Hot Posts

6/recent/ticker-posts

3 Cara Dan Ikhtiar Mengubati Tulang Patah Dan Retak

Cara Dan Ikhtiar Mengubati Tulang Patah Dan Retak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Sha berada di fasa kepulihan sepenuhnya daripada tulang jari kaki patah pada 1 September 2021 yang lepas. Cantik kan tarikh tragedi 1 september tu, huhuhu.


Walaubagaimanapun kejadian ini banyak memberi pengajaran kepada diri Sha sendiri. Kesilapan sendiri telah menyusahkan orang sekeliling, terutamanya diri sendiri, suami dan rakan sekerja. InsyaAllah selepas ini Sha akan lebih beringat setiap tindakan akan ada kesannya. Sha ingin berkongsi dengan korang antara usaha Sha lakukan untuk pulihkan tulang patah.


Untuk pengetahuan korang, dalam tempoh rehat Sha selama 2 bulan ini Sha telah melalui tempoh yang agak bosan kerana tidak bebas bergerak seperti biasa. Seperti yang Sha ceritakan sebelum ini pengalaman Sha patah tulang, tetapi disebaliknya Sha juga ada membuat perubatan lain selain pergi ke hospital.





3 Cara & Ikhtiar Ubati Tulang Patah



1# Cara Ubati Tulang Patah Cara Islam

Indahnya Islam, patah tulang pun ada ayat Al-Quran yang kita boleh amalkan sebagai usaha supaya tulang cepat baik selain kita tidak putus berdoa. Ayat atau doa yang kita boleh baca adalah ayat 78-79 surah yassin.


Doa Merawat Tulang Patah Atau Retak




Sha biasa amalkan sebelum tidur dan selepas bangun tidur sambil usap lembut pada tempat yang patah. Yakinlah setiap penyakit ada penawar, mudah-mudahan kita sentiasa diberikan kesabaran dalam setiap ujian kesakitan. Jadi marilah sama-sama amal doa rawatan patah tulang ini jika korang sedang mengalaminya.



2# Cara Ubati Tulang Jari Kaki Patah Cara Moden


Backslab


Pada Sha dengan cara pergi ke hospital adalah cara moden. Hal ini adalah kerana ini cara paling cepat kita akan terfikir, bila sakit kita ke hospital dan jumpa doktor. Ya, pengalaman 8 minggu bergerak dengan simen di kaki agak memberi kesan kepada Sha dari beberapa segi tak kiralah dari segi fizikal dan mental.

Setiap kali berjumpa doktor, kaki akan di simen selagi tulang tidak bercantum elok. Bekalan ubat yang dibekalkan adalah ubat bengkak (jika perlu), ubat tahan sakit (jika perlu) dan juga kalsium. Selain mengambil kalsium yang doktor bekalkan Sha juga mengamalkan susu biasa dan juga susu kambing. Syukur sangat Sha tak perlu plaster sepenuhnya tetapi hanya backslab.



3# Cara Ubati Tulang Jari Kaki Patah Cara Tabib Cina




Selain berdoa dan teruskan rawatan patah tulang secara moden, kita juga boleh mencuba perubatan cina. Di kawasan tempat tinggal Sha terdapat seorang tabib cina yang menjalankan rawatan patah tulang dan beliau cukup terkenal sebagai bomoh patah di Batu Gajah, Perak. Sha tak pasti siapakah nama beliau, tetapi bolehlah cuba ikhtiar.


Rawatan yang beliau menggunakan krim khas dan sejenis daun dibalut pada bahagian patah. Untuk mendapatkan rawatan beliau, korang perlu datang awal pagi untuk dapatkan nombor giliran. Rawatan patah di Batu Gajah, Perak bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. Setiap kali rawatan caj bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 45.00.


Selepas siap dibalut bahagian yang patah, korang akan disarankan untuk minum air pegaga kerana dikatakan ubat krim yang diletak pada bahagian patah sedikit 'panas'. Jika korang nak beli terus dengan sifu pun boleh, setiap pagi akan ada yang hantar air pegaga dalam botol dengan harga RM5 sebotol. Air pegaga ini juga dikatakan baik untuk kepulihan tulang patah.



Mengubati Tulang Yang Patah


Walau apa pun semoga yang sedang dalam usaha memulihkan tulang yang patah didoakan korang cepat sembuh. Berdasarkan pengalaman, orang patang tulang kaki ini perlu perbanyakkan bersabar kerana pergerakkan akan menjadi terbatas dan terhad. Sepanjang tempoh ini ahli keluarga terdekat perlu memberi sokongan kuat sementara mereka pulih seperti sedia kala.

Post a Comment

13 Comments

  1. tak pernah lagi patah tulang, tapi adik MY patah kaki... memang banyak petua yang dibuat...hospital pergi juga... cuma tak berurutla... sebab bukan terkehel..patah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. sha pun xde berurut.. sebab patah kan.. doktor xbagi sentuh pun.. huhu

      Delete
    2. aah.. sha pun xde berurut.. sebab patah kan.. doktor xbagi sentuh pun.. huhu

      Delete
  2. Ramai gak yang pergi ke tabib cina kat bt.gajah tu berubat. Syu satu family panggil bomoh patah jer. Hi3.

    ReplyDelete
  3. Lahai siannya dia.. moga cepat sembuh sha.. Nice sharing sha..

    ReplyDelete
  4. Cepat sembuh ya wak... Seksa pergerakkan terbatas kan.. Take care ya

    ReplyDelete
  5. usaha selagi daya. slagi boleh. semoga cepat2 diberi kesembuhan asbab segala ikhtiar. amiinnn

    ReplyDelete
  6. bagus perkongsian ni, nanti boleh rujuk semula. semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  7. semoga dapat pulih sepenuhnya..

    kesian juga kerana nikmat kesihatan sudah dikurangkan sedikit

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi