Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Biskut Onde Onde Menggunakan Sukatan Cawan

Resepi Biskut Onde Onde Menggunakan Sukatan Cawan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selepas PKP diumumkan bermulah episod berada di rumah. Bila dah masing-masing banyak masa di rumah, jadi bagi yang suka masak, bermacam-macam resepilah dicubanya. Kali ini Sha nak kongsikan satu resepi biskut yang dibuat oleh adik bongsu Sha di kampung. Ceritanya adik minta Sha order barang di Shopee untuk buat Biskut Onde-Onde. Ingatkan di Malaysia ini hanya ada kuih Onde-Onde, rupanya sekarang sudah ada biskut Onde-Onde.

Macam biasalah, Sha pun orderkan bahan-bahan yang adik Sha nak ke kampung. Tak apalah kan, Sha sokong sahaja adik sorang tu nak memasak. Selepas SPM tak buat apa-apa lagi, tolong jaga Mak kat kampung dengan soerang lagi adik. Kalau korang nak tahu, adik bongsu Sha memang suka dan pandai memasak. Selalu Sha balik kampung pun dia yang banyak masak, huhuhu. Jadi untuk hari ini Sha nak kongsi resepi biskut onde-onde yang telah berjaya dibuat oleh Ee's Kitchen.




Resepi Biskut Onde Onde Mengikut Sukatan Cawan


Resepi biskut kali ini disukat menggunakan cawan sahaja. Kenapa Sha tak buat sendiri biskut? Bukan apa, tak tahulah mana silapnya, selalu tak menjadi. Sampai tahap bila Sha sebut nak buat biskut, suami Sha cakap dia sanggup beli kuih atau biskut untuk Sha makan dari Sha susah-susah buat. Tapi bila adik Sha bagi resepi menggunakan sukatan cawan ni macam boleh buat, jadi kita simpan resepi terlebih dahulu. Jom kita tengok apa bahan-bahan utama untuk buat biskut Onde-Onde.

Bahan-Bahan Untuk Biskut Onde-Onde :

-tepung gandum (2 cawan)(diayak)

-marjerin (1 cawan)

-gula kastor (1 cawan)

- telur (1 biji)

-emulco pandan (1/2 sb)

-pewarna hijau (1 sudu sb)

-kelapa parut panggang hawaii

-Gula melaka (diracik halus)


Cara-cara membuat biskut Onde-Onde :

1) campurkan marjerin dan gula kastor di dalam mangkuk adunan dan gaul sehingga sebati tak perlu kembang ye

2) masukkan telur dan gaul rata

3) masukkan pula emulco pandan dan pewarna hijau,gaul adunan sehingga sebati

4) masukkan tepung kedalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan menjadi doh

5) masukkan doh tadi kedalam acuan paip dan paipkan keatas baking paper yang dah digriskan dgn sedikit marjerin

6) taburkan gula melaka dan kelapa panggang hawaii keatas biskut

7) Bakar biskut pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (mengikut tetapan oven masing masing ye)

8) Biskut siap dibakar dan boleh dihidang dengan teh panas atau simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama


Macam mana? Ada rupa kuih onde-onde tak? Yang penting dua-dua warna hijau, warna kegemaran Sha. Aduhh, tiba-tiba terasa nak makan kuih onde-onde pulak. Kalau teringin kena buatlah kan? Agak-agak menjadi tak Sha buat kuih? Jika korang suka makan biskut, bolehlah cuba buat biskut onde-onde ini. Mungkin ada yang pernah tengok, pernah makan dan tahu buat tapi Sha sebagai yang bukan penggemar biskut inilah kali pertama Sha tahu pasal biskut onde-onde.


Post a Comment

2 Comments

  1. wow.macam sedap.tak pernah lagi try buat biskut onde2.bolehlah try nanti.barang biskut pun ada lagi dekat dapur.hi3

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap la pulak nih, thank you share resepi..boleh try nanti nihh

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi