Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Mengurangkan Masalah Sembab Mata

Cara Mengurangkan Sembab Mata | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak PKP ni kadang-kadang tidur tak menentu hingga kadang-kadang membuatkan wajah nampak lesu. Selain wajah lesu mata juga menjadi sembap. Apakah itu mata sembap? Mata sembap adalah bengkak kecil bi bahagian bawah mata. Ianya terjadi atas sebab-sebab tertentu. Kalau mata sembap nak selfie pun malu..ahahhaa.. Tambah pula Sha jenis tak make up. Kalau make up bolehlah cuba sembunyikan sedikit kesan mata sembap. Jika korang jenis bersolek pastinya cara bersolek pun lain sedikit daripada solekan biasakan?. Boleh hilang mood bila menghadapai masalah sembap mata. Apatah lagi dengan lingkaran gelap bawah mata. Tapi jangan panik dulu kerana terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membantu mengatasi sembap mata.

Mata Sembab


Punca Mata Sembab


1. Tak cukup tidur

Korang perasan tak bila kita tak cukup tidur, mata kita kebiasaan akan menjadi sembap. Hal ini tidak terjadi jika tidur kita mengikut jadual tidur yang betul.

2. Menangis

Cairan air mata mengandungi garam yang boleh menyebabkan mata menjadi merah dan pembuluh darah di bawah kulit mata yang tipis akan membesar. Keadaan inilah yang membuat mata kelihatan sembab atau bengkak setelah menangis. Sewaktu menangis, berlakunya peningkatan aliran darah di kawasan wajah yang mencetus terjadinya pembengkakan di kulit bawah mata.

3. Peralihan lemak daripada bahagian atas mata ke bahagian bawah mata

4. Otot-otot di bahagian bawah mata makin lemah.


Cara Mengatasi Mata Sembab


1. Menggunakan Ketulan Ais

Jangan tak percaya ais juga dapat mengembalikan kesegaran mata kita. Letakkan di dalam palstik kecil kemudian balut menggunakan tuala. Selepas itu kita tekapkan tuala pada kedua belah mata dan biarkan selama 10 minit.

2. Menggunakan Uncang Teh.

Uncang teh bukan setakat kita boleh buat teh 0 panas yang sedap. Uncang teh juga dapat membantu kita mengurangkan sembap mata. Ambil dua uncang teh dan rendam di dalam air sejuk. Kemudian letak dalam peti sejuk iaitu dibahagian sejuk beku selama 10-15 minit.

Keluarkan teh uncang dan letakkan pada kedua-dua mata. Pastikan keadaan korang selesa. Korang boleh berbaring dengan bantal yang ditinggikan sedikit mengikut keselesaan. Biarkan selama lebih kurang 20 minti untuk merasai kesannya. Mudah-mudahan mata korang akan lebih segar dan selesa.

3. Jangan Mandi Air Panas.

Ya, mandi air panas memang memberi kesegaran kepada tubuh. Tetapi bila masalah sembap mata, korang perlu elakkan mandi dengan air panas. Ini kerana air panas menyebabkan salur darah kita mengembang. Hal ini boleh menjadi punca mata yang sembap kelihatan semakin bengkak.

4. Urutan

Selain sesuatu yang menyejukkan, kita boleh mencuba cara urutan. Mengurut wajah secara perlahan-lahan dengan gerakan membulat. Urutan boleh dimulakan dari bahagian hidung dan pipi hingga ke sekitar bawah mata. Ulang urutan sebanyak 5 kali. Ini dapat membantu pengaliran darah lebih lancar.


Ada ke yang tengah mata bengkak tu? Sha kalau menangis cepat kantoi sebab mata mudah nampak bengkak..ahahaha... Selain itu, tidur yang tidak menentu juga boleh menyebabkan mata sembab. Masalah betul kalau mata bengkak ketika kita perlu bergambar dan berjumpa orang. Pastinya rasa tak yakin dan rasa serba tak kena bukan?

Teringat pula masa majlis kahwin dulu. Itulah kali pertama dan terakhir Sha bersolek dan disolek oleh jurusolek pengantin. Patutlah kakak jurusolek tu ada minta ais sikit semasa dia menyolek Sha dan letakkan ais sekejap pada wajah Sha. Rupanya ia dapat membantu kurangkan bengkak pada mata dan muka kita ya. Maklumlah pengantin tetap sibuk pada malam nikah. Jadi pengantin kenalah tahu cara hilangkan sembab mata untuk tampil berseri di hari perkahwinan.

Post a Comment

4 Comments

  1. Thanks share. Selalu gak mata sembab sebab berjaga tengok bola. Haha

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang mata semban sebab tak cukup tidur. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. jgn mandi air panas tu susah ! sbb tak tahan sejuk huhuhu

    ReplyDelete
  4. Akak selalu guna uncang teh tu and make sure tido cukup 8 jam...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi