Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Amalan Almarhumah Siti Sarah Yang Patut Dicontohi

5 Amalan Almarhumah Siti Sarah Yang Patut Dicontohi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari isnin yang lepas iaitu pada 9 Ogos 2021 seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal tanah air iaitu Almarhumah Siti Sarah Binti Raisuddin pada jam 5.13 pagi. Berita pemergian arwah telah disampaikan oleh suami beliau Shuib Sepahtu melalui siaran instagram. Almarhumah Siti Sarah telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos 2021 akibat kekurangan oksigen. Untuk makluman Siti Sarah sekeluarga telah menjalani kuarantin kerana dijangkiti covid-19. 


Sedikit Kronologi Sebelum Siti Sarah Menghembus Nafas Terakhir

Pada 6 ogos 2021, Almarhumah Siti Sarah telah dipindahkan ke wad ICU iaitu Unit Rawatan Rapi kerana keadaannya yang tidak stabil dan tidak baik. Pada hari itu juga arwah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cahaya mata yang ke-4 beliau yang baru berusia 7 bulan. Siti Sarah tidak sedarkan diri dan terus tidur sehingga dijemput Ilahi pada 9 Ogos 2021. 9 Ogos merupakan hari terakhir bulan Islam Zulhijjah sebelum memasuki tahun baru Islam 1 Muharram 1443H.

Apa yang Sha nak kongsikan disini bukanlah kerana arwah seorang penyanyi terkenal. Sha percaya pemergian Siti Sarah pada isnin lepas sangat memberi kesan kepada seluruh insan yang mempunyai hati nurani. Selepas perginya Siti Sarah, ramai rakan kenalan arwah bercerita tentang kebaikan arwah dan ramai orang mendoakan beliau. Yang terbaru di Kota Suci Mekah juga diadakan solat jenazah ghaib untuk arwah. Allahuakbar, bagi Sha itu bukan calang-calang penghormatan untuk arwah di dunia. Jika arwah bukan orang baik, tidak akan mendapat keistimewaan sebegini.

Bukan sahaja rakan-rakan membongkar kebaikkan Siti Sarah, tetapi yang pastinya rakyat Malaysia menanti perkongsian daripada suami kesayangan Siti Sarah iaitu Shuib Sepahtu. Pada malam hari selepas Siti Sarah menghadapi Ilahi, Shuib telah membuat satu live untuk merakam terima kasih kepada yang mendoakan Siti Sarah selama ini dan telah berkongsi tentang keperibadian Siti Sarah selama berkongsi hidup hampir 11 tahun.

Banyak sebenarnya nak diceritakan tetapi kita ambil 5 amalan baik Siti Sarah yang patut kita contohi. Cara pemergian Siti Sarah amatlah dicemburui setiap orang Islam yang menginginkan pengakhiran yang baik.

5 Amalan Almarhumah Siti Sarah Yang Patut Dicontohi

1# Bangun Awal Subuh

Waktu subuh adalah pembuka pintu rezeki. Kemudian bertahan untuk solat dhuha. Membaca surah Al-Waqiah siang dan malam kerana janji Allah SWT tidak akan ditimpa kepapaan pada siapa yang membacanya. Jika tidak pandai baca, dengarlah supaya lama-lama nanti akan hafal (bersangka baik pada Allah SWT, yakin Allah SWT akan membantu dalam apa cara sekalipun walaupun dalam keadaan yang tidak tercapai dek akal).

2# Bersedekah

Walau kita tidak cukup, bersedekahlah. Sebab janji Allah SWT jika kita bagi satu, Allah SWT akan gandakan berlipat kali ganda. Sebelum membantu orang luar, kita perlu tengok orang sekeliling kita terlebih dahulu terutamanya ibu ayah dan adik-beradik.

3# Suami Isteri Jangan Bergaduh

Untuk mengelakkan pintu rezeki tertutup. Apa yang kita nak supaya malaikat rahmat sentiasa ada mendoakan rumah tangga kita. Selalu menyokong suami dan meyakinkan suami yang dia dapat bantu keluarga. Keyakinan suami akan meningkat berkali ganda sekiranya isteri menjadi pendukung positif bagi suami. Keyakinan juga boleh jatuh berkali ganda jika isiteri sentiasa melontarkan kata-kata buruk kepada suami.

4# Bersyukur

Dengan bersyukur kita akan rasa sentiasa cukup. Siapa yang bersyukur Allah SWT akan menggandakan rezeki kita. Apabila cukup kita tidak komplen. Berhenti daripada suka komplen. Beringat, negatif tidak menarik positif dan rezeki adalah perkara positif.

5# Tidak Mudah Marah

Marah itu kesukaan syaitan. Jadi benda kecil pun nak marah, cepat naik hantu. Kuncinya adalah SABAR. Kita mahu malaikat sentiasa mendoakan kita.

Lain-lain Contoh Yang Kita Boleh Ambil Sebagai Tauladan



Selain 5 amalan diatas, Sha juga suka melihat kehidupan Siti Sarah sekeluarga yang berkasih-sayang. Cemburu walaupun usia perkahwinan Siti Sarah dan Shuib lebih lama daripada Sha tetapi kemesraan itu masih segar. Padahal kehidupan mereka mungkin lebih sibuk daripada hidup Sha sendiri. Jarang melihat video masing-masing berseorangan, banyak video bersama.

Pendek kata daripada apa yang kita nampak, kesimpulannya adalah menjaga apa yang Allah SWT suka. Menjaga hubungan dengan Allah SWT dan juga menjaga hubungan sesama manusia. InsyaAllah berbekalkan apa yang kita tengok di instagram dan media sosial lain tentang Siti Sarah yang ramai kongsikan, kita boleh ambil sebagai contoh. Mudah-mudahan pengakhiran kita di dunia ini juga secantik pemergian beliau.

Post a Comment

3 Comments

  1. Sehabais baik dan seboleh mungkin kita usahakan.

    ReplyDelete
  2. Aamiin.. indahnya akhlak seorang Siti Sarah Raissuddin ni.. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  3. Subahanallah..baik nya kita amalkan seperti apa arwah amalkan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi