Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kita makin hampir ke penghujung PKP 2.0, adakah ianya akan disambung lagi? Sama-samalah kita nantikan keputusan dari yang berkuasa. Kes nampaknya semakin meningkat dan yang paling merisaukan kawasan berdekatan kita sudah ramai yang terkena jangkitan Covid-19 ini. Sepanjang PKP ini Sha masih bekerja seperti biasa tetapi mengikut jadual giliran yang mana ada masa bekerja di pejabat dan ada masa bekerja dari rumah sahaja. Keutamaan bekerja dari rumah adalah untuk ibu-bapa yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah. Jadi Abang Zaryth dan Adik Nur masing-masing berumur 12 tahun ke bawah perlukan pemantauan dari rumah. Lebih-lebih lagi pembelajaran juga dijalankan sepanjang PKP walaupun semuanya dari rumah. Disamping menjalankan kerja yang boleh dilakukan seacara atas talian, ibu-bapa juga perlu memastikan anak-anak mengikuti pembelajaran yang diarahkan oleh guru.



Bila duduk rumah macam ni.. ibu jugalah kena jadi Mak Cik Kantin..huhu.. jadi seperti tajuknya tadi, Sha cuba menyediakan makanan sihat untuk keluarga. Sha dan anak-anak memang tak leh lepas daripada nasi, jadi kita kena sediakan lauk yang sihat bagi memastikan anak mendapat makanan berkhasiat. Untuk makan tengahari hari ini Sha menyediakan lauk Ayam Kukus Ala Thai. Bila sebut kukus memang biasa untuk yang menjaga zat makanan bukan? Patutlah ramai yang suka masak resepi ayam masak stim macam ni, resepinya sangat mudah untuk disediakan. Jadi jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Ayam Kukus Ala Thai



1 bahagian ayam belah 4

3 biji bawang putih*

1 biji bawang merah*

1 inci halia*

3 biji cili api*

2 batang serai*

1/2 biji buah lemon

2 biji limau kasturi diambil jusnya

1 sudu besar sos ikan


Cara Memasak Ayam Kukus Yang Mudah

Potong ayam mengikut saiz kesukaan dan bersihkan.

Semua bahan yang bertanda * Sha tumbuk lumat.

Susun ayam dalam bekas dan ratakan bahan tumbuh ke atas ayam.

Kemudian letakan sos ikan, air perahan limau kasturi dan selit buah lemon yang telah di hiris.

Akhirnya sekali kukus ayam selama 30 minit.




Menu Sihat Dan Sedap

Selain menu sihat ayam kukus juga amat sedap dimakan dimakan dengan nasi panas. Bau harum semerbak bila memasaknya. Selain versi ini Sha juga ada berkongsi Resepi Nasi Ayam Kukus Beserta Sos Ala Thai. Haaa... kalau korang nak yang versi ada sos korang boleh rujuk resepi satu lagi. Tapi jangan pula nanti menambah-nambah nasinya. 

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi