Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sambutan Hari Raya 2021 Paling Simple

Sambutan Hari Raya 2021 Paling Simple | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini sudah 3 Syawal, sekejapnya rasa masa berlalu. Walaupun tak keluar rumah, lambat juga buat entry raya..hihihi.. Sebenarnya tahun ini adalah tahun giliran beraya di kampung halaman Sha di Terengganu, tetapi oleh kerana rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan jadi terpaksalah beraya di Perak sahaja seperti tahun lepas. Tapi tahun ini lagi ringkas kerana Sha tak balik juga ke Ipoh, walaupun satu daerah tapi aktiviti ziarah juga tak dibenarkan. Mematuhi arahan kerajaan dan juga atas dasar kerisauan kes positif covid-19 di Ipoh juga sedang meningkat.


Sambut Hari Raya Di Rumah Sahaja


Serius memang tak keluar rumah langsung 2 hari bukan Syawal ini. Lagipun tak ada arah tuju. Rancangan asalnya walaupun tak dapat balik beraya di Terengganu, dapatlah Sha pergi beraya rumah kawan-kawan tapi begitulah kita hanya mampu merancang. Bila jadi macam ni kita pun tak nak mengambil risiko pada diri sendiri dan juga tuan rumah. Maklumlah kalau terkena memang berat nak bayar saman. Saman satu hal penjawat awam pula boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Shatina, Mak, Shafaezza

Sebak Minta Maaf Dengan Mak

Setelah siap bersalaman dengan suami dan anak-anak, Sha telefon Mak di kampung pula. Tahun ini sebenarnya Sha agak bersyukur kerana Mak nampak sihat berbanding tahun-tahun lepas.

Sha : Assalamualaikum mak.

Mak : Waalaikumussalam

Sha : Selamat Hari Raya Mak, Kak Mar ( Panggilan ahli keluarga pada Sha) nak minta maaf kalau ada salah silap ....... (muka tiba-tiba rasa panas dan merah )

Mak : Diam... ( Muka tahan sebak )

Sha : ( Tak Nak Mak Nangis ) Mak dah makan ke tu? Adik masak apa?

Lepas itu barulah Mak bercakap balik.

Juadah Hari Raya


Disebabkan tak boleh menziarah, Sha tak adalah masak banyak tapi 2 hari jugalah baru habis makan rendang ketupat lemang yang ada..ahahaha..

Seperti biasa bab rendang ayam memang suami Sha yang akan sukarela nak masak. Suami selalunya masak ikut resepi keluarga dia lah. Tapi yang lain-lain tu Sha yang masak iaitu rendang tok noxxa dan kuah kacang daging. Sebelum raya sempatlah beli kuih raya sikit, beli banyak karang tak habis sebab Sha kurang makan kuih atau biskut raya.

Sha lebih suka beli kerepek dan tahun ni Sha buat popia serunding sendiri. Bukan apa, kerepek ni boleh tahan lama dan boleh dijadikan kudap-kudap sambil tengok tv. Kalau nak dibandingkan dengan kuih raya, makan 1 pun dah cukup.

Salam AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin


Sha mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin buat semua ahli keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog Sha ini. Moga dimaafkan jika ada kesalahan bahasa sepanjang Sha berkongsi.

Terima kasih.

Post a Comment

5 Comments

Terima Kasih Daun Keladi