Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Senarai Blogger Malaysia Yang Aktif Tahun 2022

Senarai Blogger Aktif  Tahun 2022 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita kini berada di bulan februari tahun 2022 dunia blogging tetap meriah seperti selalu. Dunia penulisan blog semakin pantas bergerak, kadang-kadang tidak terkejar dengan kehadiran kenalan blogger baru.

Sha sebenarnya golongan introvert yang mana orang tahu bukan sejenis yang suka dan pandai bergaul. Tetapi sejak terlibat dengan penulisan blog, semakin ramai pula kenalan blogger. Walaubagaimanapun, Sha sangat gembira melihat blogger yang semakin aktif dan bersatu saling menyokong antara satu sama lain.

Jadi hari ini Sha nak kongsikan beberapa orang blogger yang selalu aktif,serius dan bersemangat dalam menaiktaraf penulisan mereka. Bersama mereka barulah Sha berani menggelar diri sendiri sebagai blogger, itupun masih banyak belum dipelajari dan dipraktik lagi.

senarai blogger malaysia


Senarai Blogger Aktif Tahun 2022

Blogger-blogger yang Sha akan senaraikan ini sebenarnya blogger yang biasa terlibat dengan beberapa projek sepanjang tahun 2021. Bukan itu sahaja, merekalah yang selalu berkongsi pengalaman dan tips bagi meningkatkan skill menulis blog.

 


#1 . Sis Hawa | Blog Lifestyle Penuh Informasi


www.sishawa.com


Sis Hawa adalah blogger yang pernah Sha jumpa secara peribadi dan sehingga kini masih berhubung. Memandangkan beliau macam kakak-kakak, jadi bila ada masalah berkaitan blog memang mengadu pada beliau.

Blog Sis Hawa berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa.

Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak, 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- hubungan cinta dan perkahwinan
- himpunan doa amalan harian
- resipi
- tips parenting
- info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
- tips kediaman
- panduan berblog dan Adsense
- informasi semasa dan banyak lagi.

Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters (www.bloggersmalaysia.com). 
 
 

#2. Zaza Azman | Lifestyle Blogger


www.zazaazman8.com



Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa inggeris. Mempunyai sepasang anak dan surirumah sepenuh masa.

Blog versatil yang berkongsi mengenai makanan dan tempat-tempat makan menarik. Review barang-barang kecantikan dan kesihatan. Suka berkongsi mengenai hal perkembangan anak-anak, general knowledge dan tips-tips kehidupan .

Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.
 

#3 Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan


https://nettyahhiyer.com


Blogger Netty Ah Hiyer sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.

Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan keluarga dan tiga orang anak.

Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
 
 

#4 Blogger Bonde Zaidalifah

www.bondezaidalifah.com

Blog ini berkisarkan kehidupan dan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog. Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.

3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi dengan Suami dan seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi dan idea penulisannya. Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting, Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :

- himpunan doa

- tips kesihatan - review produk

- informasi semasa dan banyak lagi.

- Selain berblog Bonde juga aktif di media social facebook, Instagram dan Tiktoks

 

 
#5 Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog



www.rinazul.com


Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.

Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- Ilmu Agama
- Makanan Sunnah
- Tips Pemakanan
- Tips Kesihatan
- Tips Bisnes
- Barangan Rumah
Untuk lebih mengenali Rinazul korang boleh baca di pengenalan:
 

Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3

Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur
Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.
Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok
 

 

#7 Atul Hamid | Mommy blogger suka berbines


www.atulhamid.com


Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Beliau pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.

Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee.

Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua.

 

#8. Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty & Lifestyle

Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi.

Jangan tak tahu, pemilik blog bebelancikmin ini merupakan usahawan sambal hitam popular.
 
 

#9. Zati Salim | Lifestyle Blogger

www.zatisalim.com


Sha sebenarnya baru tahu Zati Salim ini merupakan blogger Ipoh. Rupanya ramai juga blogger di Ipoh yang selama ini Sha tak tahu dan tak kenal. Blog ini berkongsi mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua dan juga memberikan info kepada para pembaca.

 

#10 Mamy Syu | Lifestyle Parenting




Mommy Syu juga antara blogger yang Sha pernah jumpa di beberapa event sekitar Perak. Seorang yang sangat rajin buat video, ada youtube channel sendiri dan mempunyai pengikut di akaun Tik Tok. 

Mommy Blogger Malaysia - perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah, tip susu badan, review menarik, resepi sedap, lifestyle suami isteri dan vaksin.

 

#11. Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger




Ini antara blogger yang memang sangat aktif, tak kira di blog atau media sosial lain.

Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.

Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.

Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca macam-macam review terjah je fizaizawa.com

 

#12. Blogger Azni

Modern Mum's Thingy - ninijaafar on the blog' (modernmumthingy.com)

Sha baru je kenal Kak Azni. Sha seronok tengok kehidupan Kak Azni, nampak happy go lucky orangnya. Awet muda pulak tu. Kak Azni suka kongsi pengalaman travel beliau, nampak gaya banyak negara dah beliau jejak.


 

#13. Blogger Ana Suhana

Blogger comel ini merupakan full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab owner suka share pengalaman percutian-percutian beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. 

Artikel resipi pun ada dikongsi.

Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge. Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.
 

#14. Blogger Aleya

Apakata Mommy

Blogger Aleya merupakan blogger yang Sha baru kenal, merupakan jdtblogger. JDT mestilah dari Johor kan?

Nampaknya Aleya juga suka berkongsi kisah kehidupan beliau, suka kongsi percutian, review hotel dan juga tempat makan best.



#15. Blogger Abam Kie

Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.


 

#16. Blogger Raydah Alhabsyi


perennial lifestyle (raydahalhabsyi.com)


Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.

Haaa.. kalau korang nak tahu, blogger Ray yang comel sangat ini merupakan blog bahasa inggeris.
 
 

#17. Blogger Mamapipie

Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie


Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.

 
#18. Blogger Cikza Mohmad


Sha kenal CikZa sejak join bloggersmalaysia. 

Pejuang SLE dan Garis Dua Yang tak pernah putus asa.

Dua perkara yang beliau perjuangkan amatlah menunjukkan beliau seorang yang kuat. Beliau menjadikan blog sebagai tempat beliau mempositifkan diri sendiri.


#19. Shalimar Yusof | Lifesytle Blogger

www.shalimaryusof.com


Ok, selain 18 blogger malaysia yang Sha senaraikan diatas mestilah Sha nak letakkan diri dalam senarai juga. Sebab apa? InsyaAllah panjang umur Sha tetap akan teruskan berkongsi dengan anda semua pembaca blog Sha.

Sha sebenarnya bekerja sepenuh masa, blogger hanyalah separuh masa tetapi Sha tetap memastikan blog ini sentiasa segar untuk korang.

Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Sha mempunyai sepasang cahaya mata, jadi kadang-kadang simpan kenangan mereka di sini.

Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah. Jadi korang jangan bosan singgah sini ya.

Blogger Pilihan Dan Aktif 

Sha percaya dalam 19 orang blogger ini pasti ada yang korang pernah terjah blog mereka dan pernah baca perkongsian mereka. Sha sendiri pun ada yang baru kenal dan ada yang lama kenal. Jika korang ada masa terluang, boleh jalan-jalan ke blog mereka.

Sebenarnya tak rugi pun berkenalan dan saling menyokong sesama penulis blog. Tambah pula blog juga mengalami perubahan dari masa ke masa. Jadi bila banyak kenal dan berkongsi tips, dapatlah baiki kelemahan yang ada.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ya. antara blogger yang aktif di dalam dunia blogging.. :)

    ReplyDelete
  2. ramai jugak blogger yang selalu di lawati

    ReplyDelete
  3. Yeay! Blog Mamy Syu tersenarai juga. Thanks Sha. Really really appreciate it!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, kebanyakkannya saya dah jengah. Harap suatu hari nanti saya dapat duduk dalam senarai ni juga, Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Singgah sini sementara masih ada waktu, orang kg baru mula nk menulis..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi