Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pengiraan Menggunakan Tangan Melalui Teknik Aritmetik Memudahkan Pelajar Kuasai Dengan Matematik Lebih Mudah

Pengiraan Menggunakan Tangan Melalui Teknik Aritmetik Memudahkan Pelajar Kuasai Dengan Matematik Lebih Mudah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak sekolah ditutup akibat pandemik covid 19, semua anak-anak terpaksa belajar dari rumah sepenuhnya. Hal ini agak memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak dan juga pengurusan daripada pihak ibu-bapa untuk memastikan pelajaran diteruskan. Sha mempunyai dua orang anak yang sedang belajar di darjah 3 dan pra sekolah. Untuk pembelajaran di Prasekolah iaitu Adik Nur mungkin tidak terlalu sukar berbanding dengan Abang Zaryth yang berada di darjah 3. Agak menjadi satu masalah kerana sesi pembelajaran secara bersemuka hanya beberapa kali sejak darjah 2 sehinggalah kini darjah 3. Salah satu mata pelajaran yang menjadi kelemahan Abang Zaryth adalah subjek matematik. Sebagai jalan usaha untuk membantu Abang Zaryth dalam matematik, Sha telah mendaftarkan Zaryth ke dalam satu kelas tuisyen matematik menggunakan teknik aritmetik.



 

Pengiraan Menggunakan Tangan Melalui Teknik Aritmetik Memudahkan Pelajar Kuasai Dengan Matematik Lebih Mudah

 

Untuk pengetahuan korang, pada mulanya Abang Zaryth tidak dapat menerima pelajaran yang di ajar oleh tenaga pengajar di pusat aritmetik. Hal ini adalah disebabkan Abang Zaryth tidak biasa dengan guru baru, kurang minat terhadap matematik dan takut untuk sertai kawan-kawan baru yang lain.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa kali sesi kelas aritmetik atas dasar paksaan akhirnya Abang Zaryth mula dapat biasakan diri dengan teknik aritmetik. Sha sebagai ibu sangatlah mengharapkan perubahan pada diri Abang Zaryth sebelum sesi persekolahan bermula kembali. Tambah pula Abang Zaryth agak lemah menghafal sifir. Sha bukanlah mahu memberi tekanan kepada anak, tetapi Sha mahu membantu anak untuk belajar dengan lebih mudah daripada memaksa dia menghafal. Jadi Sha telah memilih Pusat Aritmetik Cahaya Minda untuk membantu Sha dan Abang Zaryth.


Apakah Sebab Memilih Belajar Matematik Menggunakan Teknik Aritmetik Bersama Pusat Aritmetik Cahaya Minda?

 



Kelas aritmetik ini telah dikendalikan oleh Cikgu Faridah. Seorang yang sentiasa bersemangat mengajar pelajarnya. Apakah yang menyebabkan Sha memilih Pusat Aritmetik Cahaya Minda sebagai inisiatif untuk pembelajaran matematik untuk anak Sha? Sha ada 5 sebab utama iaitu :

1. Kaedah Pengiraan Menggunakan Tangan

Sebenarnya ini adalah kali pertama Sha mendengar tentang teknik menggunakan jari. Rupa-rupanya kita boleh membuat pengiraan menggunaan jari bagi jumlah nombor 99 dan ke bawah. Yang mana tangan kanan dan kiri mempunyai fungsi berlainan. Fungsi tangan kanan adalah untuk nombor sa manakala tangan kiri untuk nombor puluh.

 

2. Guru berpengalaman menarik minat pelajar

 

Sejak kali pertama hingga kini Sha tertarik dengan cara guru aritmetik ini mengajar. Untuk pengetahuan korang, Abang Zaryth merupakan antara pelajar yang paling kurang memberi respon di dalam kelas. Tetapi Sha bersyukur kerana cikgunya tidak meninggalkan Abang Zaryth keseorangan. Korang juga perlu tahu, guru yang mengajar Abang Zaryth sebenarnya berpengalaman selama 28 tahun dalam bidangnya.


3. Pembelajaran Secara Google Meet

 

Kelas dijalankan menggunakan medim Google Meet yang mana mudah untuk ibu-bapa akses kerana tidak perlu muat naik. Kelas juga tidak terlalu ramai, jadi cikgu boleh tumpu pada semua pelajar semasa sesi pembelajaran.


4. Mementingkan Penyertaan Waris Dalam Memberi Semangat

 

Memandangkan Abang Zaryth agak lemah, jadi cikgu akan bercakap dengan ibu untuk sama-sama memberi semangat kepada anak untuk belajar. Cikgu juga sentiasa berkongsi tips untuk memupuk minat anak kepada matematik. Maklumlah bukan semua ibu pandai matematik, tambah pula Sha pun baru belajar teknik ini bersama Abang Zaryth.


5. Ajar Sampai Pandai

 

Apa yang paling penting, Pusat Aritmetik Cahaya Minda ini akan berusaha memastikan pelajar dapat menguasai matematik. Besarlah harapan Sha supaya Abang Zaryth dapat menunjukkan perubahan positif sepanjang mengikuti pembelajaran aritmetik ini. Sebagai ibu pastilah Sha tidak mahu anak-anak Sha ketinggalan dalam pelajaran.

 

Kesan Belajar Matematik Menggunakan Teknik Aritmetik

 



Alhamdulillah Sha sangat bersyukur, hampir 3 bulan Abang Zaryth mengikuti Kelas Aritmetik ini Sha dapat lihat peubahan positif dalam diri Abang Zaryth. Selepas mengikuti beberapa sesi kelas, Abang Zaryth mula tidak sabar untuk sesi seterusnya. Sekarang Abang Zaryth pula yang mengajar ibu membuat pengiraaan..huhuhu..

Sekarang Abang Zaryth dan rakan-rakan sekelas sedang di peringkat ujian untuk menguji kepantasan mereka menjawab soalan. Kepantasan ini adalah untuk memastikan mereka betul-betul faham dan mereka boleh membuat operasi sifir tanpa menghafal dan operasi bahagi nanti. 

 

Harga Yuran Kelas Aritmetik Pusat Aritmetik Cahaya Minda

 

Untuk makluman, yuran kelas matematik online menggunakan teknik aritmetik ini  adalah sebanyak Rm 150/sebulan. Pada Sha jumlah ini adalah berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Kelas pula dijalankan sekali seminggu bermaksud setiap bulan anak-anak akan mengikuti kelas sebanyak 4 kali. Masa kelas pula boleh dibincang bersama pihak pusat aritmetik. Macam Abang Zaryth kelasnya pada waktu petang, jadi waktu pagi mereka PdPR.

 

Cara Mendaftar Tuisyen Matematik Online Pusat Aritmetik Cahaya Minda

 



Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kelas aritmetik dan ada juga sedikit penerangan tentang teknik tersebut di facebook rasmi Pusat Aritmetik Cahaya Minda. Selain itu, ibu-bapa diluar sana boleh sahaja menghubungi pihak mereka di link ini http://www.wasap.my/60184662805/AritmetikCahayaMinda.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi