Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tempah Kek Hari jadi Tema Untuk Hari Lahir Anak

Senarai Pembuat Kek Tema Kawasan Batu Gajah, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Agak lama Sha peram gambar dan maklumat yang Sha nak kongsi dengan korang. Pada hujung ogos dan awal september yang lepas merupakan hari lahir anak-anak Sha iaitu Abang Zaryth dan Adik Nur. Memandangkan budak-budak sekarang dah pandai memilih, masing-masing nak kek mengikut tema kartun yang mereka sukai. Jadi sebagai ibu, Sha ikutkan sahaja dan mulalah mencari pembuat kek di sekitar kediaman untuk memudahkan diri sendiri. Kalau ada sekitar rumah lagi mudah nak ambil atau pun kalau nak COD pun tak mahal. Kek tema kek tema juga, selagi boleh jimat Sha nak berjimat..huhuuhu



Pembuat Kek Mengikut Tema Sekitar Batu Gajah, Perak

Bagaimana Sha mencari pembuat kek tema sekitar Batu Gajah? Zaman sekarang setiap daerah tempat tinggal mesti ada page sendiri, jadi Sha gunakan medium tersebut untuk bertanya siapa ada kenal orang buat kek hari jadi sekitar Batu Gajah dan ramai juga yang menjawab persoalan Sha. Bila dah ramai, Sha pun semaklah profail setiap pembuat kek yang disarankan oleh ahli grup yang ada. Akhirnya Sha memilih salah seorang pengusaha kek yang tinggal tidak jauh dari rumah Sha.


Kriteria Pembuat Kek Pilihan Sha


Apakah kriteria semasa memilih pembuat kek hari jadi anak-anak? Tipulah kan dalam banyak-banyak yang dicadangkan oleh pengguna facebook kita tak siasat terlebih dahulu. Bukan apa, semua ini nak memudahkan diri sendiri juga.

  • Rajin update hasil kek yang pernah dibuat
  • Menyediakan nombor whatapps secara terus
  • Menggunakan whatapps bisnes yang mempunyai catalog
  • Tak sombong, mudah bincang
  • Tidak terlalu jauh dari rumah
  • Menyediakan harga yang berpatutan.

Selepas Sha mesej setiap pembuat kek yang Sha pilih, mestilah kita akan deal dengan orang yang paling cepat balas mesej kita kan. Alhamdulillah rezeki sangat dapat buat tempahan kek hari jadi Adik Nur dan Abang Zaryth dengan orang dekat rumah, senang nak ambil dan hantar ke rumah pun percuma sahaja.

Kek Hari Jadi Tema Pony

Kek Hari Jadi Tema Pilihan Anak-Anak

Untuk pengetahuan korang, Sha ulang tempahan kek hari jadi mengikut tema ini pada orang yang sama memandangkan kek yang akak tu buat sedap dan harga pun berpatutan. Jom kita tengok kek hari jadi tema kartun kegemaran Adik Nur dan Abang Zaryth






Tahun-tahun sebelum Sha tak pernah beli kek sebiji untuk anak-anak, sekadar beli ikut potongan sahaja dan makan pun kat kedai-kedai makan. Memandangkan pada masa itu belum boleh dine in di restoran jadi Sha sedia majlis kecil untuk anak-anak walaupun berempat sahaja. Untuk Adik Nur, dia pilih nak kek Pony jadi Sha tempah kek ikut kartun kesukaan dia. Alhamdulillah memang Adik Nur seronoklah pada hari itu.


Kek Hari Jadi Tema Freefire


Kek hari jadi tema game Freefire pula pilihan Abang Zaryth sendiri. Sha tempah pada orang yang sama. Jika sebelum ini Sha ambil sendiri kek di rumah tukang buat kek, kali ini mereka datang hantar ke rumah memandangkan Sha malas nak ke hulu ke hilir dengan kaki bersimen..huhuhu... Sebab rumah tak jauh, cas penghantaran adalah percuma.


Kek Hari Jadi Tema Freefire



Jika korang tengok kedua-dua kek Sha pilih kek yang sama sahaja. Walaupun hanya kek bajet, tapi Sha pilih yang premium kek iaitu kek indulgence. Saiz kek pun Sha ambil saiz paling kecil iaitu 6 inci, maklumlah sambut empat beranak tak boleh besar-besar kan. Kek sebesar ini pun berjaya dihabiskan dalam 2 hingga 3 hari.

Nak Buat Tempahan Kek Hari Jadi Tema Kartun Di Batu Gajah


Buat orang Batu Gajah, Perak kalau sedang mencari kek hari jadi atau kek istimewa lain korang boleh hubungi CikDa Cikpi Bakery & Dessert . CikDa CikPi menyediakan kek bajet, kek birthday, kek kahwin, kek tunang, brownies, cheesetart, cheesekut, cheesecake dan cupcake di sekitar Batu Gajah, Perak.

Selain membuat kek, CikDa CikPi Bakery & Dessert juga menyediakan perkhidmatan fruit bucket with hot air balloon, money bouquet, chocolate bucket with hot balloon dan set bouquet bajet yang lain. Hari tu Sha tak perasan pun perkhidmatan lain, kalau tak boleh ambil set.. ruginyaaaa. Mungkin lain kali bolehlah tempah lagi.

Untuk pengetahuan korang, CikDa Cikpi Bakery & Dessert ini dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin. Hari selasa hingga hari jumaat waktu operasi adalah pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang manakala hari sabtu dan ahad waktu operasi hanya dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

Harga kek hari jadi tema kartun ini pula jika saiz 6 inci macam Sha ambil ini hanya Rm 40 - Rm 45. Sha pun tak pasti kenapa harga berbeza, kek pertama adalah kek Adik Nur harganya Rm45 kemudian barulah Abang Zaryth punya iaitu Rm40. Jika korang ambil kek sponge, korang dah boleh dapat dengan harga Rm25.

Pada siapa nak buat tempahan kek hari jadi, kek kahwin, kek tunang area Batu Gajah bolehlah terus whatapps ke www.wasap.my/60134396488. Semoga dapat bantu korang dapatkan kek untuk majlis korang yang bakal tiba nanti.


Anda ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 

Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam ziarah ya, saya dah follow lama dah blog ni...menarik kek hari lahir

    ReplyDelete
  2. Teliti dan kemas baker ni buat kek. cantik betul kejadiaan kek kartunnya. Harga pun berpatutan. Berbaloi tempah macam ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi