8 Senarai Hotel Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak negara kita memasuki Fasa 3, Fasa 4 dan juga kita semua telah dibenarkan merentas negeri, seronok Sha tengok kawan-kawan kongsi percutian mereka terutamanya saat-saat berjumpa ahli keluarga tersayang yang dah lama tidak berjumpa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin ramai yang sudah melepaskan rindu dan ada yang masih menunggu masa yang sesuai untuk ke destinasi masing-masing.
8 Senarai Hotel Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu
Setiap kali bercuti pastinya kita akan membuat perancangan terperinci agar percutian nanti menarik dan meninggalkan kenangan manis kepada kita dan keluarga. Kebiasaaannya yang teruja mencari tempat bercuti adalah kaum wanita? Ehhh betul ke macam tu? Kalau keluarga Sha, Sha dan suami sama-sama cari. Kalau jumpa tempat menarik, kami akan bincang pro dan kontra kemudian sepakat memilih mana satu tempat best untuk bercuti.
Memandangkan Sha bermastautin jauh dari kampung halaman, jadi bila balik kampung kami ambil peluang untuk bawa mak dan adik-adik kat kampung keluar bercuti walaupun tak jauh dari rumah. Seperti yang diketahui ramai, Negeri Terengganu mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Jadi bagi Sha tidak terlalu menjadi masalah untuk buat program santai bersama keluarga.
Kali ini disebabkan kita semua baru boleh keluar rumah dan bercuti, Sha ambil keputusan untuk membawa keluarga untuk sama-sama ubah angin untuk tidur di hotel sahaja. Maklumlah bukan Mak dan adik-adik pun bosan dah duduk rumah, dan mereka selalunya pergi jalan-jalan jauh sikit bila Sha ada bersama mereka sahaja. Jadi sebelum balik kampung Sha nak survey beberapa hotel yang ada kolam mandi di Kuala Terengganu.
Hotel Dengan Kolam Mandi Di Kuala Terengganu.
Untuk pengetahuan korang di antara 8 hotel dengan swimming pool di Kuala Terengganu ini sebenarnya hanya satu hotel sahaja yang Sha pernah menginap. Jadi yang lain-lain akan dijadikan rujukan dan hala tuju kemudian hari. Wahhh dah siap berangan nanti nak pergi gayanya kan? Kalau ada rezeki lebih apa salahnya kan?
1# Kolam Mandi Di Duyong Marina & Resort Kuala Terengganu
2# Kolam Mandi Di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
3# Kolam Mandi Di Hotel Raia Kuala Terengganu
4# Kolam Mandi Di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
5# Kolam Mandi Di Terengganu Equestrian Resort
6# Kolam Mandi Di Hotel SUMAI Apartment
7# Kolam Mandi Di Hotel Tanjong Vista
8# Kolam Mandi Di Hotel Grand Puteri
Tempah Hotel Ada Kolam Renang Di Kuala Terengganu
Untuk tempahan dan maklumat lanjut tentang 8 hotel di atas korang boleh sahaja klik pada gambar yang Sha lampirkan. Semoga dapat membantu korang merancang percutian ke Terengganu nanti.
Di antara kelapan-lapan hotel ini, hotel yang Sha pernah menginap adalah Raia Hotel & Covention Centre Terengganu yang mana sebelum ini dikenali sebagai Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu. Pada Sha hotel ini selesa dan swimming pool nya pun sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Jadi amat sesuai untuk percutian keluarga.
3 Comments
Cantik2nya pool dorang! Kalau ada anak memang cari pool. Tq sha sharing..:)
ReplyDeletelawa la haii.. rindunya nak ke terengganu
ReplyDeletemolek blako. tq share. boleh ke sana kalau smpai ke ganu
ReplyDeleteturunkan berat badan
resdung
maternity pants
blouse mengandung
plus size mengandung
Terima Kasih Daun Keladi