Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Membuat Potongan Direct Debit Bank Ke Akaun Tabung Haji

Cara Membuat Potongan Direct Debit Bank Ke Akaun Tabung Haji Melalui ThiJARI | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Korang dah daftar tabung haji online ? Setiap bulan Sha menggunakan potongan gaji melalui slip gaji untuk masuk terus ke akaun tabung haji Sha dan mak Sha (Potongan untuk arwah ayah automatik masuk ke akaun Sha selepas arwah ayah pulang ke Rahmatullah ). Cara ini sahaja yang membantu Sha menabung secara konsisten.

Selain membuat setting pada perbankan online yang ada seperti melalui cimbclicks dan maybank2u, ada satu cara lagi untuk kita menabung secara konsisten. Cara itu adalah melalui akaun ThiJARI sendiri.


Cara Membuat Potongan Direct Debit Bank Ke Akaun Tabung Haji Melalui ThiJARI




Pertama sekali kita perlu daftar masuk ke akaun ThiJARI terlebih dahulu. Bila dah masuk ke akaun, di sebelah kiri korang akan ada beberapa pilihan. Untuk membuat potongan direct debit dari akaun bank ke Tabung Haji kita pilihan Pindahan. 



Bila pilih Pendaftaran Direct Debit - Bank Ke Akaun Tabung Haji korang akan nampak halaman seperti gambar diatas. Untuk pilihan akaun TH, kita boleh buat potongan sama ada masuk ke akaun kita atau akaun anak-anak yang mana korang adalah pendeposit.

Korang boleh tetapkan amaun yang korang rancang untuk potongan setiap bulan ke dalam mana-mana Tabung Haji yang telah korang pilih diatas tadi. Tabung Haji telah tetapkan potongan adalah sebanyak satu kali setiap bulan.

Senarai Akaun Bank Yang Boleh Buat Direct Debit Ke Akaun Tabung Haji :

1. Affin Bank

2. AGRONet

3. Alliance Bank (Personal)

4. Ambank

5. Bank Islam

6. Bank Muamalat

7. Bank Rakyat

8. BSN

9. CIMB Clicks

10. Hong Leong Bank

11. HSBC

12. KFH

13. Maybank2E

14. Maybank2U

15. OCBC Bank

16. Public Bank

17. RHB Bank

18. Standard Chartered

19. UOB Bank


Pindahan Secara Online Lebih Memudahkan.

Pada zaman pandemik covid-19 ini, pergerakan kita agak terbatas sehinggakan jarang sekali ke mesin atm untuk mengeluarkan wang tunai. Setiap kali membeli barang rumah pun kebanyakkan kita menggunakan kad debit sahaja. Jadi dengan menetapkan potongan ke akaun simpanan seperti ini sangat membantu kita dapat menabung walaupun tidak ke kaunter Tabung Haji.

Sebelum ini mudah tidak perlu ke kaunter, kita hanya perlu ke mesin CDM untuk menyimpan di Tabung Haji. Tetapi kini lebih mudah dengan perbankan online.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi