Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak-Anak Di Rumah | Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula di negara kita, banyak masa kita dihabiskan di rumah bersama suami dan anak-anak. Jika dulu kalau stress atau bosan di rumah kita boleh keluar rumah, jalan-jalan ataupun pergi bercuti ke mana-mana yang kita suka. Tetapi kini kita perlu berada di rumah untuk memastikan kesihatan lebih terjamin dan berusaha membantu negara kita dari terus dihantui oleh covid-19.
Teringat masa mula-mula PKP 1.0, Sha mati akal sekejap sebab tak tahu nak buat apa dengan anak-anak sepanjang berada di rumah. Maklumlah tak pernah berada dengan mereka 100% setiap hari. Jadi sebagai ibu mestilah kena sediakan aktiviti yang menarik untuk isi masa lapang. Sampai satu tahap Sha dah tak tahu nak beli apa untuk buat aktiviti dengan anak-anak. Buntu jadinya bila habis waktu belajar, nak isi masa dengan anak-anak dengan aktiviti yang boleh dibuat bersama-sama.
Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak-Anak Di Rumah
Sebenarnya tak kiralah kita sedang PKP ataupun tidak, ibu-bapa memang perlu kreatif menyediakan aktiviti bersama anak-anak di waktu lapang. Aktiviti ini boleh dilakukan pada masa terluang terutama selepas waktu belajar mereka. Kebiasaannya pada waktu petang, selepas semuanya berada di rumah Sha akan membawa anak-anak ke taman permainan untuk mengisi masa lapang sebelum tibanya malam. Kini apabila aktiviti luar tidak dapat dilakukan, ianya terpaksa digantikan dengan beberapa aktiviti dalam rumah sahaja.
Anak-anak juga seperti kita, akan bosan jika tidak ada aktiviti untuk dilakukan. Membaca dan melaah buku sepanjang masa juga boleh menghilangkan tumpuan mereka. Melakukan aktiviti bersama anak-anak juga boleh mengeratkan hubungan antara ibu-bapa dan anak. Jadi, janganlah kita sia-siakan masa dan peluang yang ada.
Apakah Aktiviti Indoor Bersama Keluarga?
Ini adalah antara aktiviti yang biasa Sha lakukan bersama anak-anak. Tak banyak, tapi
1. Bersenam
Berada di rumah tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melakukan aktiviti sihat. Sha sebenarnya mempunyai jadual harian yang diselitkan aktiviti senaman. Walaupun tidaklah terlalu mengikut waktu ditetapkan, tetapi Sha akan pastikan Sha dan keluarga mengeluarkan peluh. Maklumlah kita tak nak badan kita menjadi pasif sahaja di rumah.
2. Mengemas Rumah
Ya, mengemas merupakan aktiviti rutin tetapi seminggu sekali best juga kalau dapat gotong-royong membuat dekorasi rumah. Sha suka jika kerja gotong-royong ditumpukan sesuatu tempat dalam satu hari. Misalnya hari ini Sha ajak anak-anak kemas dapur, jadi pada hari itu kami akan tumpu untuk kemas dapur sahaja dan keesokan harinya akan gotong-royong di bilik lain pulak.
3. Aktiviti Seni
Aktiviti seni yang maksudkan adalah aktiviti seperti aktiviti membuat origami atau mewarna. Untuk aktiviti seperti ini ibu-bapa boleh menyeediakan mesin pencetak dan juga stok kertas. Kertas yang wajib ada di rumah semestinya kertas A4 putih dan juga warna-warni. Bila dah mati kutu, kita boleh google sahaja apa yang boleh dibuat dengan kertas.
4. Bermain Game Online
Baru-baru ini ada seorang rakan berkongsi aktiviti beliau bersama anak-anak sepanjang berada di rumah. Antara aktiviti yang dilakukan adalah bermain game online. Sha sebenarnya dah lama tak main game online, selalunya muat turun game pada telefon bimbit sahaja. Tapi main game di telefon bimbit tak semeriah main game online di komputer. Sebab apa? skrin besar, boleh tengok sama-sama dengan anak-anak.
Inilah antara empat aktiviti yang wajib dilakukan sekarang supaya masing-masing tidak lemau dan bergerak aktif walaupun di rumah. Tapi bila sebut tentang game online, baik atau tidak untuk perkembangan anak-anak? Rasanya tak salah kot untuk kita sama-sama hilangkan stress di rumah.
Game Online Melalaikan Atau Tidak?
Tidak dinafikan kini banyak game online yang mudah didapati. Walau apa pun yang kita buat, semuanya perlu bersederhana, jadi begitu juga dengan bermain game online. Sebagai ibu-bapa kita haruslah memantau dan memastikan game yang anak-anak main tidak mengandungi visual terlarang dan juga memberi manfaat kepada anak-anak. Kita juga perlu menetapkan masa atau tempoh permainan setiap hari. Pada Sha ianya baik sahaja jika diurus dengan betul. Bukan kata anak sahaja, ibu dan ayah pun kena pandai kawal diri.
Untuk anak-anak Sha, Sha bahagiakan masa dan giliran untuk Abang Zaryth dan Adik Nur. Memandangkan Adik nur tidak banyak kelas online seperti Abang Zaryth, jadi Adik Nur lah yang akan layan game online terlebih dahulu. Dua-dua kena siapkan sesi sekolah terlebih dahulu barulah nak buat aktiviti lain termasuk main game online.
Untuk game online anak-anak Sha memilih untuk tidak muat turun di komputer riba. Sha hanya bagi mereka main game di
Plays.Org sahaja. Jadi jimatlah space pada komputer riba Sha, maklumlah komputer ibu diaorang ni nak isi macam-macam. Tambah pula, kat sini ada permainan yang sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Best ke main game online di Plays.Org ? Mestilah best, kerana ada pelbagai pilihan yang korang boleh main di sini. Untuk pengetahuan korang, di sini terdapat lebih daripada 200 permainan dan akan bertambah dari masa ke masa. Game-game yang ada di Plays.org ini telah dibahagi mengikut kategori masing-masing. Kategori yang ada adalah seperti :
- Education
- Sports Game
- Cartoon Game
- Arcade Classics
- Retro Pixels
- Pinball
- Base Defense
- Simulation Game
Game Online Tanpa Iklan Dan Game Online Percuma
Korang kalau nak bagi anak main game online kena tengok elok-elok takut buka laman yang ada iklan macam-macam. Sekarang banyak iklan bukan-bukan dan perlukan perhatian ibu-bapa lebih. Sebab itu Sha suka buka Plays.Org kerana disini tak ada iklan. Korang tahulah bila masuk nak main game, kena pangkah iklan agak menjengkelkan. Tambah pula boleh main game online secara percuma.
Walau apa jua aktiviti yang kita mahu lakukan, kita mestilah pandai membahagikan masa. Yang penting kita dapat membina bonding dengan anak-anak juga pasangan. Ibu-bapa jangan lupa bukan orang dewasa sahaja mempunyai tekanan, kanak-kanak juga perasaan dan emosi mereka juga jadi kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biarlah mereka menikmati masa kanak-kanak mereka dengan seadilnya.
4 Comments
xdan nak beraktiviti dgn anak ni wlupun BDR... nice sharing....
ReplyDeleteNasib anak akak dah besar dan remaja..nak plak nak amik SPM...kalau stress dia tgok Netflix je...game2 ni dia dah jarang main..tapi bagus kalau main game yang menduga minda supaya anak- anak kita kreatif berfikir..
ReplyDeleteahahaa... activiti kena sentiasa ada kan supaya diorg tak bosan
ReplyDeleteklu kat rumah kak ret ni, bdk2 x nak dah main game ngan kita... drg lagi sonok main game ngan kawan2 je
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi