Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Macam Mana Cara Nak Periksa Baki Akaun Tabung Haji Secara Online

Macam Mana Cara Nak Periksa Baki Akaun Tabung Haji Secara Online | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Siapa ada akaun Tabung Haji ? Majoriti orang Islam pasti ada akaun Tabung Haji bukan? Sebenarnya beberapa tahun lepas Sha memang menggunakan kemudahan tabung haji online, tetapi tak lama selepas itu laman web tersebut tidak berfungsi. Baru-baru ini Sha menemani kawan opis ke Tabung Haji, terasa ringan mulut nak tanya tentang ThiJARI, kakitangan Tabung Haji maklum boleh periksa di ThiJARI sahaja. Dengan itu, tahulah Sha ThiJARI masih berfungsi.

THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH yang mula beroperasi pada Rabu, 5 Februari 2020. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.


Cara Check Baki Akaun Tabung Haji Melalui ThiJARI

Sebelum kita check baki akaun kita, kita kenalah mendaftar ThiJARI terlebih dahulu. Pendeposit juga perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter Tabung Haji. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit Tabung Haji diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.


Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

Tiga langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:


  • Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).

  • Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.

  • Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.





Sebelum mendaftar masuk, pastikan ada buku akaun tabung haji bersama. Jika korang ingat no akaun tabung haji boleh teruskan mendaftar.




Selepas mendaftar masuk, korang boleh melihat baki akaun Tabung Haji korang pada Ringkasan Akaun. Memandangkan Sha pendeposit kepada anak-anak Sha, jadi Sha juga boleh tengok baki akaun anak-anak Sha.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di ThiJARI

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem aplikasi THiJARI di telefon bimbit adalah sama seperti laman sesawang THiJARI. 


  • Urusan Simpanan dan Pengeluaran
Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun, melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga), melakukan pindahan simpanan dari akaun bank ke akaun TH serta melakukan Pendaftaran dan Penyelenggaraan Direct Debit melalui akaun bank ke akaun TH. Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

  • Pembukaan Akaun Baru
Sebagai salah satu penambahbaikan THiJARI, TH telah menambah satu perkhidmatan baru dalam THiJARI iaitu bakal pelanggan TH kini boleh membuka akaun baru TH untuk dewasa dan kanak-kanak bagi memudahkan urusan proses pembukaan akaun TH.

  • Urusan Haji
Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

  • Rayuan Haji
Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan Aplikasi THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.


  • Penamaan/ Hibah Amanah
Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/ Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak.


Memandangkan zaman sekarang kebanyakkan online, Sha rasa setiap orang patut mendaftar dengan ThiJARI untuk melihat status-status yang ada dalam ThiJARI seperti maklumat bakal panggilan haji korang nanti.

Walaubagaimanapun terdapat perbezaan antara melayari ThiJARI melalui laman web dan aplikasi ThiJARI pada telefon pintar korang. Jadi sebelum korang muat turun aplikasi ThiJARI, pastikan korang mendaftar terlebih dahulu melalui www.thijari.com.my. Hal ini kerana di aplikasi korang tak boleh melakukan aktiviti tersebut iaitu : Pendaftaran Baru Ahli ThiJARI | Daftar & Papar Akuan Kegemaran | Kemaskini Butiran, Tukar Kata Laluan dan Gambar Keselamatan | Melihat Pengumuman atau berita mengenaik ThiJARI.


Maklumat lain berkaitan Tabung Haji

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Memudahkan pemegang akaun..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi