Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka - Hari Kedua

Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka - Hari Kedua | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

bercuti ke melaka


Ok Sha sambung cerita hari kedua bercuti di Melaka sempena cuti umum Tahun Baru Cina yang lepas. Kenapa Sha suka cari hotel yang ada kolam mandi bila bercuti? Sebabnya Sha ingin meluangkan masa dengan suami juga anak-anak.

Hari pertama kat sini korang boleh baca di cerita hari pertama yang agak penat tapi santai macam yang kami nak.

Selain itu, mandi kolam adalah salah satu aktiviti percutian yang paling simple. Jadi kerana itulah Sha mencari hotel yang ada kolam di Melaka. Bagi Sha harga yang Sha dapat memang dalam bajet Sha, maklumlah Sha jenis suka bercuti tapi lebih kepada cuti bajet. Nak bercuti kenalah ukur poket sendirikan? Tak gitu?huhuhu..


Hari Kedua Percutian Ke Melaka Sempena Cuti Sekolah

Selepas makan malam di Perkampungan Medan Ikan Bakar Umbai, Sha singgah ke pasaraya mini Speedmart untuk membeli bekalan makanan. Sha dan suami sepakat nak berjimat dan tak nak keluar dari hotel pagi itu. Jadi kami beli satu paket mee segera goreng dan roti sahaja untuk sarapan. Tak lupa juga 3 in 1 untuk minuman.

Maklumlah kami ambil bilik bukan melalui hotel, tapi boleh sahaja kalau nak ambil breakfast walk ini. Harga untuk breakfast di Bayou Lagoon Park Resort adalah RM30.00 seorang. Memang kami bercuti bajet sungguh di Melaka ni. Apa pun yang penting semua kenyang!

sarapan di bayou lagoon
Bersarapan paling cepat


Maka selepas mandi Sha pun menyiapkan sarapan segera untuk sarapan kami sekeluarga. Nasib juga bilik hotel ada pemanas air, peti sejuk dan pinggan gelas. Tapi kami bawa juga pinggan mangkuk yang memang sedia ada dalam kereta. Alhamdulillah setel bab sarapan, tak perlu keluar jauh cari sarapan.

Bayou Park Lagoon Resort

Rezeki Sha sekeluarga dapat hotel dengan bilik jenis studio, biliknya agak luas dan selesa. Kalau korang nak tahu Bayou Park Lagoon Resort ini ada laman web rasmi sendiri untuk tempahan bilik hotel. Walaupun Sha booking bilik dengan pihak persendirian, Sha perlu juga mendaftar masuk di kaunter.

hotel ada kolam di melaka
Bayou Lagoon Park Resort

Bila daftar masuk Sha dapat 2 keping tiket masuk lagun Bayou Park Lagoon Resort. Tapi itulah masa booking Sha tak masukkan dua kanak-kanak jadi perlu beli sendiri 2 tiket tambahan untuk anak-anak dengan harga RM9.00 seorang. Yang ini ayahnya belanja anak-anak..huhuhu


Bersiap Untuk Check Out


Selepas dua jam berendam di lagun yang mempunyai 5 jenis kolam kami pun bergerak naik ke bilik untuk berkemas balik. Alhamdulillah anak-anak memang seronok dapat layan lagun sambil mandi sambil main gelongsor. Abang Zaryth nampaknya berat hati nak keluar dari kolam..huhuhu

Masa check out adalah antara 12.00 hingga 12.30 tengah hari, jadi kami gerak turun dari bilik sebelum waktu yang ditetapkan oleh pihak pemilik bilik kami.


Makan Tengah Hari Sedap Di Melaka


Selepas check out, apalagi kita cari tempat untuk makan tengahari pula. Sebelum gerak kami dah cari kat mana nak makan agar mudah nak atur perjalanan. Hasil pencarian kami memilih untuk makan di Medan Selera Semabok yang terletak di terlalu jauh dari Bayou Park Lagoon Resort iaitu lebih kurang 11 minit.

sarapan best di melaka
Medan Selera Semabok Melaka

Sha dapat tahu tentang kedai ini dari laman facebook. Ada penduduk tempatan kat situ ada cadangkan makan tengahari di medan selera ini kerana sedap dan harga berbaloi. Alhamdulillah semasa Sha sampai lauk pauk sedang di hidang, memang banyak sangat pilihan menu. Kami makan simple sahaja iaitu nasi putih dengan Asam Pedas Daging Tetel dan ayam bakar. Kedai yang Sha makan ni memang Sha sokonglah korang pergi cuba jika korang ke Melaka.

sarapan lauk sedap di melaka

Nampak sahaja simple, perasaan nak je Sha tambah nasi masa makan tu. Nasib baik tak tambah sebabnya kena habiskan daging tetel, sayang kalau tak habiskan tau. Kalau korang ke Melaka, dan mencari tempat makan tengah hari best sedap dan murah di Melaka boleh datang ke gerai yang terletak di Medan Selera Semabok ini.

Selamat Tinggal Melaka Bandar Bersejarah

Makan tengahari sedap di Melaka merupakan aktiviti terakhir kami di Melaka kali ini. Penutup yang sangat puas hati berbanding makan malam...ahahaha. Alhamdulillah tertunai sudah janji Sha pada anak-anak untuk bawa mereka bercuti ke Melaka. Walaupun percutian bajet ke Melaka, tapi kami memang enjoy dengan percutian kami dengan cara kami.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi