Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tak Nak Tua Sebelum Usia! Rahsia Awet Muda Dengan Safi Youth Gold

Tak Nak Tua Sebelum Usia! Rahsia Awet Muda Dengan Safi Youth Gold | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulan ini bulan yang agak memenatkan bagi Sha, baru selesai bercuti bersama keluarga kemudian dikejutkan dengan berita pemergian ibunda Sha tersayang. Sebagai anak sulung Sha telah menjadi tanggungjawab menjaga adik-adik. Agak banyak urusan selepas kematian, itu membuatkan Sha terasa agak penat.



Apabila dilanda kesedihan dan penat dengan urusan harian, wajah pun akan menunjukkan ketidakserian. Umur baru awal 30-an tak kan nak biarkan muka nampak tua! Kalau tengok di cermin, risau juga kan bila kulit pun mula berubah dan menunjukkan tanda-tanda penuaaan. Tapi jangan risau kita cari jalan penyelesaian untuk kurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur. Kali ini sebenarnya Sha nak kongsi jenama baru pun dengan korang. Jenama ini memang biasa sangat kita tengok iaitu Safi. 


Rahsia Awet Muda Dengan Safi Youth Gold

Jalan penyelesaian untuk Sha nampak awet muda dan kurangkan tanda-tanda penuaan yang mula keluar adalah dengan mengamalkan Safi Youth Gold. Seperti yang ramai tahu Safi adalah jenama produk penjagaan kulit no 1 halal di Malaysia sejak dulu lagi. Safi selalu memperkenalkan rangkaian produknya yang disokong secara klinikal dan saintifik bagi memastikan imej produk tetap diterima oleh pengguna.


Baru-baru ini Safi telah melancarkan rangkaian Safi Youth Gold khas untuk anti penuaan yang mana ianya adalah penambahbaikan dari rangkaian Safi Rania Gold dulu. Korang biasa dengar kan Safi Rania Gold? Jadi inilah yang terbaru dari Safi yang diformulasi untuk masalah utama wanita asia iaitu kulit kendur dan tidak anjal.


Menarik Tentang Safi Youth Gold

Nak cuba sesuatu produk mestilah kita nak tahu apa yang menarik tentang produk tu kan? Melihat kepada kelebihan Safi Youth Gold ini Sha percaya ia mampu menarik pengguna untuk mencubanya. Maklumlah siapa yang sanggup melihat wajah nampak tua sebelum waktu sepatutnya bukan?


Rangkaian Safi Youth Gold yang terbaru adalah terdiri daripada Lifting 24k Serum Cleanser dan Lifting Golden C Duo Serum. Jom Sha kenalkan korang dengan dua produk yang bagus untuk membantu kulit kita jadi muda dan anjal kembali.


Lifting Golden C Duo Serum


  • Formulasi dwi serum
  • Lebih berkesan dengan Duo Age- Correcting Actives iaitu Golden C dan Caremide 3
  • Hasilkan 7D Skin Youth Renewal untuk kulit yang ketara - lebih anjal selepas 15 minit.



Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

  • Menganjalkan kulit 
  • Meningkatkan keanjalan & keelastikan kulit
  • Mengurangkan garis halus & kedutan 
  • Meningkatkan kelembapan kulit 
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan 
  • Menjadikan kulit lebih lembut
  • Memperbaiki kulit rosak °Berdasarkan ujian saintifik & klinikal. 


Cara penggunaan Lifting Golden C Duo Serum



Lifting 24k Serum Cleanser



Bab paling penting dalam penjagaan wajah adalah pencuci muka, jadi Safi Youth Gold juga mengeluarkan Lifting 24k Serum Cleanser yang diformulasikan menghidrat lebih dalam dan menganjalkan. Lifting 24k Serum Cleanser sesuai untuk masalah kulit wanita asia yang berkulit kusam atau kering.

- Lembut membersih, menghidrat dan menganjal lebih mendalam

- Mengandungi Serum 24k, Triple Gold (bahan aktif kembalikan keremajaan kulit) , Asid Hialuronik Super dan Anti PM2.5

- Menjadikan kulit kekal halus, terhidrat dan lebih lembut.


Cara Penggunaan Lifting 24k Serum Cleanser



Pengalaman Menggunakan Rangkaian Safi Youth Gold


Sha sebenarnya dalam banyak-banyak produk di pasaran, Sha suka Safi sebenarnya. Sebab utamanya adalah harganya mampu milik. Tambah pula produknya bagus dan sesuai dengan Sha. Rangkaian Safi Youth Gold ini memang jadi pilihan kerana formulasinya yang tidak melekit atau berminyak. Bila pakai mudah meresap dan selesa pada kulit.

Harga

Lifting 24k Serum Cleanser - Rm19.80

Lifting Golden C Duo Serum - Rm59.00




Cara Dapatkan Produk Safi Youth Gold


Seperti yang Sha beritahu tadi, Sha suka produk Safi kerana mudah nak dapat dipasaran tau. Kalau nak beli terus korang boleh daptakan di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring. Jika korang suka beli online korang boleh dapatkan di laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. Di bawah ni Sha kongsi terus link untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Safi Youth Gold.


Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm

Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj


Post a Comment

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi