Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Secara Percuma Di Besut Terengganu

Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Secara Percuma Di Besut Terengganu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berat rasanya bila mengingat kembali saat Mak Sha pergi meninggalkan kami pada 11 November 2021 yang lepas. Tambah pula Sha tak ada di sana waktu itu kerana masih dalam perjalanan ke kampung. Segala urusan diserahkan kepada adik-adik dan keluarga terdekat di sana.

Sha hanya dapat tahu jenazah Mak akan diuruskan oleh satu NGO yang membuat perkhidmatan pengurusan jenazah di kawasan kami. Pada masa itu kebetulan suami baru cakap minggu lepas dia dan Mak ada sembang. Mak pesan kat suami, jika Mak meninggal di hospital, urus sahaja Mak di sana tak perlu bawa balik Mak ke rumah kerana tak nak menyusahkan orang.




Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Secara Percuma Di Besut Terengganu


Dikhabarkan kepada Sha pada masa itu ada seorang kenalan keluarga memberi satu contact pihak pengurusan jenazah dan kami memilih mereka untuk menguruskan Mak. Jenazah Mak agak lama berada di wad sementara menunggu result swab test covid-19. Seperti yang kita maklum jenazah covid-19 akan diuruskan oleh pihak hospital. Alhamdulillah Mak bebas virus covid-19 dan terus dibawa ke sebuah masjid untuk diuruskan.

Pengurusan jenazah ini melibatkan daripada urusan mandi, kafan, sembahyang jenazah dan perkhidmatan van jenazah. Daripada pemerhatian Sha perkhidmatan ini agak baru dimulakan kerana sebelum ini Sha tidak pernah dengar lagi. Walaubagaimanapun besarlah pahala bagi insan-insan yang memudahkan perjalanan jenazah.

JNZA Gaung Global


JNZA Gaung Global adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan jenazah Mak pada 11/11/2021 yang lepas. Tak kiralah siapa yang ada disana didoakan semuanya diberkati, diberikan kesihatan yang baik selalu dan diberikan ganjaran di akhirat sana. Terima kasih kerana membantu dan melancarkan pengurusan ibu saya hari itu. Terima kasih kerana sempat menunggu saya tiba di rumah sebelum menyelesaikan pengebumian Mak di tanah perkuburan.







Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak JNZA Gaung Global



Mengikut maklumat yang Sha dapati daripada facebook rasmi JNZA Gaung Global, mereka bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah sahaja. Apakah perkhidmatan lain itu?

Sekiranya anda berada dalam situasi di mana berlaku kematian atau memerlukan kenderaan untuk temujanji di hospital dalam kalangan ahli keluarga mahupun waris terdekat anda juga boleh menghubungi pihak JNZA Global. Inshaallah pihak mereka akan membantu menyelesaikan masalah anda tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana perkhidmatan mereka adalah secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨.

Disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan meringankan beban masyarakat JNZA gaung global Jerteh Besut Terengganu menyediakan perkhidmatan seperti berikut.

antaranya :-

  • van komuniti [mengambil & menghantar pesakit yang tidak kritikal (temujanji)]
  • van jenazah [seluruh semenanjung]
  • kain kafan
  • mandi jenazah
  • kafan jenazah
  • solat jenazah
  • khidmat sukarelawan

 

Jadi jika korang sedang mencari perkhidmatan untuk menghantar dan mengambil ahli keluarga yang sakit dan ada temujanji bolehlah menghubungi pihak JNZA Gaung Global untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Sumbangan Kepada Pihak JNZA Gaung Global



Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan korang boleh hubungi terus pihak yang bertanggungjawab. Jika sumbangan korang dalam bentuk kewangan korang boleh terus membuat sumbangan di akaun JNZA Gaung Global :

CIMB BANK
8604-11-8076



Untuk pertanyaan lebih lanjut korang boleh hubungi insan-insan dibawah, semoga ini membantu korang disaat memerlukan nanti.

𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗜 :-
𝟬𝟭𝟯𝟵𝟳𝟮𝟭𝟮𝟬𝟬 - 𝗘𝗡. 𝗔𝗭𝗜𝗭𝗨𝗟
𝟬𝟭𝟮𝟵𝟲𝟬𝟬𝟵𝟴𝟴 - 𝗘𝗡. 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗠𝗘𝗗
𝟬𝟭𝟯𝟵𝟭𝟭𝟮𝟮𝟮𝟮 - 𝗛𝗝. 𝗦𝗔𝗡𝗜
𝟬𝟭𝟰𝟴𝟭𝟬𝟮𝟴𝟬𝟬 - 𝗘𝗡. 𝗬𝗨𝗛𝗔𝗜𝗭𝗜

Post a Comment

6 Comments

  1. salam takziah Sha, perkongsian yang baik kerana ia adalah fardhu kifayah buat semua kita

    ReplyDelete
  2. Bagusnya diaorang buat services macam tu secara percuma - mengumpul saham akhirat

    ReplyDelete
  3. biasanya untuk mengurus jenayah kos dalam RM1500.

    dari pengangkutan, kain kafan sehingga ke lot perkuburan.

    memang rezeki sangat kalau dapat yang percuma begini.

    waris dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..dipermudahkan perjalanan mak ke negeri abadi..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. pengurusan secara percuma.. saham akhirat untuk mereka..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi