Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rahsia Kulit Nampak Glowing Dan Natural Bersama CC Cream Hansaegee Nature

Rahsia Kulit Nampak Glowing Dan Natural Bersama CC Cream Hansaegee Nature | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebut tentang kecantikan, semua orang nak cantik. Sebab itulah pelbagai produk kecantikan atau rawatan lain untuk cantik sangat banyak berada di pasaran. Sha secara jujurnya kalau yang kenal Sha kat luar, memang tahu Sha pergi kerja pun tak pakai apa-apa produk. Tambah pula suami Sha jenis tak galakkan Sha bermake-up. Tapi itulah kita perempuan nak nampak cantik walaupun tak make up. Jadi Sha kena carilah produk yang membuatkan wajah Sha nampak cantik walaupun tuan dia tak cantik..ahahahaha.


Maksud Kulit Muka Glowing

Kita jangan salah faham bila sebut kulit glowing, dia tak kiralah kulit korang putih ke gelap ke. Apa yang dimaksudkan dengan glowing adalah kulit yang cantik semula jadi, berseri-seri, flawless dan nampak gebu. Biasanya Sha suka juga tengok kulit muka orang, kadang-kadang jumpa juga yang pakai produk sampai nampak pelik sebab tak kena dengan kulit muka sendiri. Pendek kata gelap tapi pakai produk yang lebih cerah, kemudian kulit nampak macam tak sekata. Korang pun mesti tak nak kan kulit nampak tak natural. jadi kita kenalah cari produk untuk kulit nampak sekata.


Rahsia Kulit Nampak Glowing Dan Natural Bersama CC Cream Hansaegee Nature

Kali ini Sha excited nak kongsi dengan korang satu produk yang membuatkan wajah Sha nampak glowing. Jika korang follow Sha di instagram, mesti korang perasan Sha ada kongsikan satu video yang mana Sha sedang memakai Gold Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature. Video itu menunjukkan cara Sha pakai dan perbezaan bila Sha blend CC Cream pada kulit wajah Sha.

Baiklah, Sha nak kenalkan pada korang produk yang membuatkan Sha rasa cantik glowing ini. Perasan! Tapi serius Sha suka. Produk yang Sha maksudkan adalah Gano Gold CC Cream yang dikeluarkan oleh Hansaegee Nature. Untuk pengetahuan semua Hansaegee Nature merupakan jenama dari Korea, bahan-bahan yang digunakan mestilah yang terbaik kan. Sejak Sha dapatkan CC Cream ini memang hari-hari Sha keluar rumah mesti kena pakai.

Tentang Gold Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream  boleh dikatakan krim All In One. Ia berfungsi seperti namanya iaitu Control Color dan membuatkan kulit wajah kita nampak bercahaya secara semula jadi. Walaupun kita nampak CC Cream ini berwarna putih, tetapi selepas kita sapu rata pada kulit ia akan berubah mengikut warna kulit kita.

Jadi korang tak perlu risau kerana kulit kita tak akan nampak bercapuk atau bertompok-tompok. Malah kulit muka lebih nampak anggun dan bercahaya sepanjang hari. Selain itu, CC Cream ini juga anti-kedut, berfungsi melindungi daripada sinaran matahari dengan SPF50 PA+++. Paling penting ia mengekalkan kelembapan kulit seharian, malah tidak berminyak dan tidak melekit.


Fungsi utama Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Untuk pengetahuan korang, walaupun Sha tak make up tapi Sha tak suka kulit Sha nampak kusam bila berhadapan dengan orang lain. Sha juga jarang ambil tahu tentang produk kecantikan ini kecuali ada kawan yang buat berkongsi cerita.

Akibat Sha tidak biasa mengenakan apa-apa wajah, hari pertama Sha cuba CC Cream ini ada seorang kawan menegur kulit Sha. Dia perasan kulit Sha nampak glowing dari biasa dan bila Sha beritahu Sha pakai CC Cream Hansaegee Nature dia cakap elok produk ini kerana kulit Sha tak nampak berminyak pun. 

Memang betullah fungsi CC Cream Hansaegee ini iaitu :

  • Membantu menyeimbangkan dan memperbetulkan tona kulit kita secara natural.
  • Membantu memberi perlindungan cahaya matahari dengan SPF 50+++
  • Membantu menjadikan kulit menjadi lebih lembut dan bercahaya.


Kenapa Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature Terbaik?

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature terbaik kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan terbaik. 3 bahan utama yang ada dalam CC Cream ini adalah :

“Mineral Water” – Fungsi Mineral Water adalah untuk mengimbangi PH kulit wajah. Menguatkan kulit dari dalam, mengaktifkan vitamin untuk kulit dan  meningkatkan keanjalan kulit.


“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” -  Meredakan kegatalan pada kulit, kesan anti-bakteria, melegakan masalah kulit.

 
“Nano Gold” – Berfungsi untuk mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah, aktiviti antimikrob yang tinggi. Nano Gold juga bersifat antioksidan yang tinggi.


Penggunaan Nano Gold CC Cream

Sha suka nak kongsi juga dengan korang kenapa Sha suka sangat CC Cream ni, bagi orang yang simple macam Sha memang semua nak mudah dan cepat. Jadi memang sangat sesuailah kerana ianya mudah dipakai. Nak pakai CC Cream TAK PERLU menggunakan berus, hanya menggunakan jari korang pun dah boleh bersiap cantik.


Korang jangan risau, walaupun krim ini berwarna putih, tetapi selepas korang calit dan ratakan di seluruh wajah korang ia akan berubah. Apabila kita blend CC Cream pada kulit dan ia akan berubah mengikut warna kulit korang. CC Cream akan bekerja untuk menyeimbangkan warna kulit, jadi ia akan nampak glowing secara semula jadi. Selepas ini tak ada alasan lagilah Sha malas ke, Sha tak nak cantik-cantik ke kalau keluar rumah.


Nah, korang boleh tengok beza antara kulit yang tanpa blend CC Cream berbanding dengan yang telah dibelnd dengan CC Cream. Kulit nampak lebih glowing kan?

Kesan Selepas Memakai CC Cream Hansaegee Nature Yang Mudah Dan Pantas

Macam yang katakan sebelum ini, dengan CC Cream Hansaegee Nature ia telah mengubahkan sedikit pandangan Sha pada CC Cream, yang mana sebelum ini Sha takut nak pakai krim. Bukan apa, kadang-kadang bila tengok orang pakai jadi bercapuk tambah pula Sha jenis yang mudah berpeluh. Suami pulak tak suka tengok muka Sha pelik-pelik. Tapi dengan CC Cream ini Sha yakin untuk pakai ke mana-mana. Malah ia membuatkan kulit Sha nampak lebih ceria dan tidak kusam seperti biasa. Pori-pori pada wajah pun tak nampak sangat, memang tutup cela kat muka ni.


Di sini Sha kongsikan kesan bila kulit yang diblend dengan CC Cream Hansaegee Nature apa bila terkena air maksudnya kesan apabila kita berpeluh. Apabila Sha lap menggunakan tisu, kesan CC Cream pada kulit masih ok dan tidak bercapuk.


Untuk korang yang masih mencari-cari CC Cream yang sesuai untuk wajah korang, apa kata korang pun cuba CC Cream Hansaegee ini. Setakat ini Sha memang puas hati bila pakai CC Cream ini bila keluar rumah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang CC Cream ini korang boleh ke laman-laman di bawah untuk keterangan lanjut.

Hansaegee Nature



Post a Comment

4 Comments

  1. produk ni simple je kan, tapi effect dia mmg awesome.

    ReplyDelete
  2. Menarik juga . CCL pernah try cleanser bubble hansagee . Cc cream belum try lgi

    ReplyDelete
  3. Glowing! Bagus bila produk ada sunscreen terus. All in one.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi