Datuk K Dedah Sikap Sebenar Asyraf Sebelum Dapat Bimbingan Azizan Osman | Siapa pengikut Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti tahu baru-baru ini Tok Ti ada mengemaskini laman instagram beliau sempena hari lahir suami kesayangan beliau yang juga bukan calang-calang orangnya iaitu Datuk K.
Kalau dah berkait dengan nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K, sudah pasti kisah kehidupan setiap ahli keluarga beliau juga semua orang nak tahu. Daripada anak-anak dan juga menantu pasti dapat tempias perhatian. Tambah pula dua menantu mereka juga adalah daripada bidang seni. Antara anak Datuk K yang biasa mendapat perhatian adalah Asyraf Khalid.
Datuk K Dedah Sikap Sebenar Asyraf Sebelum Dapat Bimbingan Azizan Osman
Didalam majlis hari lahir itu juga Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang merupakan bapa kepada Asyraf Khalid baru-baru ini mendedahkan penyebab perubahan anaknya itu. Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu adalah disebabkan bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.
Perubahan positif yang disebut adalah dari pelbagai segi sejak Asyraf mengikuti kelas bimbingan Datuk Wira. Banyak perubahan yang dapat dilihat iaitu dari segi sikap, prinsip, keagamaan dan perspektif keseluruhan kehidupan Asyraf.
Jangan tak tahu Asyraf pernah ponteng kelas semasa belajar dahulu. Datuk K sendiri terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh Asyraf atas sokongan isteri tersayang Tya Ariffin. Alhamdulillah Datuk K bersyukur kerana anaknya itu cepat sedar dan mula belajar dan belajar untuk maju dalam perniagaan.
Big Why Asyraf Khalid Untuk Berjaya
Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"
Luahan Asyraf Khalid itu yang telah mendapat tontonan hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
Episod Perubahan Asyraf Khalid Sebagai Usahawan
Asyraf faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
Mengaku dirinya dahulunya budak yang agak nakal dan selalu mengecewakan bapanya Datuk K. Sehingga satu masa beliau berasa dirinya seorang yang gagal.
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.
Berjaya Dengan Bimbingan Dr.Azizan Osman
Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.
"Malah nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.
Ya, dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Langkah Asyraf untuk menjadi anak didik Dr Azizan Osman adalah sangat tetap kerana kini usaha beliau untuk berubah telah menunjukkan hasil yang positif
Dr Azizan Osman Melahirkan Ramai Usahawan Berjaya
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Membantu Usahawan Lain Berjaya
Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Rupanya inilah rahsia kejayaan seorang usahawan, bila sudah berjaya jangan lupakan yang masih di belakang.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi