pilih pengalaman kasut yang mewah dengan Lucca Vudor hari ini.

Post a Comment

5 Comments

  1. Cantiklah kasut tu, sesuai dengan CikMar

    ReplyDelete
  2. Eksklusif betul kasut lucca vudor ni, dibuat dengan tangan. Kasut ni kan, bila kita dah selesa pakai, memang kasut tu lah yang akan kerap di pakai.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi