Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Memo Notice Board Murah Tapi Nampak Kemas

Memo Notice Board Murah Tapi Nampak Kemas | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu lepas masa tengok anak-anak tengah PdPR Sha terdetik nak buat dekorasi sikit pada bilik Abang Zaryth dan Adik Nur. Maklumlah lama tak mengubah apa-apa dalam bilik mereka, cuma Sha sediakan meja dan kerusi untuk anak-anak belajar. Bila masa nak letak nota kat dinding menjadi sedikit  masalah pada Sha. Bila timbul masalah, mulalah ibu berkira-kira untuk mencari sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah.


Memo Notice Board Murah Tapi Nampak Kemas

Akhir Sha dapat ubahsuai sedikit bilik anak-anak terutamanya bilik Abang Zaryth yang mana ruang dindingnya yang memang tahap wajib ubah dah. Maklumlah apa yang ada pada dinding bilik Abang Zaryth hanya sesuai pada umurnya 4-5 tahun. Sekarang Abang Zaryth dah umur 9 tahun jadi kenalah ubah ikut umur dia. Jika sebelum ini Sha menggunakan papan nota yang kecil untuk lekatkan jadual sekolah, kali ini Sha tukar dengan papan nota yang lebih cantik dan kemas.

Sebelum
 
Selepas
 

Sha memang tak ada seni menghias bilik, jadi kita tukar sikit-sikit sahaja..ahahahah Nampak macam kena tambah lagi softboard ni, sebab nampak macam kosong. Tapi yang penting selepas ini mudah Abang Zaryth nak letak nota ataupun letak gambar dia. Soft ini senang sahaja sebabnya hanya menggunakan paku tekan. Paku tekan pun sekarang ada macam-macam bentuk yang comel.

Memo Board Untuk Bilik Anak

Bukan setakat bilik Abang Zaryth ada memo board baru, bilik Adik Nur dan workstation Sha pun Sha dah bertukar kepada softboard berwarna-warni ini. Memandangkan memo softboard ini ada bermacam warna, jadi bolehlah Sha beli mengikut warna bilik anak-anak. Untuk Abang Zaryth Sha gabungkan antara warna putih dan warna biru. Manakala bilik Adik Nur semestinya warna merah jambu dan Sha padankan dengan warna kelabu lembut.

Bilik Nur


Memo Softboard Untuk Kegunaan Pejabat

Alang-alang dah beli untuk anak-anak, Sha pun tumpanglah sekaki. Papan nota yang sedia ada di pejabat asyik bergerak je, nak gantung tak ada ruang jadi memang sangat sesuailah Sha ambil sekeping untuk letak dekat workstation Sha. Bila dah lekat pada CPU saiz besar sebelah monitor ni, nampak lebih kemas daripada sebelumnya. Saiz memo softboard ini adalah 30cm x 30cm sangat cun dengan ruang kerja Sha.

Contoh Dekorasi Menggunakan Photo Wall Memo Notice Board




Softboard Cantik Dan Mudah Pasang

Memang mudah nak pasang. Softboard nota ini hanya menggunakan double side tape yang sedia ada pada bahgian belakang, jadi bila dah dapat terus boleh pasang. Cantik kan? Kalau korang nak beli korang beli kat kedai shopee ini ------------> https://shp.ee/yjr5giy

Penghantaran pun cepat, Sha order pada 12 ogos 2021 dan pada 13ogos 2021Sha dah terima barang. Alhamdulillah. Korang dah berangan atau dah rancang nak letak ruang mana tu? Orang sekarang ramai kerja dari rumah kan? Masing-masing mesti dah punya ruang kerja sendiri dekat rumah. Jadi bila nak letak nota kecil-kecil boleh laa letak kat softboard dinding ini.

Post a Comment

11 Comments

  1. idea yang menarik la, kaella baru dapat tahu idea ni, nak kena pergi mr.diy jugak nak beli camtu hihi cantik jer jadi softboard macam tu.

    ReplyDelete
  2. niceee
    pinkk tu comel
    senang nk tgk notes yg penting tu

    ReplyDelete
  3. Interesting jugak guna soft board tu mcm tu. Selalu guna utk jadi background amek video. Nice!

    The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. Wahh, idea menarik nie.. akhirnya awak berjaya meracun fikiran saya... hihihi

    ReplyDelete
  5. comeelnya sha, amboi model kecik dik nur tu kan main lagi yer... :)

    ReplyDelete
  6. sy hari tu ada plan juga nak beli ini.. sbb nampak simple ja.. murah lagi..

    ReplyDelete
  7. Menarik juga ni. Ada nampak tapi tak terfikir pula mcm ni.

    ReplyDelete
  8. Eh,cantiklah.Boleh lah beli. Senang nak tepek memo & notes😁. Mekaseh share.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi