Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Perkongsian Renungan : Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami

Perkongsian Renungan : Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami | Sedang mengemas rak buku yang sudah lama tidak dipeduli. Tiba-tiba dalam setiap helai yang Sha belek untuk diasing mengikut kepentingan, terselit satu artikel yang menarik perhatian Sha. Sha pun dah lupa di mana Sha dapat artikel berkenaan. Pada rak ini kebanyakannya banyak nota hasil daripada kursus-kursus yang Sha hadir beberapa tahun lepas. Rasa rugi benar jika Sha tak kongsikan di sini bersama teman-teman. Mungkin satu hari nanti artikel ini akan terbuang begitu sahaja.

 


 

Bersyukur Dengan Kehadiran Suami

Mungkin ada yang sedang bersedih dan merajuk dengan suami sekarang ini. Eloklah korang baca artikel ini mungkin sejuk hati korang selepas itu. Maklumlah kita manusia biasa yang perlu makanan jiwa untuk melegakan perasaan dan emosi.

 

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah da mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

 

Teringat pesan ayah disuatu petang...." Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balasa dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang mencari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati." Ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak. Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.

 

Cabarab dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahupun isteri bukanlah wanita sempurna. 

 

SILAP ISTERI

 

Kesilapan Isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alaan minta nasihat rumah tangga. Tapi apa maknanya kalau semua orangbercerita.

 

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

 

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka" Seorang wanita lalu bangun bertanya,"Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka.

 

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

 

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

 

Adakalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci. 

 

YANG LEBIH YANG KURANG

 

"Awak beruntung ya, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. " Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

 

"Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tetapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sana sini. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali "memandang tinggi" kehadiran seorang suami.

 

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

 

"Sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri, buang yang keruh ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

 

Wahai teman yang bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cintaNya bersemi kembali. Banyakkan istigfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

 

Susunkan jemari pinta kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan untuk kebaikan..

 

"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."

Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih, ye, share. Kalau ada masalah, kena bincang suami isteri. Tak elok simpan.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah. terima kasih atas ingatan..

    ReplyDelete
  3. Sendu plak kita yang single ni baca. Hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi