Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hotel Sesuai Untuk Bisnes Travel - Travelodge Hotel Ipoh

Travelodge Hotel Ipoh | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Akibat pandemik covid-19 industri pelancongan agak struggle untuk kembali bangkit. Tambah pula hingga kini rentas negeri masih belum dibenarkan. Walaubagaimanapun aktiviti rentas daerah telah dibenarkan. Pelancongan pula dibenarkan bagi yang memiliki lesen atau melalui agensi pelancongan barulah boleh rentas negeri. Oleh sebab itu ramai yang sedang mencari percutian yang hanya dalam negeri tempat tinggal sahaja. Inilah masanya kita nak menjelajah negeri sendiri bukan? Untuk permulaan ini Sha juga telah memilih sebuah hotel yang tak pernah Sha jejak iaitu Travelodge Hotel.


Hotel Di Bandaraya Ipoh - Travelodge Hotel


Travelodge telah dilancarkan di Ipoh pada Januari 2020 sebagai hotel berjenama antarabangsa pertama di bandar ini, dengan 268 bilik tamu yang baru diubah suai di lokasi yang strategik yang menawarkan keselesaan dan kemudahan para tetamu tetamu. Kalau korang nak tahu, Travelodge ini selain Malaysia ianya terdapat di negara Indonesia, Korea, Hong Kong, Singapura dan Thailand. Di Malaysia, selain Travelodge Ipoh kita ada Travelodge Bukit Bintang, Travelodge City Centre Kuala Lumpur dan Travelodge Penang. Memandangkan Sha berada di Perak, jadi Sha menginap di Travelodge Ipoh untuk percutian pendek Sha bersama suami dan anak-anak.


Lokasi Hotel Travelodge Ipoh

Hanya 10 minit perjalanan dengan kereta dari lapangan terbang, Travelodge Ipoh Hotel berada di lokasi yang ideal untuk memenuhi keperluan pelancong perniagaan dan percutian. Hotel ini berdekatan dengan kawasan perniagaan dan tarikan bersejarah, budaya, dan kuliner yang terkenal, namun jaraknya cukup jauh dari kesibukan pusat bandar untuk menawarkan rasa santai dan ketenangan.

Jika korang mencari hotel berdekatan dengan Hospital Pakar KPJ Ipoh, korang boleh memilih Travelodge Ipoh memandangkan ianya sangat berdekatan. Menawarkan pemandangan panorama Ipoh Turf Club atau Kelab Lumba Kuda Ipoh yang berdekatan dan kemudahan untuk mesyuarat dan makan - termasuk The Lodge, ruang makan dan komunal pelbagai guna. Pendek kata hotel ini adalah tempat yang sempurna untuk bersantai, berniaga dan MICE.



Travelodge Ipoh juga akan menjadi tempat pilihan untuk perayaan, persidangan dan acara-acara lain yang dapat dipenuhi di ballroom yang boleh memuatkan sehingga 300 orang tetamu dan ruang pertemuan yang lain. Jadi bagi mencari hotel yang sesuai untuk mesyuarat, perjumpaan di Ipoh bolehlah memilih Hotel Travelodge Ipoh sebagai lokasi penginapan sekali gus tempat menjalankan kerja.

Pengalaman Sha di Hotel Travelodge Ipoh

Jika korang yang suka berjogging pada waktu pagi atau petang, korang jangan risau. Sha sendiri sebelum ke Travelodge Ipoh ini telah menetapkan jadual iaitu selepas bersarapan Sha sekeluarga akan ke Padang Polo Ipoh untuk mencukupkan larian Virtual Run yang Sha sertai. Elok balik daripada berjogging di padang, Sha balik ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat. Maklumlah kadang-kadang masuk hotel bukan apa, nak lari daripada rutin kebiasaan di rumah dan merehatkan diri.

Penamat Larian Virtual Run

Rehat di Padang Polo Ipoh

Bilik hotel yang sangat selesa. Anak-anak memang seronok kerana bilik untuk family mempunyai bilik air yang ada bath tab. Bilik Family Deluxe menyediakan ruang yang sangat luas untuk kami empat beranak. Bila buka pintu kami disambut oleh ruang rehat terlebih dahulu, kemudian barulah ada pintu ke bahagian bilik tidur. Jadi memang anak-anak bebas ke sana ke marilah.


Ruang Rehat Bilik Family Deluxe

Bilik Family Deluxe


Bila tiba waktu malam, kami boleh menikmati pandangan Ipoh dari dalam bilik sambil bersembang. Bilik pun serba lengkap, barang-barang asas seperti tuala, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan shampoo disediakan. Yang penting kat sini kalau korang tertinggal pengecas telefon bimbit, tapi ada wayar sahaja korang jangan risau. Sebabnya selain plug dinding biasa, kat sini disediakan plug khas untuk USB. Nak guna seterika pun korang jangan risau, telefon sahaja pihak hotel dan mereka akan hantar seterika termasuk papan gosok ke bilik korang.

Anak-anak merenung suasana malam


Untuk pengetahuan korang Sha mengambil pakej Family Staycation, jadi kami ada sesi makan tengahari di The Lodge. Kami dapat set makan tengah hari steamboat untuk empat orang. Yang paling best, steamboat ni pada Sha istimewa kerana Sha tak pernah makan steamboat dengan kuah Kari Putih dan Sup Hokkien. Alhamdulillah sangat puas hati, sampaikan kenyang sangat-sangat..huhuhu.

Sarapan & Makan Tengah Hari Di Hotel Travelodge Ipoh

Bersama dengan pakej Family Vacation, kami sekeluarga mendapat pakej sarapan dan makan tengah hari. Jom tengok apa yang ada di sini.


















Makan Tengah Hari - Set Steamboat 













Harga Pakej Dan Bilik Hotel Travelodge Ipoh




Bilik Paling Besar

Kemudahan Lain Di Hotel Travelodge Ipoh

  • Gimnasium
  • Kid Play Area
  • Kolam Mandi (dalam ubahsuai)
  • Bilik Mesyuarat

Macam mana nak ke Hotel Travelodge Ipoh

Jika korang ada urusan kerja di Ipoh Sha memang sarankan korang memilih Travelodge Ipoh sebagai destinasi kerana di sini memang selesa. Banyak tempat yang korang yang boleh pilih jika ada perbincangan atau mensyuarat. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi pihak hotel terus atau lebih lanjut boleh layari laman sesawang rasmi mereka dan media sosial.

Travelodge Ipoh Hotel Official Site | Hotel Ipoh, Perak


Hotel address

Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia

Telephone Number: +60 5 242 8888

tlip.enquiry@travelodgemy.com

Post a Comment

0 Comments