Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Amalan Doa Untuk Anak Sebelum Di Hantar Ke Sekolah

Amalan Doa Untuk Anak Sebelum Di Hantar Ke Sekolah | Assalamualaikum semua. Memandangkan sekarang sekolah sudah dibuka ramai yang memberi pelbagai respon. Bagi Sha sebagai ibu, Sha membenarkan sahaja anak-anak ke sekolah. Buat masa ini hanya Adik Nur yang bersekolah di Prasekolah sahaja yang telah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka.


Sejujurnya agak risau bila anak-anak tidak ada di depan mata. Sampai bila kan kita nak anak-anak tidak ke sekolah sedangkan kita dah bawa anak-anak keluar bercuti ke mana-mana. Selain membekalkan anak-anak dengan vitamin dan juga kepercayaan kepada guru-guru untuk memastikan anak-anak mengikut SOP di sekolah.



Walaubagaimanapun sebagai umat Islam, kita mempunyai pelbagai doa yang boleh diamalkan sebagai permohonan kepada Allah SWT supaya anak-anak diperlihara. Doa juga tidak semestinya ketika berada ditikar sejadah, tetapi sepanjang perjalanan ke sekolah anak juga kita boleh berzikir dan berdoa.


Doa Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Dan Sebelum Anak Tidur


Kita sebagai seorang ibu bapa, pastinya inginkan yang terbaik untuk anak anak. Semuanya mahukan anak menjadi orang yang berguna untuk keluarga dan agama. 

Macam mana cara untuk bacakan doa sebelum hantar anak ke sekolah atau cara bacakan doa untuk anak sebelum tidur? Caranya memang agak mudah kita nak buat. 

Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ini;

.
.

1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)

(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
.
.



2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.

‎اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
Tuhan Yang Maha Pemurah

‎عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
Yang mengajarkan Al-Quran.

‎خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
Dia mencipta kan manusia

(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)

‎عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara

(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
.
.
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,


احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ

“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu


Bila kita baca makna ayat-ayat ni, memang agak mendalam maksudnya kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.


Marilah kita sama-sama amalkan secara konsisten, InsyaAllah mudah-mudahan kita akan nampak hasilnya nanti. Jangan cepat berputus asa, semoga hasilnya manis kelak. 

Apa apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Post a Comment

18 Comments

  1. Terima kasih CikMar atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Thank you share... peringata yang bagus

    ReplyDelete
  3. terima kasih doanya..
    harini anak sulung ammi nak ke asrama...sedih tak dapat hantar sebab very short notice sangat sekolahnya bagi..dengan ammi ada meeting.

    semoga Allah jagakan anak kita di sekolah & asrama

    ReplyDelete
  4. Selamat bersekolah untuk anak-anak Sha. Semoga dijauhkan dari virus covid dan penyakit lain

    ReplyDelete
  5. Anak saya pun baru minggu ni start sekolah. Semoga Allah lindungi anak-anak kita dalam perjalanan mencari ilmu..aamiin

    ReplyDelete

  6. I'm glad to hear that you found the blog post on career planning insightful and valuable. Indeed, articulating career goals and aspirations can be a challenging process for many individuals due to various factors, as you mentioned. Career advisors play a crucial role in helping individuals navigate these complexities and find clarity in their career paths.
    Blocked or imbalanced energy in the throat and sacral chakras can have a significant impact on one's well-being. Chakras are energy centers in the body that are associated with various aspects of our physical, emotional, and spiritual health.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi